skip to main |
skip to sidebar

Jiran...... Semua orang tahu apa itu jiran, siapa itu jiran kan. Jiran ni orang yang duk sebelah umah, depan, belakang, satu level, 1 blok dan 1 taman lah. Hehe..
Saya memang ramai jiran. Yup memang ramai jiran sebab duk 1 blok ni ada 16 rumah = 16 family lah. Tu tak termasuk blok2 bersebelahan nya. Hehe.. Tapi kan, nama je tinggal 1 blok, yang saya kenal hanya lebih kurang 4 family aje, yang kenal nama, selalu sembang lah.
Tertanya-tanya jugak, yang lain-lain tu mana pergi entah. Lalala... Saya ke yang sombong atau mereka yang sombong?? Hahaha.. maybe sebab ramai yang weekend husband, wife diorang duk jauh kot. Sekali sekala je dtg.. Tu yg tak jadi kenalan tu. Hahaha..
Memang ada orang tak hairan pun kat jiran, buat dek je walau terserempak kat tangga ke, lift ke kan. Tapi tahukah anda yang sebenarnya penting untuk kita kenal siapa jiran kita. Bukannya nak BZ body pun, cukuplah kenal nama & boleh sembang sikit2 jadilah kan. Ini tak, kalau ada yg bertanya kenal tak si pulan si pulan ni, kita tak tahu. Padahal rupenya sebelah umah. Hahaha... Tu yang tak berapa nak faham tu, malu jek.
Lagi satu, kalau lah nak balik kampung, pada siapa kita nak tolong harapkan tengok-tengokkan rumah kalau bukan jiran. Kalau tak kenal jiran, cmne tu? Buatnye ada perompak masuk rumah kita / rumah jiran kita, bukannya kita tahu kan. Sebabnya apa... sebab tak kenal siapa jiran kita. So, janganlah sombong untuk kenal jiran.
Ihsan pokcik google lagik. Hehehe
p/s : Amalkanlah sikap bertegur sapa dan memberi salam. Bukan luak pun if bagi salam. Senyum pun takpe dah... Tak rugi ape-ape pun.. Kan.. Kan.. Lalalala. :)

ihsan pokcik google
Kehidupan hari ini sangat perlukan wang. Pergi mana-mana pun perlukan wang. Apa sahaja nak dibuat pun perlukan wang. Bergerak selangkah pun kena ada wang. Semuanya lah perlukan wang. Wang bukan segala-galanya?? Boleh pakai lagi ke statement ni erk? Sedangkan apa saja yang kita nak buat, perlukan $$$$.
Nak pergi toilet pun kena bayar dah kan sekarang. Nak masuk kena bayar dulu 20sen, eh silap dah naik dah jadi 30sen. Dulu, order air kosong kat kedai makan, FOC jer..sekarang kena bayar dah 20sen. Hehe..
Dalam kehidupan rumahtangga, kalau takda wang, boleh porak peranda jugak rumahtangga kan. Sebab tu ramai pasangan suami isteri sama-sama berkerja mencari sumber kewangan untuk menjadikan kehidupan rumahtangga mereka lebih selesa dan sempurna. Memang wang bukan segala-galanya, tapi tanpa $$$..... tiadalah segala apa yang kita nak dalam kehidupan ini kan.
Cuma, kena pandai membahagikan antara kehidupan duniawi dan jugak mencari kehidupan akhirat. Jangan biarkan $$ menguasai diri hingga kita akan lupa diri dan riak dengan kemewahan yang kita dapat. Betul tak?? Saya cuma keliru di sini, sebab ada yang kata, takde wang pun boleh hidup, boleh bahagia. Boleh erk??? Emmm.. tapi, kalau tak cukup wang pun boleh timbul pelbagai masalah jugak kan. Cuma, lebih bahagia jika hidup bersederhana sahaja. Tidak perlu mewah-mewah, cukup segalanya dah membahagiakan. Tiada yang dapat dibeli dengan $ jika hati tidak tenang dan tidak rasa bahagia. Punya wang yang banyak bukan jaminan mendapat kebahagiaan yang hakiki.
Syukur untuk kehidupan saya hari ini. Saya bahagia hidup begini, cukup segalanya. Punya suami yang bertanggungjawab dan punya anak yang semakin pandai. Walau kami hidup sederhana, kami bahagia. Memang wang bukan segalanya. Cuma untuk menjadikan kehidupan lebih sempurna di masa depan untuk anak-anak juga itu perlu.
p/s : Biarlah tidak kaya harta tapi biarlah kaya budi pekerti. :)
...Nak tengok tak??..
close-up sikit. Alahai anak ibu.... :)
Tengok gambor atas tu. Itulah my lovely boy. Dia tengok Dora. Last2 tertido pulok. Hehe.. Suka sangat budak kecik ni ngan Dora.

Hai rakan-rakan blogger ku. Hari ini, follower Cerita Hati genap 60 orang walau baru beberapa bulan berblog. Sangat happy. Selepas join segmen dari blog Cik Lezza, makin bertambah follower. Terima kasih kepada mereka yang sudi follow blog Cerita Hati yang tak seberapa ini. Kerana mereka, saya jadi bersemangat nak ber blogging. Hehe..
Terima kasih kepada Cik Suka Berangan yang sudi genap kan menjadi follower yang ke-60. Jom singgah ke blog Cik Suka Berangan yang cute tu.