skip to main |
skip to sidebar
Tanggal 31/01/17- alhamdulillah, ibu telah selamat melahirkan seorang lagi puteri solehah, permata hati ketiga kami. Puteri solehah yang diberi nama dhia madihah. Dilahirkan awal dari tarikh jangkaannya dan di kategorikan doktor sebagai baby prem walaupun 36 minggu 6 hari. Berat madihah 2.0kg sahaja masa lahir. Seminggu dia kena warded nicu wad nilam 1 di husm.
Ibu dapat discaj dulu setelah 5 hari di husm dan pulang sendirian tanpa madihah. Betapa sedih masa tu. Yelah anak anak sebelum ni semua dapat balik rumah sekali.
Seminggu jugalah abah ulang alik hantar susu untuk madihah yang perjalanan memakan masa satu jam untuk ke husm.
7/2/2017- ibu ke husm untuk menyusu madihah dan berharap dapat slowtalk dengan doktor nak bawa pulang madihah. Tapi tak dapat. Sebaliknya ibu kena ambil darah untuk test. Madihah pun sama. Masa tu ibu masih samar apa tujuan doktor ambil darah kami berdua. Kata doktor untuk lab test kerana disyaki ada jangkitan virus semasa mengandungkan madihah.
Haaa? Apa tu? Ibu tak tahu pun masa mengandung pun boleh ada benda camtu?
Itulah kali pertama ibu tahu pasal jenis virus yang boleh terjangkiti semasa mengandung. Ada 5 jenis lebih kurang dan yang terjangkit ni dipanggil cmv igg. Sejenis virus yang bereaksi terhadap antibodi (ok. .yang ni ibu gugel nak tahu). Masa doktor explain tu dah tentulah ibu blur, eh ape mende tu? Bahaya ke? Entah. .ibu pun tak tahu. Masa tu yang ibu rasa. ..Agak risau dan sedih. Camne boleh ada? Kenapa? Itu yang ibu fikir.
Cmv igm negatif tetapi cmv igg positif. Itulah keputusan ujian darahnya. Terjangkit dari ibu kerana bacaan pada ibu pun tinggi. Ibu pun taktahu mana datangnya benda alah tu. Doktor beritahu mungkin pernah terjangkit sebelum mengandung. Ibu cuma pelik kenapa masa ujian darah mengandung takde pula ujian begini?
Ibu pun gugel sebab nak tahu. Rupanya igm dan igg ni perkara yang biasa berlaku tetapi sangat jaranglah kata doktor. Tahap tinggi atau rendah je kena perhatikan.
Kesannya :
-kelahiran bayi dengan berat yang rendah
- sistem saraf dan otak terganggu
- melambatkan pergerakan motor bayi
- boleh menyebabkan masalah organ dalaman
- masalah keguguran
- masalah penglihatan dan pendengaran
Itu yang ibu gugel dan ada juga yang doktor beritahu.
27/2/17- follow up checkup pertama untuk madihah di klinik genetik husm. Alhamdulillah masa check tu, berat madihah naik ke 2.6kg dan ok. Cuma doktor ambil lagi sekali ujian darah untuk lihat tren igg tu. Jika menurun, tiada perlu dibimbangkan. Next checkup 10/4.
Melihat kepada madihah, semuanya terlihat normal dan ok. Sistem penghadaman dia pun ok. Menyusu pun ok. Pergerakan mata, kaki tangan pun aktif. Ibu follow jelah apa doc check. Demi kebaikan madihah. Tapi ibu percaya anak ibu baik-baik je dan ok semuanya. Mudahan tiada masalah dan kesulitan lagi.
10/4/17- checkup mata dan ultrasound kepala madihah. Alhamdulillah, untuk klinik mata tiada apa yang perlu dibimbangkan. Doktor mata kata semuanya baik dan off refer berkaitan klinik mata. Syukur. Result ujian ultrasound kena tunggu nextweek. Jumpa paed neonatal. Tapi masa kat scan tu, ibu perhati juga..nampak ok je..macam takde apapun. Dan doktor yang scan pun diam je tak komen apapun. Berat madihah dah 3.8kg. Alhamdulillah.Semoga semuanya baik-baik sahaja terus baik. Aamin.
Cmv tu apa? Cmv tu ialah cythomegalovirus yang terjangkit dari ibu semasa dalam kandungan. Ibu pun tak tahu nak explain macamana. Tapi bila ibu gugel, yang perlu dirisaukan bila igg dan igm dua dua positif. Kami punya hanya igg yang positif dan igm negatif. Mudahan semuanya baik baik sahaja.. Doakan madihah saya sentiasa sihat, membesar dengan sihat dan kuat. Aamin.
17/4 - Hari ni jumpa paed. Berat madihah dah 4.17kg. Alhamdulillah,
Semua kelihatan normal setakat ni. Result utralsound kepala hari tu pun normal. Lepas tu, doktor ambil darah dan lagi dua minggu kena refer discuss untuk resultnya. Follow up dengan klinik audio pula 2/5 nanti dan lagi satu ujian ct scan.
Kenapa doktor perlu close monitor kes diha sebab cmv adalah virus kronik. Tahap normal sepatutnya 500 ke bawah tapi diha ada 1k lebih. Virus ni bukan penyakit berjangkit...cmv ni sejenis virus yang bertindakbalas dengan antibodi.. Bila terlalu tinggi dalam tubuh seorang bayi, bimbang ia boleh menganggu sistem perkembangan. Ia boleh menyebabkan buta, pekak dan boleh menggangu otak. Sebab tu doktor perlu check satu per satu.
Result darah nanti tengok camana dan apa yang perlu dibuat kalau ia masih positif. Kemungkinan doktor akan beri rawatan selama 6 minggu dan perlu di ward. Rawatan ni agak mahal juga.
Allah.. UjianMU pada kami. Kami terima dan cuba berusaha yang terbaik untuk madihah kami. \ Mudahan segalanya baik.
Ibu tanya doktor. "Doktor, kes begini pernah berlaku ke? "
Kata doktor, kami pernah rawat kes begini tapi ia memang jarang jarang berlaku. Tapi dah ada sejarah la pernah merawat kes begini.
Kata doktor lagi, inshaAllah bila diberi rawatan nanti akan OK. tapi apepun kena tunggu result darah yang terkini tu.
Doakan madihah saya semoga kembali normal resultnya dan sihat. Moga negatif lah resultnya yang terbaru ni. Ibu tak berapa kuat nak tengok anak kena cucuk cucuk. :(
Bersyukur selalu. Kita rasa kita susah tapi ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Kita rasa berat ujian kita tapi ada lagi orang lagi berat ujian dan dugaannya. Semoga Allah berikan kita semua kesembuhan, kebaikan dan kesihatan yang baik sentiasa.
2 Komen Cerita Hati:
Post a Comment