Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 6 July 2015

Mari belajar bina ayat : Aktiviti B.Malaysia


B.malaysia kena banyak menulis dan itulah yang buatkan si adam ni tak berapa nak buat latihan buku bm yang saya beli hari tu. Dia malas nak menulis panjang. Lagi satu kan.. saya pun stress bila dia tulis tu jenis macam nak bagi perfect je tulisan. Kalau satu huruf salah tulis tak cantik pun nak padam. Haishh jenuh juga camtu tu. Saya pula kena sabar dan beritahu dia supaya perlahan-lahan latih tulisan tu jadi cantik..jangan cepat nak bagi sempurna tang tu jugak. Yelah kan.pada saya dah cantik dah dia tulis dan boleh faham dah..tapi bagi dia..tak.. emm.. yang peliknya tu masa tulis bm je macam tu. Banyak cipta alasan...hihi.. 

Saya tak tahu nak latih dia bina ayat macamana. Bukan adam tak boleh fikir pun cuma dia tak pandai lagi nak susun ayat kan. Itu yang saya buat sedikit alternatif pilihan perkataan yang boleh dipilih untuk bantu dia belajar bina ayat tu.
saya tulis kat kertas dan letak terabur... bagi dia pilih dan bina sendiri.
Tengah pilih dan bina ayat. Dia dah boleh faham dah macamana nak buat ayat tapi....... malas sikit nak menulis tu. Pening pulak ibu ni haa nak cari tips supaya dia suka bm dan rajin nak menulis ayat yang panjang tu. "bahasa malaysia ni kena tulis je..penat la adam, matematik lagi seronok." Amboi alasan.. dia tahu nak jawab soalan bm tu tapi dia malas je nak menulis kat buku tu. Emm.. nak kena latih lagi dan buat banyak aktiviti belajar sambil menulis kot ni baru dia suka dan rajin nak tulis menulis perkataan yang banyak. :)

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

kecik lg Adam ni..lenguh bila nk tulis byk2..macam Aiman pun tahun satu baru rajin menulis..dia tulis laju je..kita pulak kadang bising suruh tulis bg elok sikit.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute