Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 8 September 2013

Puding Milo Oreo


Yihaaa... saya dah berjaya buat jugak!!
Teruja punya pasal melihat post dari sahabat di fb dan juga di blog yang dah berjaya buat puding ni memaksa saya pun merajinkan diri juga membuatnya.. Hihi..
Memang seperti yang ramai katakan.. puding ni sangatlah super duper yummy..
 Sekali ngap.. fuhh terasa kesedapannya disitu.. (^_^)
Taraa... puding oreo saya dah siap!!

Resepi?? Haa korang google jelah..hihi..

Saturday, 7 September 2013

Mencari ilmu itu perlu........


Untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bukanlah satu tugas yang mudah. Tersilap asuh didik bahaya jadinya. Mencari dan mempelajari dari pengalaman lalu adakala juga perlu. Mencari dan menambah seberapa banyak ilmu juga perlu sebenarnya. Zaman yang serba moden ini... memang satu cabaran dalam nak mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang seperti kita harapkan. Saya sangat bimbang dan sentiasa akan cuba perbaiki diri dan mencari ilmu tentang bagaimana nak mendidik anak-anak dengan baik. Kerana itu ilmu kemahiran mendidik anak harus dicari dan dipelajari.
Baru balik dari bawak Adam ke library dan saya telah pinjam buku ini.. Nak mentelaah segala isi di dalamnya sebagai rujukan ilmu yang berguna untuk saya kelak. Semoga dipermudahkan.. InshaAllah.

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, cuma perlukan kaedah yang betul. Ibu bapa jangan mementingkan diri sendiri sebaliknya muafakatlah dalam menyelesaikan masalah anak."

Biskut Buah Kanna


 Biskut ini sebenarnya dah lama buat tapi tak update je kat sini.
 Lepas balik daripada cuti raya hari tu kan, saya sangatlah teringin nak makan biskut ni. Sebenarnya biskut ni kalau raya, arwah kak sepupu saya suka buat dan kalau nak makan hanya ada kat rumah mak sedara dan rumah arwah. Tapi dah lama tak merasa biskut ni.. Ini memang antara biskut yang saya suka makan zaman kecik jika bertandang ke rumah mereka waktu dulu-dulu tapi sekarang dah takde dah mereka buat sebab semuanya tunjuk ajer kan.. Hihi..

Saya pun cubalah buat tapi........... emm tak sama rasa dengan rasa yang pernah saya makan. Resepi ni lembut sikit dan gebu, yang saya pernah makan tu agak keras sikit. Walau camtu pun, habis jugak saya makan satu balang tu.. Hihi..
Resepi : Biskut Kanna
Sumber : Majalah saji

A: 250gm mentega + 50gm gula castor
B: 1 biji kuning telur, 1 sk pewarna hijau, 1 sk esen pandan
C: 300gm tepung gandum, 100gm tepung jagung, 30gm serbuk badam, 20gm susu tepung

> satukan bahan A dan gaul sebati.
> masukkan bahan B dan kacau rata.
> Masuk C dan uli hingga jadi doh lembut.
> terapkan dalam acuan, bakar 150c selama 15-20minit.
> Dah siap baru letak jem dan cantumkan biskut tu.

~Kek Marble Kegemaran Kami sekeluarga~

Kek Marble sememangnya kegemaran kami sekeluarga dan inilah juga sarapan Adam sekarang.. Dia lebih suka makan kek dari roti. Kalau beli roti, memang lambat habis dan kadang tu dah expired pun belum habis jugak.. sudahnya ke tong ler jawabnya. Emmm kan dah membazir tu. Buat kek boleh tahan seminggu tapi biasanya dalam tiga empat hari habis dah.. Hihi.. Kena jimat cermat, kan minyak dah naik.. Haha.. Nanti rege roti pun kot naik. So, rajin jelah diri ni buat kek sebagai ganti salah satu sarapan Adam sebelum gi tabika. Encik suami pun suka... selalu belikan telur kalau telur habis, katanya ibu nak buat kek kan.. Kiki.. (^_^)
Resepi Kek Marble

1 cawan marjerin
1 cawan gula castor
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 tbsp baking powder*
2 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
pewarna-pewarna kesukaan

> Pukul marjerin + gula hingga kembang.
> Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang, tambah susu + esen.
> Masukkan bahan-bahan * yang telah diayak dan pukul sebati.
> Tuang dalam loyang yang digris marjerin secara selang seli.
> bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

Nota : Dulu.... saya tak berapa pandai masak apatah lagi buat kek bagai ni.. Tapi dengan minat + sedikit sikap suka cari resepi dan cuba buat... lama kelamaan dengan sendirinya jadi suka nak masak + suka nak buat kek dan menjadikan diri dah boleh buat kek.. Hihi.. tipsnya ikut jer resepi yang kita nak cuba tu dengan betul dan rajinkanlah mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute