Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 21 December 2017

Abang adam belajar buat doodle


Abang adam memang minat melukis sejak dari kecil. 
Alhamdulillah semakin baik lukisan dia. 

Menulis atau melukis atas lantai sangat bagus kerana banyak membantu kekuatan otot tangan semasa pegang pensel.
Aktiviti melukis Atau menconteng bersama sama di atas kertas mahjong.

Berpandukan YouTube dia buat doodle.
Doodle pertama dia cuba.

Dua ketuk doodle cute dia berjaya buat.

Yang ni tanpa lihat mana mana rujukan.
Dia melukis ikut citarasa dia.

Keluarga kecil kita.
Rambut abang adam pacak. Hahaha.

Adam dan dhia melukis doodle untuk hari jadi pak lang kesayangan mereka.

Daripada abang adam. 

Yang ini pula untuk pakcu.

Ini dhia lukis untuk pak lang. Tak sangka dhia boleh tiru juga. Mereka tengok YouTube.

Yang ni dhia lukis sendiri. Orang dhia memang macam tu. Pakai tudung tu ye. :)


Melukislah anak.. Melukis itu mampu buat kalian menjadi kreatif dan bijak berfikir. 



Friday, 15 December 2017

Sudut bacaan di rumah


Impian ibu tersangatlah ingin ada ruang membaca dan letak susunan buku dengan lebih baik. Namun, buat ketika ini hanya sekadar ini sahaja mampu dibuat. 




Bermain olok olok : doktor


Anak anak ibu suka benar bermain doktor doktor ni.

Hari ini dapat pula idea buatkan baju doktor dari beg plastik.  Walaupun tahu baju tu tak tahan lama..tapi misi ibu nak mereka lebih seronok tu tercapai. 

Lain kali kita cuba cara lain pulak. Mungkin melukis atas baju Putih dengan fabrik marker. 

 Ini ibu lukis bagi contoh kat mereka. Terutama untuk abang adam biar dia lukis sendiri dia punya.  Ni adik dihah punya.

 Adam dan dhia melukis.

 Dr. Dhia. Ada gaya tak?

Semoga anak anak ibu membesar dengan sihat selalu. Menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. 

Thursday, 31 August 2017

Permainan kreatif yang mampu menarik anak suka belajar membaca


 Deria sentuhan. Buatkan huruf menggunakan pipe cleaner.

 Bermain sidai baju dengan baju bunyi huruf yang dibuat daripada paper foam.

 Bermain bola ping-pong sambil sebut bunyi huruf.

 Roda impian fonik.

Papan karom fonik.
Papan kadbod sebagai papan karom dan cawan polestrin sebagai lubang. Tutup botol mineral sebagai buah karom.

 Spinner fonik.
Guna papan Kek buat bulatan roda.

 Bola meja fonik. Letak kad huruf pada cawan polestrin yang telah di lekatkan pada meja. Anak gelek bola masuk lubang cawan dam sebut baca.

Race car fonik.
Terowong dibuat daripada kotak. Letak klip kertas pada setiap pintu supaya mudah untuk tukar kad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute