Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 29 October 2015

Diy busy book dari album lama dan diy Kalendar lama

Busy book memang cara terbaik untuk alihkan perhatian anak pada gajet. Anak saya sendiri pun dulu memang addict dengan gajet. Alhamdulillah selepas selalu buat aktiviti hs dengan anak, anak-anak pun jadi kurang hadap gajet ni. Saya bukan la tak bagi terus tapi ada waktu dan limit masanya. Anak saya bukan main games sangat tapi lebih kepada tengok youtube.. tengok utralman,upin ipin, robocar poli tu dan video belajar. Tengok youtube yang kena pantau setiap 5 minit kena intai duk tengok apa. Syaratnya tengok di ruang tamu dan bukan duk dalam bilik.. hihi. Senang nak pantau kan..
Sejak laptop rosak dan tinggal printer je.. mesin laminate pun takde kan.. emm tak dapat la nak buat busy book yang cantik macam orang lain buat. Saya pun terfikirlah apa lagi boleh diguna selain sheet protector. Haaa..jangan nak jadi alasan takde barang takde gajet tu semua tak boleh buat busy book. Barang yang ada kat rumah pun boleh je diy, saya guna la album ni jadikan busy book. Jimat pun jimat. Tak payah keluar modal nak gi laminate. 
Saya tulis je.. tapi nak juga print worksheet letak dalam album ni lagi cantik kan. tunggu laptop dah sembuh la. File yang download pun ada tersimpan dalam external harddisk.. nasib baik simpan folder tu..kepada yang nak buat busy book guna album ni, saya galakkan korang print worksheet dan letak dalam tu.. kalau takde mesin laminate la. :)

Kalendar lama jangan dibuang. Kalau jenis stand camni lagi la sayang kan nak buang. Simpan pun duk dalam almari je. Jom diy jadi buku bacaan mudah anak.. memandangkan saya lukis dan tulis tu, tersangat perlukan kesabaran.. jadi, silalah print je bacaan mudah dan tampal kat kalendar tu. 
SELAMAT MENCUBA!!

Spelling games and envelope games

 Diy abc yang dibeli kat kedai mr.diy RM9.90. Kecik abc tu dan saya diy letak atas tudung botol. Setiap huruf ada tiga keping. Bila diy begini lebih mudah dan dapat elakkan daripada abc tu hilang.

 Spelling games : sambil bermain sambil belajar mengeja dan sebut huruf.

 Envelope games

He's love it. 

Cara ajar anak sifir dan bundar nombor


"Sifir tu apa?", tanya adam. Bukan mudah nak bagi dia ingat sifir 1-12 tu. Sekarang dia baru boleh buat sifir 1-5 je. Sifir 1,2 dan 5 tu laju je dia sebut tapi 3 dan 4 agak perlahan sikit. Lagi dua bulan adam nak masuk darjah 1, saya pun tahu yang topik darab darjah 2 atau 3 baru belajar. Ini pun saya cuma nak beri dia pendedahan awal sahaja.
 
 Roda sifir. Saya letak dalam sheet protector dan guna washable marker pen supaya boleh ulang pakai banyak kali. Sambil tulis sambil ingat.
 roda sifir.
 Ini cara saya ajar adam bundar nombor. Tahun 1 dah kena belajar bundar.. alhamdulillah, banyak kali guna papan garis nombor ni, adam jadi mudah nak jawab soalan bundar. Sekarang bila beri latihan je terus boleh jawab dan tulis jawapan dengan tepat. Dia dah faham konsep bundar tu macamana. Alhamdulillah.. oh ye, saya lukis tu dan letak dalam sheet protector supaya boleh diulang pakai.

Ini pula nota sifir yang kaedah buatnya tu saya terjumpa dari google juga. Saya lupa web apa. Saya salin dan tampal supaya senang nanti nak ajar adam dan mudahkan adam rujuk nota cara buat dan hafal sifir ni nanti.






Matematik adalah subjek kesukaan adam. Aktiviti matematik la dia paling suka buat..

Abm untuk belajar membaca


Belajar membaca dengan pelbagai aktiviti boleh menarik perhatian anak. Dhia belum lagi diajar membaca..saya fokus dia untuk Al-Furqan dulu. Abm ni saya guna masa ajar anak kawan hari tu dan boleh simpan untuk Dhia juga nanti.

 Buku sukukata. Tulis sukukata dan letak dalam file folder.
 road games. Caranya setiap kali kereta comel anak lalui flashkad sukukata tu, minta anak sebut.
 Puzzle stick. Saya guna lidi satay dan lukis atas A4 je. :)
Flashkad stick. Saya guna dolly paper untuk tulis sukukata dan lidi satay. Pelbagai guna abm ni. Kalau letak atas polestrin ni, boleh main games kita sebut, anak cari dan ambil stick sukukata tu. Selain tu, abm ni boleh guna untuk buat perkataan juga. Boleh guna untuk hunter games. Sembunyikan kat mana2 dan anak cari la. Hunter games ni nanti nak cuba juga nanti.. inshaaAllah jika punya waktu sesuai. Boleh google je cara nak beraktiviti dengam hunter games tu.. 

Monday, 26 October 2015

Fun velcro board

Velcro board kesukaan saya dan anak-anak. Saya tambah lagi buat board ni dan yang buat hari tu ditambah baik biar lebih kemas dan kukuh. Idea asal daripada Puan Ana yang dikongsi beliau di group homeschooling genius syurga. Sejak masuk group tu, banyak ilmu yang saya perolehi dan aura nak lebih beraktiviti Hs dengan anak anak jadi semakin membuak-buak. Hihi. 
 Modal untuk buat board ni taklah mahal sangat tau.

Plastik buku RM0.80
wallpaper RM2.90 segulung (banyak lebih) -beli kat kedai mr.diy
Double side tape RM1.50 segulung (Banyak lebih)
Velcro sepasang 1M yang dah ada gam tape RM2.90

Plastik buku tu letak double side tape di tengah dan keliling. Kemudian tampal wallpaper kelilingnya supaya lebih kukuh dan kemas. Letak velcro (hard) atas plastik dan yang velcro (soft) dilekatkan pada flashkad.

Seronok bila ada board ni.. kita sebut, minta anak cari kad dan tarik kad tu bagi kita. Saya sangat suka board ni dan korang pun mesti buat juga tau. :)

Rainbow stone activity


Batu kecil warna warni yang orang letak dalam akuarium pun boleh jadi abm homeschooling. Saya beli di kedai mr.diy RM2.50 satu paket. 
 Adam nak buat kura-kura. Dia ikut garisan tu..

aktiviti yang ringkas tapi anak anak pasti seronok. 

Sunday, 25 October 2015

Diy toys, diy abm anak : aktiviti fine motor dan belajar Dhia


Update untuk semua aktiviti, diy toys dan abm untuk Dhia. 

1) BUSY BAG
 Belajar mengira 1-5. Kad dot dot 1 - 5 dan pompom balls. Walaupun mengira atu(1) we(2) ge(3) pat(4) ime(5) dan kadang sebut pat me pat me. ibu tetap senyum je..

2) Playdoh time.
 Homemade playdoh : 2 cawan tepung gandum, 1 cawan garam halus larut dalam 2 cawan air panas, 2 sudu besar minyak. Gaul rata dan letak air sikit sikit.. air tu tak habis pun 2 cawan tu. Uli dan letak warna.

Anak paling suka main playdoh.. biarkan mereka berimaginasi dan bentukkan apa saja yang boleh merangsang daya kreativiti mereka. Selain itu, bermain playdoh ni boleh membantu kemahiran motor halus anak-anak. Kita pun boleh join sekali..

3) Messy play : art session
 Sekali sekala buat aktiviti  dengan water colour ni seronok juga tau. Guna straw dan garfu..

4) Lacing activity
 dhia masukkan kain felt yang dipotong petak dan ditebuk dalam reben yang hujungnya saya jahit dengan butang baju. Ini diy toy kesukaan dhia.kalau dia rasa nak buat dia ambil je atas rak tanpa perlu disuruh.

5) Alphabet Spider web
 abc wooden dan tali yang dibuat seperti spider web. Anak akan cuba ambil abc tu dan aktiviti ni boleh merangsang perkembangan motor halusnya di samping tu boleh bantu tingkatkam tahap kesabaran dia.
 nampak mudah bagi kita tapi tidak bagi anak kecil ye. Sangatlah menguji kesabaran si anak.. " ihh tak leh la ibu", mengadu dhia. :)

6) Fun mini hanger games
 Simple activity tapi menyeronokkan. Diy mini hanger tu dengan klip kertas besi dan pipe cleaner berwarna. Guna tray dan ikat tali seperti buat ampaian.

 Abang adam pun tumpang sekaki main games ni. Nampak tu dhia cuba letak atas tali tu.. ni pun salah satu aktiviti untuk motor halus anak.

 Ini contoh cara buat mini hanger.

7) Fun marble run balls
 diy dengan kotak dan bekas mister potato. Guna pompom balls sebab lebih ringan. Ni diy toys yang dah menjadi kesukaan anak anak.

8) Fun Zipper board
 saya guna sekeping kotak keras, zip dan wallpaper.. diy toy yang jimat sangat.

9) Busy board : apple tree, numbering, pad lock and hangering the clothes.
sebenarnya 4 pages ni asalnya saya nak buat busy book.. tapi disebabkan kemalasan dan tahap mood nak buat busy book sampai jadi sempurna tu dah lari, maka saya diy jadi busy board. :)

Hobi saya suka diy toys dan abm anak anak. Keseronokannya tu memang tak terkata. Alhamdulillah.. saya adalah orang kurang mampu nak sediakan semua education toys yang best2 untuk anak dan disebabkan keinginan untuk anak seronok belajar sambil bermain tu membuatkan saya diy jelah ikut kemampuan saya. Tapi kan sebenarnya yang kita diy tu la yang anak-anak jadi sangat menghargainya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute