Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 20 December 2013

~We follow Abah join MAOC Event at Kuala Terengganu~


Cerita 14 disember yang lalu.. kami ikut abah berkonvoi dengan crew kelab kereta dia. Sebenarnya saya pun dah mula suka ikut dia join program camgini..haha.. Adam pun sama, punyalah seronok dia dapat tengok kete banyak-banyak kumpul tu. Selain tu dapat tambah kenalan baru dan boleh bersantai dengan family. Adalah jugak aktiviti masa lapang kami dengan aktiviti camgini kan. Seorang isteri tu kenalah sokong minat suami kan, dah abahnya suka join kelab kete.. kami follow jelah. hihi. (^_^)

 Ini mama angkat Dhia dah ni..hihi.. setiap event pasti ketemu mama dia ni.. Dhia pun dah cam dah dan terus Dhia nak jer bila mintak didukung. 
 Ni member sebelah blok..haha.. kiranya boleh keluar konvoi sekali lah ngan dia kalau ada event kelab.
~~ We Follow Him~~~


 Acara mewarna.. Adam pun nak jugak..

Kalau tak silap saya, hampir 170 buah kereta berkonvoi pada hari tu. Tapak berkumpul di RnR Ajil.. Kemudian konvoi mula bergerak ke SMK Chendering untuk acara seterusnya di situ. Crew kebanyakkannya datang dari Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Besut. Encik suami crew besut.. Hihi.. Hari tu banyak jugaklah acara yang diadakan tapi lebih kepada acara berkenal-kenalan dengan ahli-ahli kelab. 

Wednesday 18 December 2013

~Kek coklat deco dengan choc buttercream~


Mengasah kemahiran mendeco kek. Itulah hobi saya sekarang. Nak pergi kelas memang dalam perancangan. Buat masa ni, belajar sendiri dulu. Tengok tutorial cara deco kat youtube tu jelah sumber saya belajar sekarang. 
Walaupun banyak tool mendeco yang masih belum cukup dibeli... haha... nozel pun saya ada yang plastik je, dan yang jenis besi tu memang akan beli jugak dan dalam list shopping bulan ni. Hihi.. (^_^)

Resepi buttercream tu first time saya cuba yang ni.. selalunya pakai yang letak creamwell atau shortening tapi semalam dek kerana tangan gatal sangat nak mendeco, guna jelah apa bahan yang ada kat dapur tu.. Saya pakai 250gm butter + 1 1/4 cwn gula aising + 3 sb serbuk koko + 1 sb choc emulco + 3/4 cawan air sejuk. tapi kan macam tersilap jer... letak air sejuk buatkan tekstur buttercream tu tak berapa cantik dan licin masa mendeco tu.. huhu.. tak letak pun takpe kot tapi sedap jugak rasa buttercream tu. apa yang saya belajar kan, dulu buat buttercream.. saya ayak gula aising tu sekali jer dan akibatnya buttercream kurang sedap sebab gula tak hancur elok. lepas dari tu, saya ayak 3-4 kali gula tu dan barulah terhasil buttercream yang elok. Inilah namanya kaedah cuba jaya, cuba buat, tak jadi, buat lagi dan lagi.. (^_^)
 Deco asal boleh... hihi
Simple deco.. tabur cheddar cheese parut, buh ceri dan coklat adam sikit.. hihi..
Sebenarnya nak cuba buat swirl roses.. akhirnya baru dapat belajar teknik buat roses versi camgini dengan betul.. Lepas ni akan try buat roses yang versi lagi satu tu..

Nota : bilalah dapat berguru dengan pakar kek ni? huhu.. semoga dipermudahkan segala hasrat hati dan rancanganku.. amin.. nanti akan cuba deco red velvet cake pulak... tak sabarnya nak beli nozel besi tu.. (^_^)

Read-Easy : Book 4


Alhamdulillah.. Adam dah tamat book 3 dan sekarang di book 4. Cepat pulak dia boleh baca. Ini pun ajar skip hari jugak.. maklumlah kena tengok mood si kecik Dhia jugak time nak ajarkan Adam tu. 

 Book 4 ~ ajar sebut bunyi huruf g, r, l dan i. Tak banyak beza cara sebut masa ajar BM dulu dan sebab tu kot dia cepat je boleh sebut dan laju je baca setiap perkataan dan ayat dalam book 4 ni. 
Peneman setia.. otomen.. layankan ajelah. nak jugak bawa otomen dia baca sama katanya.. ikut sajalah mood dia.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute