
Terkejut aku tengok betapa kreatifnya anak bujang aku main masak-masak. Diambilnya piring terbang dijadikan dapur gas kononnya. Kemudian diambilnya pulak angry bird punye bet ping pong dibuatnya tempat memanggang ikan. Lepas tu berangan tengah bakar 2 ekor ikan. Sangat terkejut okey bila dia main masak-masak. Kreatifnya dia bila reka mainan lain dijadikan mainan masak. Maklumlah, Adam mana pernah aku belikan mainan masak-masak dan memang takde pun. Sungguh pelik dia boleh reka main masak-masak pulak hari ni... Dah boring sangat agaknya kot.
Mula-mula, potong ikan dulu yer puan-puan.
Adam kata : "Buang kulit-kulit dia dulu". (sisik kot)
Letak atas kuali dan bakar.
Ada dua ekor ikan pink dan green.. Siapa nak?
Siap kipaskan lagi tau!! Kreatifnya anak ibu ni. :)
Dan yang bestnye.. dia sudah cakap loghat aku dah sikit-sikit.. Adam kata, 5 riyal 5 riyal. Konon dia jual ikan tu harganya 5 riyal.
Sangat seronok bila dia pandai reka mainan lain jadi mainan masak pulak. Pelik budak lelaki main masak-masak pulak kan. Hihik.. Tu lah, terpengaruh dengan ibu dia kot. :)