Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 13 August 2015

seronoknya belajar matematik : Belajar Bilang dua dua


Subjek kesukaan adam adalah matematik. Saya dah mula belikan dia buku aktiviti darjah 1.. lagi beberapa bulan je pun kan dah nak masuk darjah 1. Topik matematik bilang dua-dua ni adam tak berapa faham.. itu yang saya buatkan aktiviti ni dan diy bbm ni.
Nombor penutup botol dan lukis garis nombor atas kertas A4.
Ini pula guna nombor penyepit baju dan hanger baju.
Ini pula buatkan garis nombor untuk uji dia. Letak nombor tu... yang kosong tu nanti adam kena letak.
Alhamdulillah.. bila buat macam ni, dia boleh faham dah. :)

Friday, 17 July 2015

Selamat hari raya

Raya 2015, raya di perantauan. Feeling macam duk oversea lak aihh rasa tu. First time raya aidilfitri tak balik kampung..opss bukan ikut cadangan nak jimat tu ye..hihi..tapi sebab tuntutan kerja abah AdamDhia, jadi terpaksa relakan hati ini supaya tak menangis.. takkan nak tinggalkan abah AdamDhia beraya sorang dan kami duluan balik kampung pulak, rasa keterlaluan la kan. Kata nak susahsenang bersama, kenalah saling memahami. Ye dok? Bukan tak balik pun..nanti balik jugak ke kampung tu cuma lambat sikit jelah. :)
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua sahabat saya. Dalam kita bergembira menyambut raya, jaga jugak kesihatan tu ye.. jangan makan sesedap rasa je..dan hati-hati di jalan raya. Semoga aidilfitri ini kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga, saudara mara, jiran dan rakan-rakan kita.. selamat berhari raya.
 maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

Okay...ni nak share kek hari raya. Kek besar yang pertama kali saya buat. Fuhh...boleh tahan jugak nak buat kek saiz besar ni. Apapun itulah cabaran namanya. Alhamdulillah kerana percayakan saya ye akak untuk buatkan kek besar ni.. 
 


Thursday, 9 July 2015

Melatih kemahiran berfikir : Cipta perkataan


Berdepan dengan cabaran pendidikan masa kini.. anak-anak perlu untuk punya kemahiran berfikir aras yang tinggi supaya mudah untuk faham apa yang cikgu ajarkan.
Aktiviti ini pun boleh dikira sebagai melatih kemahiran berfikir lah kan..hihi.. :)
Ini bahannya untuk aktiviti cipta perkataan ni. Satu kertas saiz A4 yang ditulis huruf berterabur.
Dah siap lekatkan pada bekas potato. Inilah jadinya.. setiap baris huruf tu ada perkatan yang boleh dibuat.. 
Menguji si Adam pulak cipta perkataan pulak.. Saya bagi contoh untuk baris pertama je..

Hasil Adam cipta perkataan dari setiap baris huruf yang berterabur tu.
Alhamdulillah.

Seronoknya belajar matematik : Kenali bentuk 2D dan 3D


Semalam saya ajarkan Adam mengenai topik bentuk.


Saya buatkan bentuk-bentuk 3D daripada kad manila supaya lebih mudah anak faham dan dapat tengok bentuk tu. Ini kalau sebut je jenis-jenis bentuk tu... dia macam tak boleh bayangkan bentuk tu ada berapa bucu, ada berapa permukaan rata.. Setakat ni, kalau bentuk 2D yang segiempat sama dan seangkatannya tu, dia fahamlah.. Ini kalau sebut bentuk piramid, kon, silinder tu... pening dia nak jawaab soalan dalam buku latihan ada berapa permukaan, sisi dan bucu. Bila buat bentuk macam ini... dia boleh pegang dan kira sendiri.... nampak lebih mudah lah dia nak ingat dan faham. Silinder tu tak sempurna kejadiannya..haha.... ibu dah penat dah masa tu.. nanti la ibu tutup dengan kertas ikut bentuk bulat atas tu. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥