Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 28 November 2016

Diy Sudut bacaan untuk anak-anak

Sudah lama ibu nak wujudkan ruang dekorasi buku-buku bacaan anak-anak.  Walaupun ruangnya kecil tapi ibu nak juga sediakan sudut bacaan yang boleh paner buku-buku bacaan anak.  Ibu harap ianya boleh menarik minat anak-anak untuk membaca buku bila ibu buat begitu.  InshaAllah. 
Ibu guna di ruang belakang pintu jadikan sudut pameran buku-buku bacaan mereka. Ibu deko guna tali untuk gantung sebahagian buku-buku mereka. 





Manfaatkan ruang yang ada.  Mungkin di masa akan datang boleh ditambah baik lagi ruangan ini. Andai ada rezeki lebih ibu akan tambah lagi koleksi buku bacaan anak-anak ibu.  InshaAllah.  Semoga anak-anak ibu akan suka membaca dan menjadikan membaca sebagai hobi.  Mudah-mudahan begitulah hendaknya. 

Pretend play : adamdhia mini shop


Prentend play adalah sesuatu aktiviti belajar sambil bermain yang menyeronokkan. Terdapat pelbagai jenis pretend play seperti main masak-masak,  baby doll dan bermain jual beli seperti ini juga adalah aktiviti yang menarik. 

Anak boleh belajar :
-cara berurusniaga
-mengenal apa itu wang? 
- mengira tambah wang tolak wang
- belajar cara membeli dan menjual

Pendek kata belajar asas ilmu ekonomi tapi dalam masa yang sama membentuk keyakinan diri juga untuk belajar membeli terutama jika nak membeli di kantin sekolah nanti. 

Pada awalnya,  ibu hanya buat ruang begitu je mini shop anak-anak.  Sebelum ibu diy daripada kotak. 
V
V

Duit tu abah adamdhia printkan.  Ibu tolong gunting.  Kata abah,  guna duit contoh yang betul barulah seronok.  Sebelum tu ibu tulis je kat kertas. 

Barang mainan je sebagai barang jualan.


Mesin tunai ini, abah adamdhia yang beli. Beli di bundle.. Rezeki anak-anak,  masa abah mereka pergi terjumpa benda ni.  Bawah RM20 harganya.  Tak silap ibu dalam RM15. Kalau beli baru ada je dijual di kedai mr. Diy dan paling murah harganya Rm34++. 

Selepas abah adamdhia bagi kotak besar,  maka terjadilah diy mini shop daripada kotak.  Lebih menarik dan anak-anak ibu bertambah seronok.  Kami buat sama-sama  mini shop ni.  Sorang tolong ambil salotape,  sorang tolong pegang. Sorang tolong susun..  :)
V
V

Mini shop adamdhia


Proses jualbeli sedang berlangsung.  Mereka saling bertukar,  kali ni abang Adam jadi pembeli dan dhia jadi penjual,  kadang dhia pula jadi pembeli dan abang penjual. 


Abang Adam nak membayar.  Berapa ringgit cik?  :)

Alhamdulillah . Sedikit ruang di dalam bilik dimanfaatkan sebaiknya.  Bilik inilah tempat anak belajar dan bermain.  Bilik ini tidaklah besar mana pun sebenarnya tapi cukuplah ruangnya tu untuk mereka beraktiviti.  
Terimakasih juga kepada abah mereka kerana sentiasa bagi sokongan kepada ibu dan anak-anak . Siapa sangka suami ibu itu seorang yang supportive dan semestinya dialah penyumbang sumber kewangan modal dalam aktiviti homeschooling kami.  :)

Sunday 27 November 2016

Meraikan abang adam

Alhamdulillah. Tamat sudah sesi persekolahan 2016. Syukur juga abang adam memperolehi keputusan yang baik. Walaupun bukan di tempat pertama dalam kelas, tetapi ibu dah gembira bila dia berusaha buat dengan baik. Bukan mudah bersaing dalam kelas pertama dan dapat kekal berada dalam kelas itu juga di tahun depan pun dah syukur. 10A 3B untuk semua subjek, 5A 1B untuk subjek teras dan nombor 9/32. Bukan nombor yang ibu ajar dia kejar tapi cukup usaha untuk capai target terbaik tu.
Setiap usaha anak harus diraikan dengan sedikit hadiah. Abah adam belanja makan dan ibu buatkan coklat bouquet dan tempah sebiji kek. Alhamdulillah.






Jam ni abang adam beli sendiri hasil kumpul duit saku sekolah dia. Reward untuk diri dia sendiri agaknya.  :)

Semoga tahun depan lebih banyak berusaha lagi dan berjaya lagi. Ibu doakan anak ibu berjaya dunia dan akhirat. 

Friday 4 November 2016

Pelbagai idea untuk aktiviti kemahiran motor halus dan diy abm anak

1) Memasukkan getah rambut ke dalam gelung.
Ibu guna getah rambut yang beli sepaket di kedai dua ringgit dan sebatang gelung daripada aluminium foil yang ibu buat kek. :)

Lihatlah jari jemari sedang berkerja dengan baik tu.  

2) button tree and fall tree. 
Pipe cleaner untuk bentukkan sebatang pokok..dalam gambar dua, satu untuk daun, satu untuk butang. Daun tu guna felt. :)
Semua bahan boleh dibeli di kedai mr.diy.

Mula-mula agak susah dhia nak masukkan daun tu, lama-lama dia dah boleh. 

Yang ni butang. Seronok kan.. 

3) pipe cleaner fishing games
Yang ni paling mudah dibuat sebab hanya guna pipe cleaner je. Bentukkan seperti ikan dan joran.

4)turkey button practise
Ibu gunakan kain felt buat ayam turkey ni. Butang dijahit. Bentuk bulat tu ibu tekap pakai pinggan. :)

5) octopus numbers games
Guna kertas atau manilakad, pipe cleaner dan manik. Boleh beli kat kedai mr.diy manik tu.
Ibu guna kertas yang telah dilaminate.

6) playdough time
Ini resepi terbaik yang ibu suka.  Tak lembik dan tak cepat melekit walau lama. Tahan lama jugalah palydoh kalau guna resepi ini.

Saya jual karipap.. :)

7) cutting practise
Dhia gunting rambut orang-orang batang aiskrim yang ibu buat.

8) alphabet matching games
Ibu download dan print. Guna sticker untuk padankan.

9) Q-tips snowflakes
Ibu download di web palydoughtoplato.

10) how many candles games
Ibu download, print dan laminate. 

Cara mudah buat dadu kertas


Sebelum ni saya selalu pening nak buat dadu dan akan selalu jadi kurang kemas. Alhamdulillah, jumpa juga cara mudah nak buat dadu kertas selepas tengok tutorial video kat fesbuk. 
Lipat sehelai kertas A4 kepada tiga. Gamkan hujung bertemu hujung. Bahagian atas dan bahagian bawah digam kemas.

Kemudian,  dengan kedudukan melebar..  Tandakan ukuran saiz yang diingini.  Ibu buat 5cm setiapnya.  Selepas tu,  gunting.  Satu kertas akan dapat 4 bahagian. 

Lipat kemas setiapnya supaya membentuk petak seperti di atas.

Hanya guna tiga bentuk sahaja ye. Dan susun kedudukannya seperti di atas. Masukkan satu persatu. Masuk yang tengah dulu kemudian yang terakhir masuk dari atas.  

Siap dadu.  Boleh tulis guna marker pen. Gam hanya diguna masa nak gam kertas A4 di langkah awal je..  :)

Dadu sukukata.  

Boleh  main buat perkataan. Banyak lagi aktiviti boleh buat guna dadu ni. 

SELAMAT MENCUBA!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute