Lamanya tak bersiaran disini. Rindu itu sememangnya pasti tapi kadang masa itu mencemburui saya. Sekarang masa tu agak terhad sikit nak mengadap laptop lama-lama berblog. Maaf kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat saya balas kunjungan kalian.
Sesi sekolah dah habis dan anak-anak dah bercuti. Ramai cerita pasal konvo anak, jadi saya pun nak abadikan cerita anak soleh saya walaupun dia belum konvo lagi.. Tahniah... itulah ungkapan yang sesuai ibu nak ucapkan untuk anak soleh ibu Muhd. Adam Akmal.. Tak sangka anak ibu berjaya harungi sesi persekolahan 2013 ini dengan baik walaupun pada awalnya penuh cabaran terpaksa ibu hadapi untuk biasakan adam di tadika itu. Yelah umur Adam kan baru 4 tahun.
Awal tahun tu sebenarnya ramai umur sebaya Adam daftar tapi selang sebulan lepas tu hanya tinggal empat orang jer masih setia bersekolah sebab ramai menangis yang macam Adam juga mula-mula masuk sekolah. Tapi mungkin kerana saya ni kuat dan tekad nak bagi Adam sekolah jugak, macam-macam cara saya buat untuk bagi Adam suka dengan sekolah dan ternyata usaha itu berhasil. Syabas Adam. Tahun depan sekolah lagi tau... Banyak jugalah perkembangan yang bagus sepanjang dia dah bersekolah ni.. Dah pandai hafal doa-doa, dah kena huruf jawi dan dah boleh baca Iqra' dah walau masih di Iqra 3.. Adam suka matematik dan sains.. membaca pun dah boleh.. tinggal dia nak saya ajarkan dia belajar membaca inggeris pulak. Adam sekolah di tadika + berhomeschooling dengan saya. Alhamdulillah dia anak yang cepat belajar walaupun ada nakalnya juga tu.
~Takde gambar konvo sebab Adam belum konvo lagi..Ini dia campur 4+5 tahun satu kelas~
Adam sekolah di tadika Kemas.. Rezeki kami hanya dapat hantar dia ke sini. Tapi ok jer pada saya... Tadika Adam ni bagus dan cikgu-cikgunya pun mesra alam.. Yang paling saya suka ada sesi mengaji setiap pagi sebelum mula kelas. Cuti sekolah ni pun ada juga diadakan sesi mengaji Iqra' dan mungkin minggu depan mula. Bolehlah saya teruskan hantar Adam pergi mengaji sekejap setiap pagi tu.
Serius nye muka adam.. tapi saya suka..terserlah sikit ciri-ciri sikap dia disitu.. (^_^)
Adam cakap," tahun depan adam kelas 5.. yang kawan-kawan lain kelas 6. sikit je tinggal kawan yang masuk kelas 5."
Tahun depan sekolah lagi yer.. harap dia tak buat perangai lah awal tahun tu...