Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 27 April 2013

Kenangan : Kamera Kodak vs Kamera Digital


Dulu......... nak amik gambor kena beli kodak atau filem dulu. Masa tu siap kumpul dulu duit saku sekolah gara-gara nak beli filem kodak tu. RM16 kot lebih kurang, saya pun lupa dah. Sekarang tak tahulah berapa harganya tapi ada lagi ke kedai jual kodak-kodak ni? Tak pasti pulak saya, maybe ada lagi kot. Dah beli kodak tu, pinjam kamera dari ayah ataupun kawan. Masa tu kamera kodak mahal lagi kan. Kadang tu terpaksa pinjam dari kawan kalau nak gi lawatan sekolah. Hihik.. sungguh kenangan. Punyalah seronok dapat berposing bagai tanpa pasti menjadi ke tidak gambarnya tu. Dah habis kodak tu pulak, kena ler kumpul duit nak cuci filem tu. Memang selagi tak cukup duit memang hold jelah dulu. Pergi je hantar kedai gambar untuk cuci tapi ambilnya lambat ler.. Hahaha.. Dah cukup duit dalam RM30 ke barulah pergi ambil. Dah dapat gambar-gambar barulah tergelak tengok ada yang jadi ada yang tak jadi.. Sungguh itu semua menjadi kenangan. Saya tak sukakan susahkan Mak, jadi nak kumpul duit untuk itu ini memang kena guna duit saku sekolah. Hihik.. (^_^)

Sekarang............ snap gambor dah tak perlu susah-susah dah. Ambil kamera, terus  jer klik asalkan kamera tu full charge baterinya. Bila gambar tak berapa cantik atau tak menjadi, klik lagi dan lagi. Yang tak menjadi tu pulak terus boleh delete. Oh! Amatlah mudah zaman sekarang dan ada pelbagai jenis kamera pulak tu. Nak yang jenis boleh zoom..yang jenis DSLR lah apelah.. Saya takdelah tahu sangat pasal dunia kamera atau fotografi ni sebab yang saya ada hanyalah kamera digital yang kecik comel tu je, Ms.Red Cam saya... Pemberian Abah Adam masa birthday saya. Itu pun dah pernah ada sejarah jatuh dan di repair.. Mujurlah ada warranty. (^_^)
Ini kamera zaman bercinta. Muahaha.. Kenangannya bila Abah Adam belikan on the spot sebab nak bergambor kat air terjunlah kononnya kan. Haha.. RM180 jugak nih setelah tawar menawar. Masa ni dah jatuh dah harga kamera kodak ni. Nak beli yang digital masa tu mahal sangat. Belasah beli yang ini tapi sebenarnya nak beli kodak pun dah makan modal + nak cuci gambarnya pun makan modal jugak. Memang kenangan......... Masih tersimpan lagi kamera ni dan jarang dah pun pakainya. Pernah bawa kamera ni pergi kenduri kawen sebelum beli Ms.Red tapi tak kuarkan langsung pun dari beg... Mungkin sebab segan nak keluarkan dan guna bila tengok orang lain mana ada dah pakai kamera kodak nih.. Haha.. (^_^) 
Sekarang............ dah ada yang ni Canon My Ms.Red Cam. Tak payah nak beli filem kodak atau risau gambor tak menjadi ke apa. Klik je berapa banyak gambar pun nak ambik.. Bila nak cuci pilihlah mana yang elok. Before cuci tu pulak, siap boleh edit dulu gambar-gambar tu. Haha.. memang mudah zaman sekarang kan.

Nota : Korang ada lagi tak kamera kodak tu?

Outdoor Activity : Adam di Pantai

Adam memang sukakan pantai. Nak tahu kenapa dia suka pantai? Haaa bukan dia teruja nak mandi tapi dia suka nak melakar lakaran seninya di atas pasir pantai. Semalam ke Pantai Bukit Keluang, ikut Abah Adam yang ada program dengan clubnya. Maka dapatlah Adam main pasir dan saya jugalah kena melayan dia bawa dekat ke pasir pantai tu.
 Senyuman yang penuh dengan makna tu. Bukan saje-saje nak senyum tau.
 Yess.. dapat jugak main pasir. Maklumlah Adam memang jarang dapat main pasir. Kesian Adam kan, tak macam zaman saya dulu, main sungai paya, main pasir, panjat pokok ke apa ke semuanya saya dapat rasai.. Tapi Adam tak dapat rasai pengalaman itu semua. Mandi sungai tu pernahlah bawa dia, bagi dia rasa pengalaman panjat pokok? hahaa.. pikir dulu berkali-kali. (^_^)
"Ibu, Adam jumpe kayu.. Adam nak lukis ni", katanya kan. Nampak je dia kayu tu yer.
 Menulis namanya di atas pasir pantai. Maka bermulalah aktiviti lakaran seninya di sini. (^_^)
 Dah pandai posing dah anak ibu ni.. Tak tahan tengok tangan dia tu, ala-ala kononnya..
"Lihatlah.. ini nama saya.. ADAM"
Interframe jugaklah..Asyik Adam je kan.. Hihik.. (^_^)

Banyak sebenarnya dia melakar dan melukis dia atas pasir pantai tu. Tak larat pulak nak snapnya. Adam siap ajak cari siput dan kulit kerang lagi tapi saya je tak larat nak jalan melayan dia mencari tu. Mujurlah Adam memahami keadaan saya dan tak meragam atau mengamuk.

~Abah Adam Join Club~


Menyokong minat seorang suami... itulah seorang isteri perlu buat. Setuju tak? Sebelum saya kawen dengan Abah Adam, memang saya dah tahu dia minat dengan club-club kereta ni. satu ketika dulu, dia pernah join kelab kete proton saga, kalau tak silap Prosic kot ke apa entah namanya dan masa tu kat Penang.. Masa tu zaman dia bujanglah dan saya pernah follow dia join event konvoi ke Lumut masa awal-awal kawen dulu. Kiranya honeymoon sekalilah masa tu.. Haha.. Lepas dah posting ke daerah Hulu Terengganu ni, terus tak aktif dah dengan club kete tu. 

Tapi sekarang sejak dia dah bertukar kereta, ada pulak dia join club kete nih. Jumpa geng lah tu kan.. Saya marah? Opsss.... tak marah pun sebab saya memang dah tahu dia suka benda camgini dari dulu lagi, so sokongkan ajelah minat dia. Lagipun bukan dia tak bawa saya pun kalau ade apa-apa program kan. Haha.. Kiranya saya dan anak-anak pun boleh tumpang sekaki. (^_^)

Petang semalam, secara rasminya Abah Adam dah join the club. Saya pun ikut jugaklah ke Pantai Bukit Keluang, ada picnic dan makan-makan sikit. Kenyang perut kami.. Muahaha.. Tapi seyes saya segan sebab baru kenal kot dengan kaum-kaum ibu yang pun ada join sama tu. Yelah masing-masing kenalah sokong suami kan, sebab tu ada sekali.. Hihik..
 Bakar ayam... Abah Adam yang pakai cap tu.. Gaya macam big boss aje..Poyo betul. Haha..
 Hambik ko... ternganga mulut saya... Haha.. Duk hujung-hujung je dari orang lain sebab masih segan lagi masa ni ditambah pulak mood saya yang sedikit penat. Muahaha.. (^_^)
 ~Abah Adam and the gang~
 Officially Abah Adam dah join the club. Sukalah dia kan.. (^_^)
~Ibu dan Adam yang menjadi penyokong setia Abah~

Nota : Apapun minat dia... saya sokong cuma berpada-padalah. Ada ketikanya perlu ambilkira mana yang penting juga. Saya tahu dia tahu dan faham itu semua sepertimana saya yang cuba fahami dia. Hihik..

Friday, 26 April 2013

Mainan yang tak tahu namanya apa....


 Apa benda ler tu kat tangan Adam tu??
Hihik.. Ini saya sendiri pun tak tahu apa ke benda namanya tapi Adam poww saya balik dari tadika semalam. Biasalah kan, habis tadika, kedai dulu singgahnya sebelum boleh sampai ke rumah. Mulanya tak nak pun belikan benda ni tapi macam kesian pulak nengok dia duk tengok je kawan-kawan dia beli. Adam kata ni mainan lekat-lekat.. Hissh apa tu? Belilah jugak kat dia, 30 sen je pun satu. Main tak setara mana pun, saje je tengok kawan ada dia pun nak lah ada jugak kan. Tak suka saya bau benda ni sebab macam getah jer baunya, busuk jer.. Haha.. Nanti terbuang jugak benda tu bila dia tengok dah rosak.

Tengoklah... berani tak saya? Haha.. Sekali tengok memang nampak cam betul je. Layan ajelah budak kecik ni. Ini pun dia yang suruh saya amik gambornya tau dan bila dah ada gambar, maka jadilah entri ini.. Hihik... (^_^)

Thursday, 25 April 2013

Layankan ajelah.......


Test.. test...
Hihik.. Selamat Malam Semua.. (^_^)
Layankan edisi macam-macam Adam. Adam minta saya amik gambar dia yang buat muka itu ini dan tunjuk giginya yang comel tu.. Ini sikit je edit jadi camgini.. haha.... Test jer..

Meja Biru pun Jadilah.....


 Hari tu saya ada buat entri pasal Abah Adam cakap saya dah jadikan bilik Adam macam tadika tu kan. Hihik.. Lepas tu plan lah nak letak meja + kerusi yang jenis tinggi sikit kat dalam bilik adam tu. Asalnya nak cari di bundle perabot tapi disebabkan tiba-tiba rajin menggeledah bilik stor dan terjumpalah..........
*
*
*
Ternampak pulak ada meja lipat warna biru ini yang memang dah lama berlipat. Saya terlupa yang ada meja ni kat rumah. Meja ni sebenarnya banyak diguna masa kami duk menyewa rumah luar dulu sebelum masuk kuartes. Bila dah duk kuartes, semua perabot banyak dah disediakan, jadi meja ni letak dalam bilik stor.  Alang-alang dah ada tu kan, saya pun basuh dan bersihkan meja ni. Lepas tu, letakllah dalam bilik Adam. Adam pulak tolong angkat dua kerusi meja makan tu. Dia faham ibu dia tak larat nak angkat. Hihik.. 
Kemudian, saya alaskan dengan alas meja putih yang tak berapa nak comel tu. Tengok-tengok, menjadi pulak dan asal boleh je saya ni kan.. Save bajet Abah Adam kata. Haha.. 
Nampak tak yang dah penuh dah bilik Adam ni. Oklah tu kot sekurang-kurangnya ada juga meja + kerusi belajar untuk dia. Taklah kena duk bawah pakai meja ABC tu lagi dan taklah saya pun rasa penat nak kena bersimpuh time ngajar dia. Hihik.. (^_^)
Meja ABC Adam tersorok di sebelah hujung katilnya. Lipat je dulu dan letak di situ, nanti nak guna baru lah buka.

~Cara saya tarik minat Adam~


Setelah hampir dua bulan menggunakan SET BUKU BACALAH ANAKKU dan Adam sekarang dah pun di buku terakhir iaitu buku 8. Satu pengalaman yang menarik dan sangat manis rasanya bila melihat hasil yang positif. Alhamdulillah......... Adam dah semakin hampir nak menguasai kemahiran membaca walaupun membacanya tu agak slow dan macam merangkak-rangkak lagi tapi saya sangat teruja dan bangga dengan pencapaian dia. Syabas Adam, u did it well. Bukan senang nak menarik minat anak yang umur 4 tahun macam Adam ni nak belajar membaca awal. Banyak yang saya google dan baca info sana sini macamana nak buat anak suka belajar membaca. Dengan info-info sana sini itulah saya cuba terapkan semasa ajarkan Adam.

Cara saya tarik minat dia :
1) Saya akan tetapkan masa untuk sesi belajar membaca dalam 10-15 minit setiap sesi. Kebiasaanya di waktu malam.

2) Duduk bersebelahan dengan dia ketika ajarkan dia.

3) Menggunakan flash kad dan pelbagaikan aktiviti bahasa dengan dia seperti puzzle games, match games, bermain aktiviti bahasa dengan playdough dan sebagainya lagi. Kena kreatif sedikitlah bab permainan bahasa ni. Banyak sebenarnya cara nak bagi anak suka belajar membaca ni. Mudah je zaman sekarang ni kan.. google ajer, pasti dapat idea.. Hihik. (^_^)

4) Saya juga menggunakan buku-buku tambahan seperti buku aktiviti yang juga boleh membantu  Adam untuk cepat faham.

5) Memberi sedikit motivasi dan semangat kat anak, contohnya saya cakap kat Adam, kalau habis baca buku sekian sekian.. nanti bolehlah belikan robot atau apa saje barang yang dia nak.

Tapi............. jangan paksa anak untuk terus belajar membaca bila dia dah menunjukkan muka yang bosan. Berhenti sekejap dan cakap kat dia, nanti sambung lagi. Macam saya, kalau dapat habiskan satu mukasurat setiap malam tu pun dah OK sangat dah tapi kalau Adam sendiri yang nak belajar lagi, baru saya teruskan. Saya juga selalu bertanya samada dia boleh teruskan lagi sesi belajar tu ataupun tidak. Itulah serba sedikit cara saya buat untuk bantu Adam belajar membaca. Sungguh saya rasa teruja dan sukar digambarkan betapa gembiranya saya bila melihatkan hasil yang positif dari Adam. Takpelah dia slow dan macam merangkak-rangkak lagi sebut bacanya tu, tapi itu sudah cukup bagus bagi saya sebenarnya. Alhamdulillah..

Mengeja pun dia dah boleh dah sikit-sikit. Sesekali tu time duk saja-saja depan tv ke, saya test dia minta eja kan Taman dan dia eja lah >> teh..aaa..mmm..aaa..nnn.. TAMAN
Lagilah memudahkan saya dan takdelah rasa bimbang sangat takut dia tak pandai mengeja pulak nanti kan. Mungkin sikap Adam yang suka mengeja sesetengah perkataan masa belajar membaca tu kot yang buat dia boleh mengeja bila disuruh tapi perkataan yang mudah jelah yer. Syukurlah.. cepat rupanya dia belajar.. Syabas anak ibu, i'm so proud of you sayang..

Nota : Sekadar ingin berkongsi serba sedikit cara saya dengan sahabat semua dan bukan ingin riak atau menunjuk-nunjuk. Apa yang baik tidak ada salahnya berkongsi kan. 

Wednesday, 24 April 2013

~Beginning Math Skill~

Ajar tambah menambah nombor pulak... Over kan saya? Hihi.. Walaupun Adam masih belum faham sepenuhnya macamana cara nak menambah tu tapi dia cuba jugak buat. Cara dia............. dia akan kira semua gambar atas kertas tu dan matchkan pada jawapan nombor sepatutnya dengan clothespins. 
 Saya download tool ni kat SINI.
Tengah kira berapa jumlah semuanya.. Dia tahu itu simbol tambah ( + ) cuma dia tak reti je nak terus sebut  3 + 4 = ?
Sebab tu dia kira je semua dulu, lepas tu baru dia sebut semua sekali tambah sama dengan nombor berapa.. Hihik.. (^_^)
Saje je saya bagi Adam berkenal-kenalan dengan aktiviti tambah-menambah nombor walau sebenarnya over je macam dengan tahap umur dia. Sebabnya kan, selalu sangat saya tengok dan dengar dia duk menyanyi, 
1 jari +1 jari = 2 jari, lepas tu 2 +2 = 2.... ??? pelik pulak kan dengarnya tu dan tambah lain-lain lagilah pelik jadinya. Hihik...

Nota : Adam sekarang dah boleh mengira dan kenal nombor 1-20 dengan baik. Bila dah camtu, dia overlah pulak nak kenal nombor yang lagi banyak.... Sekarang dah start ajar dia mengira 20-30 pulak. Oklah juga... mudah juga dia nak sebut dan kenal dengan bantuan aktiviti puzzle. Puzzle tu sebenarnya dari nombor 1-50, cuma kenalkan Adam satu per satu dulu.

Semoga dipermudahkan semuanya............

Baru balik checkup............ Hb, bp dan lain-lain semuanya OK kecuali kedudukan baby yang masih breech..  Refer doktor dan doc hanya kiv je untuk ecv, just follow edd ajelah. Kalau sakit atau ada tanda-tanda baru kena refer terus hospital besar. Lepas ni dah kena checkup seminggu sekali lah.. 

Pengalaman pertama saya baby duk songsang walau dah 36wks. Memang saya kena prepare mental dan fizikal andai perlu berdepan czer lagi. Apa yang perlu.... berdoa semoga baby akan pusing elok jugak nanti. Doakanlah moga saya dipermudahkan dan selamat semuanya. 
Dalam hati ni risau sebenarnya dan rasa semacam jugak. Semoga dipermudahkan semuanya.. 

Barang-barang semua dah packing siap letak dalam kereta.. cuma yang tinggal barang-barang untuk bawa balik kampung aje lagi belum siap sepenuhnya. Penat rasa badan ni ditambah dengan sakit gigi yang kadang-kadang datang menguji kesabaran. Tapi perlu juga pandai kawal emosi agar tak dilepaskan rasa penat amarah itu pada orang lain terutama si anak. Kadang-kadang kena juga dia marah.. Kesian Adam... tapi bila dia tengok saya tak sihat, dia suruh saya tidur. Nanti dah sihat baru bangun buat kerja, katanya kan.. Hihik...

Tuesday, 23 April 2013

Hujung Bulan..........


Setiap hujung bulan......GAJI? Yup memanglah dapat gaji kan.. tapi apa yang diutamakan dulu?
 Ini dia yang diutamakan dulu
.
.
Segala hutang piutang dan bil-bil.. Fuhh memikirkan semua itu separuh gaji habis.. (bukan gaji saya tapi encik suami punya) Haha.. Loan rumah dan kereta je dah berapa dah.. Bil pulak dengan celcom, TM, astro dan seangkatannyalah, total semua memang fuhh banyak jugak rupanya. Normal lah tu dan semua orang pun camgitu jugak. Hihik.. 

Saya cukup bersyukur sebab punya seorang suami a.k.a Abah Adam yang pandai manage soal kewangan. Hihik... Saya rasa dia lagi pandai manage dari saya sebab saya ni boros sikit dan sebab tu saya serahkan kat dia. Biasanya wife yang selalu manage soal kewangan keluarga kan, tapi saya tidak... saya lebih suka Abah Adam yang uruskan. Tugas saya, sediakan checklist je termasuk list shopping. Haha.. Part itu saya sangat suka. Nak beli apa, ambil je dan Abah Adam yang akan bayarkan. Of course lah dia yang bayar, kata majikan saya kan, jadi saya tuntut gaji saya time shoppinglah. (^_^)

Dia takdelah sampai nak sekat-sekat apa yang saya nak cuma saya ni kenalah berpada-pada meminta. Saya juga perlu faham situasi dan tahap kemampuan suami. Alhamdulillah... sepanjang hidup dengan dia, cukup segalanya dia sediakan. Tak mewah tapi sederhana. Kalau nak makan kat mana-mana pun, setakat ni mampu lagilah pergi sebab dia tak berkira soal makan. Syukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan-NYA YANG MAHA ESA kepada keluarga kami. 

Inilah majikan tersayang saya merangkap My Soulmate, my teman gadoh-gadoh dan dialah segalanya.... Wah tiba-tiba kan macam ayat membodek je nih.. Muahaha..
.
.
Kami kenal dah hampir 9 tahun, dan hidup bersama dah nak hampir 6 tahun... Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat.  (^_^)

Nota : Terdetik juga di hati ni kadang-kadang tu terasa ingin juga sama-sama membantu suami menambah sumber kewangan. Tapi itulah.... Abah Adam macam lebih suka saya duk rumah jer. Haha.. Atau mungkin saya yang sebenarnya rasa seronok duk umah? Hihik.. Rasa macam kekok je saya ni nak keluar bekerja... Hati tu kadang-kadang mahu tapi kadang-kadang kata biarkan jelah dulu.. Haaa camne tu?  (^_^)

Selalu Lewat ke Tadika Kerana Tidurnya Lambat...


Budak lain......... Jam 8 pagi dah masuk kelas tapi Adam........... Jam 8.40 pagi atau paling lewat 9 pagi barulah nak masuk kelas. Sangatlah tak berdisplin kan? Memandangkan dia yang baru 4 tahun, cikgu dia pun takdelah bising pun dan tak pernah pulak complain kat saya ke apa ke bab saya hantar Adam lambat. Cikgunya memahami kot.... Yelah 4 tahun baru kan, tujuan hantar tadika tu pun sebab nak bagi dia biasa dengan persekitaran persekolahan dan bergaul dengan kawan-kawan. Apa yang seronoknya bila kat tadika tu ada sesi belajar mengaji Iqra' setiap pagi. Adam ni masuk je kelas teruslah mengaji.... taklah dia menunggu lama sangat. Haha.. Ngelat betul.. (^_^)

Sebab apa dia selalu lambat? Sebabnya Adam suka tidur lewat. Haisshh... penat tau nak suruh dia tidur awal walau saya dah tidur tapi dia tak tidur lagi. Kadang tu dia nak tengok tv astro ceria tu dulu ler sebelum tidur.. Kalau kami dah masuk bilik dan tutup semua lampu pun, dalam bilik disuruhnya saya on lampu. Lepas tu, dia bawa buku.. Menulis pulak atas katil sebelum tidur. Kadang tu nak kena baca buku dululah.. Itulah Adam... sangatlah tidak elok amalkan tidur lambat ni.. Nanti dah sekolah rendah, liat pulak nak bangun awal pagi. Kalau dia dah tidur siangnya lama, memang malamnya akan lewatlah masuk tidur melainkan kalau siang dia tak tidur, jam 10 malam tu dia dah tidur lah... Nak kena ajar dia berdisplin sikitlah bab tidur awal dan bangun awal di hari sekolah ni. Saya tak mahulah macam memaksa dia sangat.. Kena perlahan-lahan kot ajar dia kan.
Terlebih rajiin ler pulak.. Bawa buku dan menulis atas katil dia.. Ekceli, Adam masih tidur sebelah katil kami dan belum lagi diajar tidur bilik berasingan. Emmm.. Bab tidur berasingan pun nak kena ajar jugak nanti. Dah nak jadi abang Adam kenalah tidur bilik sendiri. Bukan tak pernah ajar tau, pernah juga sekali tu letak dia tidur dalam bilik dia tapi dia boleh bangun tengah malam tidur sebelah saya.. Hihik.. Anak manja saya ni kan.. (^_^)

Monday, 22 April 2013

~Kek Coklat Moist Lagi~

Mengidam lagikah? Hihik.. Belum puas agaknya makan kek coklat hari tu dan kerana itu merajinkanlah juga diri ni buat ikut resepi akak yang bagi kek coklat hari tu. Mujur dia bagi link resepi mana dia guna, TQ kak As... Selalunya saya bakar je apa-apa pun kek walau resepinya tu kek yang perlu dikukus tapi kali ni saya rajinkanlah jugak kukus sebab tak mau lari rasa moist tu kan. Kenapa ye saya malas nak mengukus... Hahaa.. takut cepat habis gas masak kot.. (^_^)

Saya buat 1/2 adunan aje dari resepi tu dan kukus pun lebih kurang 35 minit jer... Lepas tu letak ganache dan tabur choc rice banyak-banyak.. Memang sedap!!! Jomlah try.. (^_^)
Kek Coklat Moist
Resepinya dari Kak Zack
Bahan:
A:
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak masak sayuran
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
***Satukan semua bahan dalam periuk besar. Kacau atas api kecil menggunakan whisk telur/sudu hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan dari dapur gas. Biarkan sejuk pada suhu bilik atau hingga suam.

B:
1 cawan + 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak bahan-bahan di atas dalam mangkuk lain. Ketepikan.

C:
3 biji telur - pukul guna garfu dan ketepikan.

Cara-cara:
~ Panaskan kukusan dahulu. Lengser dasar dan keliling loyang kek bulat 8" (ketinggian minima 2") dengan minyak masak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
~ Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A yang telah suam/suhu bilik. Kacau sebati.
~ Masukan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Kacau hingga tepung tidak kelihatan. Kemudian tapis adunan ke dalam loyang.
~ Kukus selama 1 jam - 1jam 15 minit. Guna api sederhana.
Angkat dari kukusan dan sisip keliling kek menggunakan pisau. Sejukkan kek atas redai kek.


Untuk topping pulak saya pakai resepi sendiri : Coklat masakan, 1/4 cawan air suam, 1 sb susu pekat manis, 1 sb butter.
Belum sempat tunggu sejuk, curah je ganache... terus saya ngapp.. Hihik.. Baru habis separuh, lagi separuh sambung nanti. Simpan dalam ice box dulu.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute