Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 12 October 2016

Kad dari abang adam


Bila  seorang anak sudah pandai menulis, buat kad dan kad tu kita dapat... Ianya satu perasaan yang cukup indah. Alhamdulillah. Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat, kuat, bijak, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu himpunkan sebahagian kenangan kad yang pernah abang adam buat disini.












Tuesday, 11 October 2016

Diy doll housebox daripada kotak untuk anak


Alhamdulillah. Siap sepenuhnya diy doll housebox ini untuk anak tersayang ibu. Sungguh rasa puas hati bila dah siap dan kepenatan yang dirasakan berbaloi bila melihat si anak seronok bermain.

Ibu telah menggunakan tiga kotak semuanya. Satu kotak kasut dan dua lagi kotak songkok..semuanya kotak tu abah mereka yang punya. Selamat diguna oleh ibu. Bahan lain, ibu guna :

Kotak-kotak kecil seperti kotak ubat anak, kotak sabun hotel dan apa je kotak yang kecil comel untuk ibu buat perabot selain dari perabot yang readymade beli kat kedai eco RM2.12 tu.
Ibu juga guna gunting, salotape,double side tape, sedikit perca kain, straw air kotak, penutup minyak rambut dan helaian kertas berwarna-warni.

Ibu mengambil masa lebih kurang tiga hari nak siapkan sepenuhnya diy housebox ni. Ibu guna patung hello kittu, gift beli mc'd happy meal tak lama dulu. :)

Jom tengok diy ibu.. 
V
V
V
V
 Dari pandangan keseluruhan rumah doll dhia.

 Ibu pun teruja sama bila dah siap ni.

 Pandangan dari sudut atas, ruang bilik tidur dan ruang mekap. :)



 Ruang tamu

 Pandangan tepi.  Ruang dapur dan bilik air. 

 Kitty di dapur.  Tengah fikir nak masak ke nak basuh baju. 

 Rumah doll dhia dah ada meja makan, mesin basuh dan bilik air dah. 

Karpet pun ada.. Ibu guna paper foam buat karpet. :)

Sebenarnya kan, ibu masa kecil pun suka main patung, main pondok-pondok. Pernah ibu buat rumah dari kotak juga masa kecil tapi takde lah perabot tu. Cuma ada tingkap dan pintu. Bila ada anak perempuan sendiri, haaa barulah bersungguh diy untuk dia. 
Alhamdulillah.. Penat yang berbaloi.. Semoga anak ibu jaga elok dan main dengan cermat.  :)

Selamat mencuba semua.  
 

Saturday, 8 October 2016

Aktiviti anak 3 tahun


Sebahagian daripada aktiviti hs dengan my dhia dan koleksi abm dhia.

Ibu simpan disini sebagai kenangan untuk dhia, juga sebagai rujukan ibu dan kawan-kawan homeschooling ibu.

 Egg pattern matching games

 Popsicle colour pocket matching games

 Seronok dia dapat masukkn batang aiskrim dalam poket mengikut warna.

 Caterpillar matching games. 
Ibu buatkan untuk warna dan juga nombor.

 Mengira dengan paku tekan. Ibu guna pegboard beli kat kedai mr.diy.
Aktiviti yang membantu perkembangan motor halus anak.

 Diy tempat sidai daripada kotak dan tali.
Games mini hanger. Guna klip dan pipi liner untuk buat mini games. Ada contoh cara buat di entri saya sebelum sebelum ni. :)

Aktiviti sepit dan sidai baju. Tingkatkan kemahiran motor halus.

 Belajar al furqan.

 Lacing activity.

 Butterfly clothespin matching games.

Nampak kesungguhan dia nak cantumkan kad tu dan kepit dengan penyepit. 

 Finger paint. 
Sekali sekala main comot comot ni. 


Tu resepinya.

Bottle cap games.
Belajar kira menggunakan tudung botol.

 Match games.


 Diy puzzle pattern match games dengan menggunakan paper foam berwarna.

Semoga kamu membesar dengan sihat dan berjaya. Semoga menjadi anak yang solehah.

Bagaimana saya curi masa sediakan abm anak? Saya kadang buat waktu pagi, tengah malam atau petang. Bila ada waktu, saya akan buat. Kadang dibantu anak-anak. Semuanya kita akan cuba usahakan bila kita ada kemahuan. Buangkan alasan tiada masa kerana ramai juga ibu berkerjaya yang rajin sediakan abm untuk anak-anak mereka. Saya lagi respect mereka. :)

Tuesday, 5 April 2016

Abm membaca untuk anak


Proses mengajar anak membaca bukanlah sesuatu yang mudah dan disebabkan itulah kite harus menjadi lebih kreatif dan sabar. Sabar tu memang paling penting. 

Abm ni juga boleh digunakan untuk ajar english juga. Yang saya buat ni untuk bahasa melayu. 

 1) abm untuk sukukata kvk. Ini untuk bacalah anakku buku 6. Menggunakan kertas sahaja dan botol. Caranya pusingkan sahaja kertas suku kata itu untuk menjadi ban pan san dan lain-lainnya.

 2) poket doraemon suku kata. Ini untuk dua huruf. Suku kata kv. Ba bi bu na ni nu.

 3) Puzzle magnet.

Abm ni kesukaan anak-anak. Saya guna tin biskut je. :)

 4) Tic toe tac games. Ambil kad lidi dalam sampul.kemudian cuba baca dan tanda pada kertas tu.

 5) Padanan poket bergambar.
Cari dan sebut perkataan kemudian masukkan pada poket gambar. Ringkas tapi menyeronokkan.

 6) Ni untuk sight word games b.i.
Boleh juga ye guna ni untuk baca dan eja perkataan b.m.

 Whiteboard dan tutup botol huruf.


Anak-anak ni tak sama rentak caranya. Ada yang jenis ok je hadap buku dan ada yang jenis kena selitkan juga permainan bahasa. Itulah cabaran untuk kita tetapi bila tengok anak dah boleh membaca, itulah hadiahnya untuk kita. Kan? semoga dipermudahkan semua urusan kita dalam memastikan yang terbaik untuk anak-anak kita. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute