Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 27 December 2017

Doll house daripada kotak



Doll house ni buat sikit demi sikit. Ada kotak tambah dan tambah sampailah jadi tiga tingkat begini. Alhamdulillah. 

Perabot pula beli sikit sikit di pelbagai kedai. Asal nampak je terus ambil beli. 

Ada dibeli di kedai eco, Mr.diy, giant dan juga di mydin. Harga pula bawah rm10. Ada yang dibeli pada harga rm2.12 tapi dapat banyak perabot. 

DOLL HOUSE DHIA DAN DIHAH.






DOLL HOUSE ANAK SAUDARAKU AFINA.
khas Cik ayu buatkan untuk dia guna kotak besar kertas a4 kuning tu 






Doll house ni kesayangan anak anak. Eh ibu pun sayang tau. Alhamdulillah anak anak hargai. Dan buat doll house ni pun banyak juga mereka Bantu. Tolong tampal, tolong gunting double tape.. :)




Thursday, 21 December 2017

Abang adam belajar buat doodle


Abang adam memang minat melukis sejak dari kecil. 
Alhamdulillah semakin baik lukisan dia. 

Menulis atau melukis atas lantai sangat bagus kerana banyak membantu kekuatan otot tangan semasa pegang pensel.
Aktiviti melukis Atau menconteng bersama sama di atas kertas mahjong.

Berpandukan YouTube dia buat doodle.
Doodle pertama dia cuba.

Dua ketuk doodle cute dia berjaya buat.

Yang ni tanpa lihat mana mana rujukan.
Dia melukis ikut citarasa dia.

Keluarga kecil kita.
Rambut abang adam pacak. Hahaha.

Adam dan dhia melukis doodle untuk hari jadi pak lang kesayangan mereka.

Daripada abang adam. 

Yang ini pula untuk pakcu.

Ini dhia lukis untuk pak lang. Tak sangka dhia boleh tiru juga. Mereka tengok YouTube.

Yang ni dhia lukis sendiri. Orang dhia memang macam tu. Pakai tudung tu ye. :)


Melukislah anak.. Melukis itu mampu buat kalian menjadi kreatif dan bijak berfikir. 



Friday, 15 December 2017

Sudut bacaan di rumah


Impian ibu tersangatlah ingin ada ruang membaca dan letak susunan buku dengan lebih baik. Namun, buat ketika ini hanya sekadar ini sahaja mampu dibuat. 




Bermain olok olok : doktor


Anak anak ibu suka benar bermain doktor doktor ni.

Hari ini dapat pula idea buatkan baju doktor dari beg plastik.  Walaupun tahu baju tu tak tahan lama..tapi misi ibu nak mereka lebih seronok tu tercapai. 

Lain kali kita cuba cara lain pulak. Mungkin melukis atas baju Putih dengan fabrik marker. 

 Ini ibu lukis bagi contoh kat mereka. Terutama untuk abang adam biar dia lukis sendiri dia punya.  Ni adik dihah punya.

 Adam dan dhia melukis.

 Dr. Dhia. Ada gaya tak?

Semoga anak anak ibu membesar dengan sihat selalu. Menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute