Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 25 May 2017

lanjutan follow up madihah

17/5/2017 : follow up  di klinik pediatik. Pagi kami ke sini untuk madihah buat ujian darah LFT. Petang baru jumpa doktor paed. alhamdulillah resultnya menurun fungsi hati tu tapi perlu repeat lagi awal bulan jun. soalan pertama doktor, ibu ada ambil ubat kampung atau jamu ke? ibu jawab tak ambil jamu tapi ada ambil suplemen vitamin. So, doktor mintak ibu stop kan dulu ambil apa apa suplemen kecuali ubat yang dibenarkan pihak hospital. Ok, ibu dah stop dah pun. Semoga coming soon check, bacaan LFT nya normal dah.

23/5/2017 dan 24/5/2017 : madihah warded sebab nak buat ct scan brain esoknya. Ct scan memerlukan baby untuk puasa dan sebab tu kena warded dulu satu malam. Doktor masuk line wayar untuk drip air kat tangannya. Proses untuk baby berpuasa dan ibu tak boleh bagi susu ibu mulai jam 5 pagi hinggalah ujian habis dibuat.

Madihah anak yang kuat. Ct brain berjaya dibuat pada jam lebih kurang 11.30 pagi selepas puas ditidurkan nurse dan doktor. memang kena tidurkan baby baru boleh buat ct scan. Petangnya kami discaj ward dan akan follow appointment untuk review result ct brain sekali dengan monitor LFT pada awal jun nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan tiada lagi kesulitan dan kes ini dapat di close. aamin. 

Ramai yang bertanya kenapa baby? Sebenarnya dia tak sakit atau berpenyakit, cuma ini menurut doktor, possible cmv infection dan boleh berlaku 1 dalam 1000 kes kelahiran. Disebabkan kes itulah memerlukan pemeriksaan susulan. Semoga baik baik sahaja hendaknya dan semuanya OK. aamin. Jangan ditanya bagaimana boleh ada? Kami sendiri pun tak pasti bagaimana. Cuma doktor selalu tanya rumah ada kucing ke? ada bela haiwan ke? pernah melawat kandang-kandang haiwan ke? Haaa gitulah doktor tanya pun. Mungkinlah kan boleh jadi itu salah satu faktornya. Tapi kami tak bela pun tu semua. Kami anggap ini sebagai ujian dari NYA dan semoga Allah permudahkan segalanya dan tiada masalah hendaknya. 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute