Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 22 March 2012

Buang bayi lagi???


Masalah pembuangan bayi memang dah jadi virus agak nya. Dari dulu hingga hari ini memang tak pernah ada kesudahannya. Asyik ada je kes begini kan. Apalah nak jadi.. Kesian kat anak kecil yang baru je nak kenal dunia. Kenapa lah ramai sangat manusia yang tak punya hati dan perasaan ini. Sayu je hati bila baca atau dengar kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil ni. Semoga mereka yang melakukan perkara terkutuk ini insaf dan sedar dengan segala kesilapan mereka. Mungkin pergaulan yang terlalu bebas maka inilah jadinya. 


PEKAN – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini.
Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi.
Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.
“Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya,” kata Khasli.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama.
Sumber : HarianMetro

Seronok dengar kawan-kawan dah bertambah............



Hari ni rasa seronok sebab dengar banyak news yang ramai kawan-kawan saya dah bertambah zuriat lagi.. Hehe.. Ada yang ajak saya join sekali saing diorang. Tapi saya bukanlah tak nak tambah anak lagi cuma rasa takut tu masih berbaki lagi. Hehe alasan kah itu??? Lagipun dengan keadaan diri yang tak berapa larat je macam nak bawak perut lagi sekali. Maklum lah berat jatuh mendadak lepas bersalin dan masih belum bertambah-tambah lagik berat nye nih jadi masalah pulak nanti kalau buat checkup bulanan kan.. Hehehe.. Alasan lagi kah ini?? Jadi nye, encik suami pun agak kesian kat saya.. Dulu masa pregnant kan si kecik ku adam memang cuba untuk kuat dan alhamdulillah dia sihat walau lahir agak kurang berat 2.2 kg aje dan dilahirkan secara caesaran. Memang perit nak tahan sakit yang berbeza dari orang bersalin secara normal ni. Siapa yang pernah ade pengalaman macam saya mesti tahu macam mana rasa nye. huhu...

ihsan pokcik google

Tahniah kepada kawan-kawan ku yang berjaya hamil lagi dan ada yang hamil anak sulung. Tahniah korang. Semoga sihat dan baik-baik je sepanjang kehamilan korang. Miss you all so much.


p/s : comel nye pic baby tu kan.. Hohoho.. Mula lah nak berangan jugak nih. :)

Wednesday, 21 March 2012

Skrin TV9 : Yatimkah Aku - Terbaik..



Siapa tengok drama di skrin TV9 tadi..?? Rugi siapa tak tengok.. Hehe.. 

Yatimkah Aku : Kisah tentang seorang anak yang berusia 12 tahun, Zairi yang terpaksa menempuhi episod kehidupan hitam apabila terpaksa menghadapi kehidupan bersendirian setelah merasa dirinya sengaja di'anak yatimkan'. Lakonan Zahiril Adzim, Khairil Anwar, Marissa dan ramai lagi.

sumber : youtube

Ekceli saya ni memang minat giler ngan dak Daim nih hehe.. a.k.a Zahiril Adzim. Best betul drama tu. Sampai menangis beb.  Hehe.. Kisahnya macam pernah berlaku je kan dalam masyarakat kita cuma kita je tak tahu kan. Sungguh menyedarkan saya, yang dalam hidup ni kita kena banyak bersabar dan tabah walau apa keadaan pun kita terpaksa hadapi.

Wordless Wednesday : aksi Adam makan durian


Si kecik ku memang suke durian.. Pantang jumpe raja buah segala buah ni mesti dia nak ngap.... :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥