Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 29 January 2013

Hasil Kerja Dia- Januari

Terima kasih kepada sahabat maya di sini yang sudi berkongsi pelbagai pendapat dan tips-tips untuk saya kuatkan semangat bagi menggalakkan putera kesayangan saya ke sekolah tadika. Walaupun saya agak stress terpaksa memujuk dia setiap pagi tetapi itulah yang harus saya lakukan demi dia anakanda tersayang. Siapa yang tak risau kalau anaknya masih belum berdikari sepenuhnya bila berada di tadika. Saya kat rumah memang duk pikir dia je sebabnya memang adam manja dengan saya dan belum pernah saya tinggalkan dia dengan orang luar. Malahan tak pernah berjauhan langsung dengan saya. Inilah salah satu faktor kuat yang membuatkan dia berat hati nak gerak ke sekolah setiap pagi walaupun sebenarnya bila saya tanyakan dia samada dia seronok atau tak sekolah hari ni.. Pasti dia akan jawab "seronok". Lagi pula dia bakal jadi seorang abang tidak lama lagi pun mungkin menjadi sebab dia begitu. Mungkin dia rasa saya tinggalkan dia di tadika tu sebab malas melayan karenah dia kan. Cabaran besar buat saya ni tau... Setakat ni saya masih menggunakan kaedah berlembut lagi kerana tidak mahu buat dia rasa terpaksa.
 Inilah hasil kerja sekolah adam sepanjang Januari ni yang dia bawak balik rumah. Selebihnya dia buat dengan buku aktiviti kat sekolah.
Pergi sekolah dia selalu buat muka macam terpaksa je tapi balik dari sekolah senyum ceria jer... Yang kat tangan tu upah dia lah lepas habis sekolah. :)

Drama yang masih belum sudah...............

Pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan rupanya anak ibu bersekolah di tadika. Tetapi ragam anakanda ibu masih jua begitu. Ini yang buat ibu terfikir............. adakah terlalu awal ibu hantar kamu ke sekolah? Apakah keputusan ibu itu membuatkan kamu dalam keadaan terpaksa untuk ke tadika? Adakah anakanda ibu ni seronok bersekolah? Adoiii.. inilah yang buat ibu tak tenteram duhai sayangku Adam.

Minggu pertama : Anak ibu tenang je di sekolah, bangun pagi dengan penuh ceria setiap hari dan mudah je nak menghantar walau pada minggu itu ramai kanak-kanak lain yang sebaya anak ibu menangis. Tapi anak ibu OK je lagi minggu ni.

Minggu kedua : Pun masih OK jugak dan takde timbul masalah pun nak hantarkan adam waktu pagi. Ceria seperti minggu sebelumnya. Tetapi last day minggu kedua iaitu hari khamis, adam pulang dengan pipi yang tercalar kiri dan kanan. Kata adam,"Kawan cucuk dengan pensel".

Minggu ketiga : Hari pertama minggu ketiga, adam sudah mula buat perangai meragam tak mahu ke tadika. Awal pagi tu macam-macamlah terpaksa ibu guna teknik memujuk. Berkesan jugaklah dan sampai ke tadika, harus ada cikgu yang adam suka je sambut barulah nak masuk kelas. Ibu masih boleh bersabar dan menahan segala emosi dengan ragam kamu setiap pagi tu.

Minggu keempat : Iaitu minggu ini pun tetap sama.................... meragam lagi. Dan sekarang selalu je lewat hantar, dalam pukul 9 pagi barulah masuk kelas. Itu pun perlukan jugak bantuan abah untuk turut hantar sama adam ke tadika. Tapi minggu ni time rehat untuk makan, adam buat perangai tak nak makan pulak dah cikgu beritahu ibu.

Ibu pernah intai dari jauh sebab dari blok rumah kan nampak jugaklah tadika tu. Dari jauh......... hati ibu terasa sayu je bila terlihat anakanda ibu duk jauh dari orang dan tak nak makan. Adam duk main-main kat tepi tangga tanpa hiraukan kawan-kawan sebaya lain yang sibuk nak ambil makanan. Mulalah ibu terasa dan tertanya-tanya apakah anak ibu ni tak seronok? atau adakah anak ibu ni belum bersedia nak hadapi situasi bersekolah? Ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak ibu. Apakah ibu harus memberi kamu sedikit masa lagi untuk suaikan diri dengan dunia barumu itu?  Ya Allah.. sesungguhnya hamba-MU ini terlalu buntu.

  Andainya dia tak seronok bersekolah, kenapa dia boleh ceria je waktu saya ambil dia balik dan boleh ingat apa yang cikgu dia ajarkan. Bacaan Iqra' pun beralih je mukasuratnya tiap hari. Lagu negaraku dan ABC pun dah boleh nyanyi dengan baik. Dramanya pasti di waktu pagi sebelum ke sekolah dan setiap hari saya terpaksa kuatkan mental, emosi dan fizikal segala bagai ni nak memujuk dia. Pelbagai teknik jugak saya gunakan, walaupun lambat dia pergi tadika tapi sekurang-kurangnya saya berjaya pujuk dia. Cuma yang saya terfikir, apakah saya terlalu awal hantar dia ke sekolah dengan usianya yang baru 4 tahun? dan adakah dia seronok di sekolah? Yang itu saya kurang pasti kerana saya tidak pula intip dia bagaimana dia tika dalam kelas. Perlukah saya bersabar lagi dan terus berusaha membantu dia untuk suka ke sekolah atau harus saya stopkan je dia dulu dan tunggu hingga tahun depan sebab pada masa tu umur dia sudah 5 tahun yang mungkin dia lebih bersedia? Saya pun hampir buntu sudah.............. 

Nota : Coretan hati ikhlas dari ibu adam untuk tatapan adam di masa depan agar dia tahu yang ibunya hanya inginkan yang terbaik untuknya.

Sunday, 20 January 2013

Ber 'DRAMA' lagi dia...

Hati saya cukup berat bila terpaksa tinggalkan anak di tadika dalam keadaan dia menangis dan kali ini lagi kuat tangisannya. Ini kali ketiga dia buat perangai menangis di tadika sepanjang sesi nak masuk 3 minggu persekolahan ni. Sebelum ni hanya biasa je dan ber'drama' pun tanpa ada esakan tangisnya. Siapa sanggup tinggalkan anak dalam keadaan begitu tetapi tetap ku tinggalkan jua. Menurut cikgunya, Adam sekejap je pun nangisnya dan lepas tu ok lah dia.

Emmm.. apa yang saya boleh agaklah kan, saya rasa dia kurang keyakinan bila berada di tadika seolah-olah dia tiada kawan atau mungkin juga takut dengan kawan-kawan sebayanya. Cikgunya beritahu saya, Adam pandai kat sekolah dan kaler pun cantik jer. Tapi kenapa dia boleh ber'drama' di awal pagi yer? Hairan juga saya apalah masalah si kecik kesayangan saya ni? Saya rasa dia belum ada kawan yang rapat kot kat tadika tu sebabnya setiap kali saya tanya siapa kawan Adam, dia cakap tak tahu... Yang dia kenal dan sebut hanya cikgu Ma, cikgu Yah dan Ammar yang memang kawan dia kenal sejak sebelum masuk sekolah lagi. Itu pun mujur dia satu kelas dengan Ammar tu. 

Saya pun men'google' lah ada tak tips nak tangani masalah anak yang meragam nak ke tadika ni dan InsyaAllah saya akan cuba terapkan dan amalkan tips-tips tersebut dengan harapan membantulah. Saya nak adam menjadi seorang kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi bila berada di sekolah sepertimana dia berkeyakinan semasa berada di rumah dengan saya. Itu yang buat saya hairan tu kerana di rumah dia Ok jer dan memang apa dia buat kat rumah ni dia buat dengan keyakinan. Mungkin yang membezakan suasana dan persekitaran kerana di sekolah dia belum biasa dengan dikelilingi ramai kanak-kanak sebaya dia. Mungkin jugak dia agak slow macamana nak berkawan dan bergaul dengan orang yang baru dia nak kenal. Masih terkejut lagi kah dia? Tak mengapa anakku.. Take ur time, ibu takkan paksa. Ibu tahu anak ibu anak yang baik dan pandai.

Saya tidaklah sampai berniat nak stopkan dia sekolah walau ada orang kata awal lagi tu 4 tahun hantar.  Tapi saya akan berusaha untuk buat dia suka dan gembira untuk ke tadika tanpa perlu ada 'drama' lagi di awal pagi sebelum keluar pintu rumah dan di pintu kelas. 
Chayookkk!! Chaayookk Ayue.. U can Do It!! Tujuan kami hantar dia awal sebab kami kalau boleh nak dia masuk darjah satu dah pandai membaca dan menulis. Oleh sebab tu jugak, kami pilih hanya tadika kemas je dulu sebab separuh hari je sesi pembelajarannya dan tidaklah Adam rasa terlalu lama di sekolah. Semoga dia akan serasi dan selesa lepas ni berada di tadika. Ibu dan abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk Adam dan Ibu abah akan pastikan Adam membesar dengan baik bagaikan juara. InsyaAllah...
Adam dapat buku kaler baru petang semalam,dengan semangat gigihnya dia mewarna pages tu hingga tidur lewat semalam walau dah disuruh tidur pun dia tak nak dan tetap jugak nak siapkan satu pages tu. Dah selesai semuanya baru lah dia tidur.

p/s : Kalau ada ibu-ibu yang pernah berdepan dengan masalah mcm saya ni boleh lah berkongsi cara bagaimana nak atasinya dengan saya yer.. :)

Thursday, 17 January 2013

~Adam suka buat drama di pagi hari~


"Ibu......... Adam dah dapat nombor satu dah, jadi dah la sekolah yer"
"Ibu........ Adam nak tengok Tv"
"Ibu....... Adam kan dah besar, dah la tu gi sekolah"
Itulah alasan dia tiap kali nak gerak hantar dia ke sekolah di awal pagi sepanjang minggu ini. Dia boleh bikin drama pulak sekejap. Seawal jam 7 pagi, saya memang dah kejutkan, mandikan dan siapkan dia untuk ke sekolah. Dia memang tak liat nak bangun dan kadang tu belum sempat saya kejutkan, dia dah bangun dah. Masa ni okay je lagi. On kan TVIQ dan bagi dia sarapan dulu sebelum tunggu pukul 8 untuk hantar dia ke sekolahnya. Saya tak pastilah kenapa minggu ni dia boleh ber'drama' bagai waktu nak hantar tu. Minggu lepas, dia balik ada kesan calar kiri kanan pipi dia, katanya kawan dia buat. Emmmm.. sebab tu ke yang buat dia jadi takut-takut nak ke sekolah? Tapi masalah tu sudah pun saya bincang dengan cikgu dan saya dah pun bercakap dengan budak tu. (Saya tak marah budak tu erk.. saya nasihatkan aje)

Pelbagai teknik memujuklah yang terpaksa saya gunakan. Psiko dia sikit-sikit dengan katakan itu ini, barulah dia nak ke sekolah. Saya tahu yang adam ni tersangatlah manja dan memilih tau nak cikgu yang mana sampaikan cikgu tukarkan dia kelas sebab nak cikgu yang lagi soranng tu jugak. Cikgu kata, adam mula-mula sampai je macam sedih sikit, lepas tu dia OK je. Memang pun, sebabnya tiap kali dia balik dari sekolah dia ceria je dan sibuklah bercerita aktiviti dia kat sekolah kat saya.

"Ibu.. hari ni adam kaler kambing"
"Ibu..... hari ni adam makan nasi lemak ngan buah"
dan macam-macam lagi dia duk pot pet sepanjang nak boleh sampai rumah. :)

Tapi yang menjadikan saya pening bila dia buat drama di pagi hari. Adoii.. entah apalah sebabnya saya pun tak paham. Bila pujuk baru dia OK. Mungkin dia rasa penat kot bangun pagi tiap hari dan mungkin jugak dia tak puas tengok Tv. Haih kalau pagi-pagi kena pujuk memujuk ni, penat jugak saya. Harapnya lepas ni dia berubahlah dan akan happy je bila nak gerak ke sekolah waktu pagi tu. Dah ditanya cikgu samada kat sekolah dia buat perangai tak, cikgu dia kata Ok jer. Alahai anak ibu, pandai kan nak tarik perhatian ibu lebih kot sebab tak lama lagi dah nak jadi abang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥