Salam... semalam penat nk fikir nk masak ape untuk buat lauk nasi. bila encik suami kerja shift petang, sy mmg malas nk masak. tapi hari2 sy masak lambat.hehe.. terfikir tomyam..lama dh tak masak tomyam. bila tengok kt blog sis diana @ skybluekitchen, terjumpa resepi ikan tumis tomyam..hehe.. tak pernah tahu pun ikan leh dimasak tomyam. mmg tak pernah rasa pun cmne ikan kalau dibuat tomyam. jdi tengok lah lam ice box ape ikan ade..hehe.. kena pulak ade ikan tongkol (sy pgl ikan aye) jd mmg ngam lah ngn resepi tu. jd try lah..hehe.. ternyata mmg sedap. encik suami pun tak pernah rs dia kate sedap..hehe.. TQ sis diana sudi share resepi yg sedap nih.
izinkan sy tepek resepi akak di sini lak yer..
Ikan Aye tumis tomyam
6kpg ikan tongkol (aye)-garam kan dan goreng
1bj tomato (belah 4)
2 pokok daun bawang -hiris
1 inci halia -hiris panjang
4 ulas bwg putih-mayang
5ulas bwg merah-mayang
1bj bwg besar-mayang
7bj cili padi-ketuk
3helai daun limau purut
1 btg serai-ketuk
3 cwn air
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar air asam jawa
garam, aji dan gula secukup rasa
1- tumis bhn2 hiris
2- tambah air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau purut dan cili padi
3- dah didih baru masuk ikan, tomato
dan daun bwg.suai rasakan.

Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment