Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 20 June 2013

~Terasa Kehilangan~


Terasa kehilangan....... Menerima khabar berita pemergian sepupu saya malam tadi.
Sebenarnya saya sedikit rasa ralat dan terkilan sebab tak dapat jumpa arwah kerana semuanya disebabkan faktor keadaan saya yang tidak mengizinkan. Hari mengundi bulan lepas tu saje saya sempat jumpa arwah sekejap dan itu pun di tepi jalan jer kerana masing-masing on the way, arwah nak ke tempat membuang undinya dan saya on the way nak balik kuantan. Terkejut juga tengok betapa gigihnya arwah yang mahu juga membuang undi walaupun ketika itu arwah berbekalkan tabung oksigen untuk membantu pernafasannya. Sebak saya tengok keadaan arwah ketika itu. Arwah adalah penghidap kanser dan saya kira berpuluh-puluh tahun jugalah dia berjuang melawan sakitnya itu. Arwah selalu singgah umah saya bila perlu dapat rawatan di HUSM Kubang Kerian. Last arwah datang umah saya Febuari hari tu kerana ke HUSM. Boleh dikatakan saya rapat dengan arwah yang dah saya anggap macam kakak saya yang saya panggil Kak Dah. 

Seingat saya dan kalau tak silap saya, arwah mula sakit teruk sejak April yang lalu dan sering keluar masuk wad Hospital Kemaman. Saya tak sempat nak jenguk arwah kerana saya sarat nak bersalin di Kuantan masa tu dan lepas dari tu pulak saya sedang berpantang pula kan, memang ralat sangat saya rasa. Baru plan saya nak ziarah hari Ahad nanti di HSNZ K.Terengganu tetapi hajat saya tidak kesampaian bila arwah pergi dulu.. Arwah seorang yang sangat baik. Al-Fatihah untuk arwah sepupu saya dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Nota : Sedih saya mengenangkan anak-anak arwah... Ya Allah, tabahkanlah hati mereka dengan dugaan ini.

Wednesday, 19 June 2013

~Penangan SSID~


Mula-mula drama itu ditayangkan... saya tak tengok sangat pun first episod tu. Tak silap saya dah episod keempat kot baru saya tengok beria. Wahhh best gak citernya.. itu yang setiap hari jumaat, malamnya memang setialah depan kaca tv layan drama SSID ni. Comel tengok watak syaf lakonan Tizz zaqyah tu dan suka tengok dia pakai tudung dalam drama tu, nampak sangat comel. Ekceli seyes saya tak tahu pun yang drama tu asalnya dari kisah dalam novel. Dah tahu tu kan mulalah nak mencari novelnya juga. Hahhaa.. Tapi hari ni baru dapat baca novel tu. gara-gara Mr.Hubby. Ekceli dia pinjamkan untuk saya dari kawan tempat kerjanya.. Huhu..kenapa tak beli je erk? Oo saya ni jenis yang baca sekali jer... itu yang pinjam ajelah bila ada yang sudi memberi pinjaman. Mekaseh kepada kawan Mr.hubby iaitu Kak Lin..Hihik.. (^_^)
Kalau orang lain mampu habis baca novel dalam satu hari je.. Tapi saya mahunya dua tiga hari kot.. Haha.. Baca novel ni feeling dia kena lebih sikit..Bila dah start baca, nak berenti tu kemain susah, kalau boleh nak baca lagi, lagi dan lagi. Tapi sebab dah ada baby kecik ni, kenalah pandai-pandai cari masa. 

Tuesday, 18 June 2013

Science Games : Five Senses

Balik je dia dari tadika... "Hari ni buat aktiviti ape pulak ibu?". Haa sudah... penat saya camni. Terpaksalah explain kat dia yang hari-hari tak boleh dah lah sekarang. tapi setiap malam memang saya akan pastikan dia isi waktu dia dengan membaca ke ataupun buat buku aktiviti dia tu. Iqra' Adam masih di buku iqra' 2.... Tak beralih banyak kali dah dia sebab ustazahnya suruh ulang mukasurat sama. Nampaknya kena ajar lagilah tu malam-malam, kalau tak, besoknya mengaji kat tadika dengan ustazah tak dapat alih mukasurat lain. Memang dah lama saya tak ajar Adam baca Iqra' lepas dari dia cuti tadika sebulan tu.

Ini aktiviti dia minggu lepas.. Nak sangat kan.. Print jelah benda alah ni. Alhamdulillah.. Adam tidak susah kalau diajak belajar, dia seorang anak yang mudah menerima dan sentiasa ingin nak belajar benda baru. Sekarang pun.. dia dah semakin berdikari.. Sejak dua hari ni ,dia dah boleh pergi balik sekolah sendiri dan saya hanya tengok dari beranda blok saya je. Mujurlah tadika di dalam kuartes je, itu yang takdelah rasa bimbang sangat biar dia pergi jalan kaki sendiri ke tadika tu. Saya perhatikan dia dari jauh..nak lintas jalan, dia stop kejap tengok kiri kanan sepertimana saya pernah ajar dia sebelum ni, dah takde kenderaan barulah dia lintas. Satu lagi pencapaian baik Adam. Syukur padamu Ya Allah kerana mengurniakanku seorang putera yang cerdik pandai. Doa saya semoga Adam menjadi anak yang baik dan berjaya dalam hidupnya. Aminn..
Bahan yang diprint dan digunting. Jadikan seperti scrap book atau folder.
Adam pilih gambar deria mana yang digunakan untuk dipadankan dengan gambar-gambar objek tu. Mula-mula tu dia keliru gak... Tapi dia tahulah kalau nak makan guna deria apa, pegang guna apa, tengok guna apa, nak bau guna apa dan dengar guna apa..

Monday, 17 June 2013

~Sekadar Renungan dan Peringatan untuk diri sendiri~

Saya tak perasan yang saya menegur Adam adakalanya cara salah saya tu rupanya. Mula-mula saya memang tegur... "Adam duk diam sikit". Dua tiga kali cakap ulang benda yang sama... memang last-last saya berleter panjang lebar meleret-leretlah jadinya. Dah jadi macam marah dan paksaan kadang tu. Patutlah bila tegur banyak kali dia pandai buat dek aje... Ikut tu memang dia ikutlah arahan atau teguran saya tapi dengan mukanya yang ala-ala fedup jer sebab asyik kena bebel je kan.. Muahaha.. Kena tukar cara ler nampaknya yer.. Dah memang jadi mak ni memang suka membebel kan.. (^_^)
Selalu juga amalkan tapi adakalanya terlepas cakap ayat salah gak kadang tu.. Selalu beri pujian kalau anak berjaya buat sesuatu... Memang berbeza kalau guna ayat pujian positif dengan cara cakap negatif..  sama juga guna perkataan 'jangan' dalam menegur pun tak berapa digalakkan kan.... saya lebih suka guna 'tak boleh' kalau menegur anak.

Sunday, 16 June 2013

~Dhia sudah mula menguji Ibunya~


Dhia dah semakin pandai...

pandai senyum ~ bila diagah dan buat-buat sembang ngan dhia... dhia senyum.. Comel, sejuk hati ibu. part ni okay lah kan..Hihik.. (^_^)

dah pandai jadi penggeli ~ bila lambat basuh berak dan tukar pampers dia yang dah penuh tu, Dhia akan merengek kononnya minta tukarkan. Memang tak tidurlah dia selagi tak bertukar pampersnya tu. Kadang tu kan, tengah tidur tu dengan mata pejam tu pun dia  duk bunyik ekkheh ekheehh sambil angkat-angkat kaki dia konon nak bagitahu tak selesa pampers dah penuh. Kalau tukar cepat, tak jagalah dia tapi kalau lambat je tukar.. dia bukak ler mata.. Hahha..

pandai nak minta didukung dan diriba ~ bila Dhia dah kekenyangan, haruslah kena berdodoi sayang di riba. Ini selalu terjadi di siang hari. adoii penat jugak nak layan riba jer.. dah sedap bagi dia lena tidur kat atas riba, barulah boleh letak bawah. Tapi siang hari memang jarang sangat dia tidur lena. Camne nak buat kerja rumah? memang berlari-lari lah saya. Mujurlah malamnya Dhia kurang berjaga dan lepas magrib tidur eloklah dia (alhamdulillah, setakat ni belum berjaga sangatlah malamnya). Maybe sebab siang hari dia kurang tidur kot kan. 

pantang dengar suara abahnya ~ kalau dengar je suara abah dia, mesti dia buka mata dan lepas tu...bangunlah dia.

dah semakin peka dengan bunyi bising ~ sekarang ni kalau buka tv kuat-kuat memang susahlah dia mahu tidur dan ada perasaan lak tu dia macam nak tengok tv..  telinga dan matanya pandai mencari mana datang arah bunyi tu. kalau abang Adam yang buat bising lagilah susah dia nak lena elok.. Sudahnya abang adam lak terpaksa diminta tidur sama. Hehehe..
Si comel manja saya.. Dhia Amani Husna cayang.. (^_^)
Saya hanyalah insan biasa yang sentiasa mengharapkan dapat lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Hanya doa dapatku panjatkan kepada-NYA agar anak-anakku kelak menjadi insan yang berguna, soleh dan solehah... Semoga dipermudahkan segalanya. Moga diri ini diberi kesabaran yang tinggi dalam membesar dan mendidik anak-anak. InshaaAllah.

~Kad dari Adam untuk Abah~


Sempena hari bapa....
Adam balik dari sekolah, saya ajak Adam buat kad untuk abahnya. Idea yang mudah, cuma gunting huruf-huruf dari surat khabar lama untuk memudahkan adam gamkan aje di kad tu. Idea dari ibu dan yang tukang tolongnya Adam.. (^_^)
 Muka depan kad..
 Dan.... dalamnya.. Hanya secotet je tulisan tangan dari Adam. Saya minta dia tulis lagi dia kata penat.. maklumlah baru balik sekolah kan.. Hihik.. Lagi pulak dia excited nak main gunting dan tampal kertas tu.
Happy father's day to you Abah...
Terima kasih untuk segala yang dikau lakukan untuk family kita.
To Ayah.. happy father's day to you. Terima kasih di atas segala pengorbananmu membesarkan diri ini.
Dan selamat hari bapa untuk semua mereka yang bergelar bapa.

Scrap Book : Animal


Bermula kembali aktiviti homeschooling Adam.. Walau takde masa sangat tapi cuba juga mencari masa terluang mana yang sempat. Sekarang ni kena ikut time Dhia.. Kalau Dhia tidurnya lena barulah boleh beraktiviti dengan Adam. Tapi kalau time Dhia tak mau lena tidur, memang abang Adam tidak terlayanlah. Haha.. Kesian betul kat Adam, sekarang dia macam sedikit memberontak. Hari-hari kena marah. Adam kuat merajuk dan nak orang ikut je kehendak dia. Bila buat tak tahu jer mulalah dia tunjuk perangai merajuk dia dan ragam dia. Yelah, kalau sebelum ni boleh buat bising dan boleh terlompat-lompat sana sini sesuka hati kan, sekarang dah kena control macam-macam.. Itu yang dia memberontak sikit tu dan dia masih belum mampu faham yang dia tu sebenarnya dah jadi abang dan ada adik. 

Oleh kerana nak memenuhi kehendak si Adam yang rindukan aktiviti belajar dengan cikgu dia ni, maka saya ajaklah dia buat buku scrap tentang haiwan beberapa hari lepas.
 Bahan-bahan ni saya download dan print dari homeschoolshare.com dan filefolderfun.com. 
 Mengenal dan mengkategorikan haiwan-haiwan yang boleh dilihat di Zoo.
 Mengenal haiwan-haiwan di laut dan juga mengenal serta padankan jumlah gambar haiwan dengan nombor.
Yang ni kategori haiwan-haiwan yang ada di ladang.
Dah siap buku scrap animal Adam.

Seronok sangat Adam bila saya layan dia buat aktiviti belajar. Katanya, ibu dah sihat ke? Saya kata kat dia, sekarang dah tak bolehlah hari-hari nak buat aktiviti, kena tengok masa saya jugalah. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute