Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 12 June 2013

Puting kosong, perlu ke?


Perlu ke saya kenalkan puting kosong kepada Dhia? Sedangkan abangnya dulu tidak pun saya ajar puting kosong. Samada Adam ataupun Dhia bukanlah meragam sangat pun sebenarnya dan bukanlah dalam kategori bayi kuat menangis cuma Dhia suka nak nyonyot je bila dia nak tidur. Bila disuakan susu ibu secara terus, memang dia menolak dan macam marah sebab susu masih keluar sedangkan dia dah kenyang kan. Itu tandanya dia nak puting kosong ke? Dhia meragam macam tu jelah dan kadang-kadang jer pun.. Serba salah nak ajar puting kosong ni tapi kadang penat juga nak layan sebelum dia lena tidur tu kena berdodoi sayang di pangkuan lengan dan ribaan. Bila dia dah kenyang memang dia tak mahu dah disusukan tapi dia macam nak nyonyot jer dan bila nyonyot kuar susu pulak, marah lah dia. Hihik.. Harus ke saya beri dia puting kosong? Haaishh susah nak buat keputusan sebenarnya sebab puting kosong tak berapa elok kot diajar pada anak bimbang nanti mengganggu penyusuan susu ibu pulak kan + nanti duk kat mulut je puting kosong tu. Oh nampak tak elok jer di situ.. (itu pada saya lah yer..)

Puting kosong : Alat penenang adalah alat yang memberi bayi sesuatu yang selamat untuk dihisap, seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung. Hari ini, puting kosong diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya. Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Puting moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi dari tercekik atau menelan puting itu.

Faedah menggunakan puting kosongmembantu untuk menenangkan bayi hingga tidur, boleh membantu sesetengah bayi pramatang.

Keburukan : infeksi telinga meningkat, kaitan dengan ifeksi perut dan lain-lain, penggunaan puting kosong secara jangka panjang boleh menyebabkan masalah gigi dan masalah pertuturan dan juga boleh mengganggu penyusuan susu ibu.
sumber :  baby center

Melihatkan keburukan tu buatkan saya makin 50-50 pulak nak ajar Dhia puting kosong. Patutkah? Perlukah? Huhu.. Kena cari jalan solution lain dulu kot.. Penat memang penat melayan si kecil tapi kalau untuk kebaikannya penat macamana pun terpaksalah kan. Saya ni kalau boleh memang nak elak dari beri anak puting kosong ni...

Tuesday, 11 June 2013

Bila si Dia Gila Kereta... ???

Kereta.... bagi dia umpama bini keduanya. Huhu.
Sebelum ada Mr.White pun, dengan Mr.black pun dia sayang juga dan dibelai manja juga.
Sekarang dia memang gila membelai Mr.White nya tu.. Mr?? haha.. takkan nak Ms kot.. Muahaha..
Itulah dia bila mood gila kereta datang, macam-macamlah dia duk make over Mr.white dia tu. Yang saya ni tukang iye kan ajelah kalau dia tanya apa-apa pendapat.. Tapi minat kami sama, suka yang simple ajer.. 
Mula-mula............
Pasang liner tepi. kat Brothers Kb, ok jugak harga situ.. 
Lepas tu, pasang pulak skirting.. Pun kt Brothers Kb. Memang minat betul dia.. sanggup berhabis membelai Mr. white dia ni..
  Kemudian, Join club pulak dah..... Minat dia... turutkan ajelah kan. (^_^)
 Ada lagi make overnya.. tambah pulak buat design plat lain bagi comel + tambah-tambah sticker bagai.. Tapi yang paling saya suka, dia design sendiri sticker tepi belah kiri tu kemudian baru gi tempah.. My Family.. (^_^)
Nanti ada lagi tu tambahannya, sticker body pulak dia nak buat. Alahai dia kan..
 Bila dah join club.. aktif lah pulak si dia.. Huhu..
Ini join konvoi hantar pengantin yang ahli club juga kat Pasir Puteh hari tu. Saya tak dapat follow lah.
Saya hantar si kecik Adam jadi spy.. hahaa.. (^_^) Ekceli Adam ingat tau kat saya dan adiknya... dan dia bawak balik gift dari kenduri tu kat kami.. Adam poww tiga tau.. itu tandanya Adam ingat kat saya dan adik dia.

Itulah dia bila dah minat sesuatu.. gila kereta takpelah, support ajelah minatnya tu tapi kalau gila lain....haaa No No jawapannya.... 
Inilah dia...My housemate, my soulmate and my hubby. (^_^)
Ini pic zaman bertahun nan lalu.. zaman cintan cintun keletun.. Dia slim lagi masa ni dan saya berisi sikit. Sekarang terbalik.. saya yang slim, dia yang bambam sikit.. Haha..

Monday, 10 June 2013

~Ragam Dhia~

Bila dah ada baby kecik ni, waktu tidur pun jadi tak tentu dan buat kerja pun berlumba-lumbalah kejar masa.. Ditambah pulak nak online ke apa kan..Hihik..

Siang hari, Dhia tidur-tidur ayam jer.. Mungkin faktor cuaca kot dan kena kacau ngan abang adam. Abang adam suka suruh adik dia bangun.. Dia ingat adik dia dah boleh main agaknya.. Dhia memang saya tak bedung waktu siang dan waktu malam pun dapat bedung kaki sekejap pun dah cukup.. Itu pun bukan lama pun, baby sekarang memang tak berapa suka dibedung kan..

Kadang-kadang Dhia meragam jugak.. mintak berdodoi sayang di ribaan ler pulak. Berkerjasamalah kami suami isteri dodoikan Dhia. Hampir dua jam berjaga baru dia tidur. Mujurlah Dhia meragam setakat ni bukan menangis kuat ke apa dan waktu dia berjaga tu awal jugaklah...Dhia cuma nak bermanja sayang gitu.. Dah riba tu oklah..Ini penangan mak Bonda saya merangkap Grandma Dhia lah suka peluk-peluk dodoi Dhia di riba..Hihik.. (^_^)
Dhia yang manja... Saya tak nak ajar dhia buai.. lebih senang tidur bawah jer.

Eksperimen : Timbul vs Tenggelam

Bila Adam minta ajak buat aktiviti.. cuba jugalah diri ni mencari masa yang sempat. Semalam lepas magrib Dhia tidur elok, jadi bolehlah spent time sekejap dengan Adam buat aktiviti homeschool dia. Sekarang Adam excited nak belajar dunia sains..
 Mula kenal apa itu tenggelam apa itu timbul. Antara barang yang dibuat ujikaji ialah gunting,bola getah, pensel, ketip kuku, batu, paku, duit syiling, berus gigi, belon dan juga plastik.
 Muka seronok bila ibu dapat spent masa dengan dia.. (^_^)
 Bila dah buat ujikaji, buatlah catatan kan.. Ekceli tu buku aktiviti sains Adam.. Ada lak topik cmgini,itu yang bereksperimen semalam untuk bagi dia lebih cepat faham.
A untuk timbul dan B untuk tenggelam.

Nota : Teringin nak tukar wajah blog dan masih menunggu samada tempahan saya diterima atau tidak sebabnya belum direspon lagi..hihik.. Semalam nak tukar templates..tapi tak menjadi..itu pasallah header pun jadi senget.. nak centerkan pun tak menjadi pulak dah..apakah saya tidak pandai edit bila dashboard dengan interface baru ni?? memang tak pandai..haha.. tak faham + takut jadi makin macam-macam.. Harapnya nanti adalah jawapan dan adalah yang sudi editkan untuk saya..Huhu.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute