Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 30 October 2013

Dhia with her new cousin


Dhia dapat lagi sorang sepupu baru yang sama baya. Tahun ni, cucu mak Bonda tiga orang lahir tahun sama. Maka sebayalah mereka semuanya. Tapi yang baru ini, sepupu lelaki.

 Tak malu anak solehah ibu ni berseksiandi sebelah sepupu lelakinya yang diberi nama Firdaus..hihi..
Dhia sudah nak 6 bulan dan Firdaus baru je sebulan lebih. masa kecik ni bolehlah duk beza-beza bulan lagi.. nanti dah besar sikit...tengok-tengok main pasir kat depan rumah grandma sama-sama dah kan. Semoga kalian membesar dengan sihat dan kuat, jadi anak yang soleh dan solehah. 

Monday, 28 October 2013

Wooden Toys : Addiction and Subtraction


Anak soleh dapat hadiah lagi dari abahnya..Tapi saya suka kalau abahnya belikan toys education camgini. Bertambahlah lagi koleksi education toys untuk Adam.

 Abahnya beli masa kuar beli sorang-sorang masa kami ke Kajang hari tu... katanya kat kedai dalam Metro Kajang. Harganya RM20.
 Sangat sesuai dengan Adam yang tengah belajar tambah tolak. 
Dengan adanya toys camgini memang membantu Adam lebih memahami tambah dan tolak. Dia pun dah pandai guna jari jemari dia jugak nak menambah dan menolak nombor. Cepat jugaklah dia memberi jawapan bila ditanya. Alhamdulillah..

Nota : Adam sekarang ade perangai sikit tau. Kuat merajuk dan over nakkan perhatian ibu abah. Kadang tu naik pening dibuatnya dan dalam duk mengada camtu pun dapat hadiah jugak kan. Ayah mana yang tak sayangkan anak.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute