Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 17 March 2012

Bila Handphone dah tolak tepi....



Handphone?? Memang dah jadi satu alat yang penting dah kan. Boleh katakan sebagai barang keperluan lah zaman sekarang ni. Setiap orang harus memilikinya, tak kira lah mahal ke murah ke jenis handphone tu. Kerana zaman sekarang, handphone memang penting sebagai medium komunikasi. Budak sekolah pun dah ada handphone...lagi canggih pun ada. Saya dulu, dah sambung study ke U baru pakai handphone. Itu pun first pakai brand Alcatel, sekarang dah takde dah.. Hehe.. Pastu baru tukar Nokia.. Sekarang Sony pulak. 

Sebenarnya penting gak bagi anak-anak pakai handphone, sebab senang nak tahu mana diorang pergi dan boleh pantau sikit pergerakan diorang kan.

Tapi ini nak citer yang saya sejak dah duk dekat ngan husband ini maksudnya lepas kahwin ler, memang kadang handphone tu tolak tepi jer.. Hahaha. Berbeza dengan zaman bercinta jarak jauh dulu, 24 jam berkepit ngan handphone. Hehe.. Kadang encik suami telefon kat handphone pun, kena p cari dulu mana aku letak handphone tadi.. Last2 jadi lah missed call.. Hehe.. Itu yang selalu kena marah tu. Kalau keluar pun kadang malas bawak, saje je p tinggal.. Mungkin dah bertahun jadi terbiasa pulak. Nak cas bateri pun malas.. 3 hari baru cas, itu pun sebab handphone dah tak leh On. Hehe... Kalau PJJ lagi ke mungkin lah berkepit ngan handphone 24 jam balik. Hehehe... Hari ini saya kena marah lagi sebab tak cas handphone. Hehehe..


p/s : Jangan buat-buat tak tahu ngan handphone, karang ada call penting, terlepas pulak. Sayangilah handphone anda. Hehe... :)

Friday, 16 March 2012

Jom Jadi Geng KAMI BLOGGER MALAYSIA


Hai rakan-rakan bloggerku.

Setelah di tag oleh rakan saya Nadia. Saya pun join jugaklah blog ni. Thanks ye Nadia sebab sudi tag ayue untuk join blog ini : 


Untuk pengetahuan semua, saya berasal dari Negeri Terengganu Darul Iman. 
 Salam perkenalan semua.

Untuk mempromote blog ni, saya perlu tag 5 orang rakan. Jom kita tengok siapa yang kena.... Hehehe..

1) Sophia
2) Indah
3) Rieda_ffya
4) P#oenix
5) Masya

So, jom semua reramai join blog ni..


Kerana Kerongsang...


Hai semua rakan-rakan blogger ku. Apa khabar korang?

Petang semalam kami bermandi manda lagi di sungai.Hehe.. Kebetulan sepupu datang, so bawak lah diorang satu family ke sana. bukan main seronok lagi main air. saya dan encik suami pun sama je.  tapi ada satu kejadian lucu. Hehe..

Tengah-tengah seronok mandi manda tu, encik suami terjumpa lah satu kerongsang bentuk star warna merah kat dalam air tu kan. Encik suami pun bagi lah kat si kecik adam. Seronoklah adam dapat bentuk star. Dia tunjuklah kat saya sambil bercerita mana abah nya jumpe kan. Tiba-tiba datang seorang budak perempuan, budak ke? Hehe.. dah SMK kot. Comel lah budak nye. datang kat kami dan merengek-rengek...
Saya pelik lah apasal lah budak ni.. Kalau saya panggil berdene..hehe...

Dia kata : tu hok sayo.

ihsan pokcik google

Saya dah blur dah, apa yang hok dia? hehe..sebab dia tak cakap apa kan. Saya pun agak lah kerongsang ni kot.. Hehe.. Saya tengok muka adam pun pelik semacam je sebab tengok budak tu merengek2 depan dia kan. Agaknya adam kompius, apasal lah akak ni dah besar tapi merengek cam aku je..Hehe..

Saya pun kata lah kat adam itu kerongsang kakak ini punya. Saya ambik lah dan bagi kat budak tu. Dia pun lari kat mak dia. Lepas tu adam nangis lah.. Yelah budak kan dia rasa macam org amik brg dia je..padahal itu org lain punya. Haha.. Apalagi sesi pujuk memujuk lah lepas tu. Yang best, saya tengok budak tadi tu pulak yg touching lebih, dia duk p menung atas batu dan tengok kami dia cam segan jer.. haha.. apasal lah budak ini.. Agaknya dia rasa bersalah sebab buat anak saya menangis. Hehe... Kelakar pulak rasa bila ingat gaya budak tu datang kat saya mintak kerongsang sambil merengek macam anak kecil. Hehe... Agaknya kalau encik suami tak terjumpa, mesti dia lagi merengek kat mak dia kan. Hehe...

Jom layan pic anak-anak yg riang dapat main air







Thursday, 15 March 2012

Ber 'Madu' atau Berundur??



Wah.. Tajuk entri..bikin panas aje..Hehe.. 

Madu? Apa itu? Madu lebah kah? Oppss.. No No, Bukan itu ok. Ini madu = poligami. 
Bila seorang suami meminta izin untuk berkahwin lain, bagaimana reaksi anda? Jarang dapat diterima kan. Mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan dan setiap keputusan yang hendak dibuat tidak boleh dibayangi emosi rasa kecewa dan amarah sahaja kan. Memang sukar untuk hadapi situasi ini. Lainlah kalau Salih Yaakop yang cukup berjaya dengan sesi hidup poligami nya. Sungguh tabik spring kat isteri-isteri dia yg sanggup berkongsi kasih.

Ini bukan cerita saya. Hanya sekadar berkongsi cerita seorang teman kepada teman.

Kisah : Suami meminta izin untuk berpoligami dengan seorang janda beranak satu yang jauh lebih tua dari umur dia dan suaminya. Alasan perempuan yang selayaknya dipanggil kakak itu untuk mencari teman di hari tua.Wajarkah dia merelakan atau mengundur diri?

Sungguh berat kan dugaan yang dihadapinya. Sungguh tersentuh. Ditanya pendapat, agak sukar untuk saya memberikan pendapat. Sukar sebenarnya kalau berhadapan dengan situasi begini. Kesian pada anak-anak, bimbang akan hilang kasihsayang yang sempurna dan perkembangan emosi mereka. Kalau saya pun, memang boleh meragut emosi dan jiwa. Semoga teman kepada teman saya itu tabah dan sabar dalam hadapi masalahnya itu.


p/s : Seberat mana pun kita rasa banyak kekurangan dalam diri pasangan kita dan rumahtangga kita, berat lagi dugaan dan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini dan semoga keharmonian yang kita ada sekarang kekal utuh sampai bila-bila. Amin.


Sesi Hilangkan Boring di Facebook.. Hehe


Hari ini aku boring. Hehe.. Try lah main macam-macam application kt fesbuk tu. Biasa jarang je layan tapi hari ni ter rajin pulak. Hehe.. Inilah hasil nye..
.
.
.
Bahagialah sangat kan.. Hehe... :)

Look like lah sangat.. Hehehe..

p/s : Saje suka-suka. :)

Tuesday, 13 March 2012

Apa ke Hal nye lah???? Bengang betul ngan Facebook ni....


Mood kurang baik sikit ini malam. Entah lah kenapa fesbuk account saya jadik camni? Adoii.. Tak pernah jadik camni. Apa makna nya nih? Perlu ke jadi cmni? Ingat kan anak saya ade klik ape-ape.. tapi bukan salah dia ni. Facebook yang bengong.. Sorry bahasa kasar..







Klik untuk lebih jelas.

Perlu ke nak maintenance pulak dah.. Ada sesiapa boleh tolong tak? Dan tak faham kenapa jadik cmni? Adoii... Memang bengang je rasa. Berapa lama kah ini akan berakhir?? Please sesiapa yang tahu, explain kat saya how to solve this problem. 


Monday, 12 March 2012

Kenapa ku masih lom keje???



Tadi BW kat blog abg Ben. Macam biasa lah hari-hari selalu jengah blog dia sebab saya suke jadi silent reader kt blog dia.. Hehe. Bacalah entri abg ben entri ini. Tiba-tiba terasa pulak saya. Hehe. Memang sangat kena pulak rasa ngan saya. Hehe..

Bertuahnya anda yang telah punya kerjaya. Bersyukurlah dengan apa yang anda dapat kecapi sekarang kerana masih ramai yang kurang bernasib baik dan berharap menjadi seperti kalian.

Banyak sebab kenapa saya belum bekerja. Hati sangat inginkan kerja. Mahu jugak rasa jadi supermom. Jadi pekerja kat opis dan jadi pekerja kat umah. Tapi sudah tertulis yang kerjaya saya sekarang surirumah berijazah sepenuh masa buat ketika ini. Bukan tidak berusaha atau pun memilih kerja tapi banyak sebab kenapa saya perlu tangguhkan hasrat hati saya itu.

Rasanye dah banyak dan macam-macam saya apply kerja. Online kat jobstreet, jobsmalaysia jangan kata lah kan. memang buat pun.. tapi kenapa masih belum ade yang panggil?? kenapa?? pernah jugaklah saya attend beberapa interview, tapi bile diorang ask bab pengalaman.. mesti kurang mark disitu.. last2 dapat surat dukacita dimaklumkan permohonan anda gagal.. Inilah masalahnya sebab pengalaman vs kelayakan. Tambahan pule saya dah grad 4 year ago dah, umur pun dah meningkat kan. Memang pengalaman sangat penting walau ada kelayakan sekalipun tapi if zero in experience, U r nothing.. Siapa kata saya tak rasa rugi? Siapa kata saya tak rasa kecewa? Hari-hari saya stress pikirkan kenapa aku masih belum dapat kerja?? Sedangkan kawan-kawan lain dah ramai berjaya. Lain orang lain rezeki nya kan.

Selepas saya grad, saya pernah jatuh sakit. Setahun lebih duk tanggung derita gara-gara perbuatan dengki khianat orang. Masa tu memang tawaran kerja utk saya sangat banyak. Tapi disebabkan sakit, tak mampu berjalan dan buat aktiviti lasak pun masa tu, saya terpaksa tolak dan tak pergi pun. Itulah ujian buat saya. Dalam kesakitan itu, masih ada insan yang sudi temankan saya dan sanggup jaga saya iaitu Encik Suami. Selepas kawen makin kuat sakit dtg.. sehinggalah satu hari mak mengajak saya pulang ke kampung berubat. Alhamdulillah, saya telah sembuh. Syukur sangat-sangat.

Namun, rezeki kerja masih belum ade juga untuk saya. Kenapa?? Itu semua bukan kerja kita. Kita hanya mampu berusaha dan merancang tapi yang menentukan hanya DIA YANG MAHA KUASA. 

Pernah saya rasa hampir putus asa dan sering murung. Tapi kata seorang teman kpd saya, 
"Andai kau mintak lah berapa banyak sekali pun kerja.. tapi sudah memang bukan rezeki kau lagi dan sudah tertulis yang kau hanya jadi suri dan ibu di rumah buat ketika ini, kau harus redha.. Mungkin bersebab kenapa kau belum ade rezeki lagi. Mungkin jugak kalau kau kerja, kau akan berubah, kau akan jadi riak ngan suami. Kita tak tahu kan masa depan kita macam mane. Perjalanan hidup kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya mampu merancang...."

Ada benar jugak kata-kata teman saya itu. Dan dari hari itu, saya mulai positif kan diri dan cuba mencari peluang lain dalam diri. Mengkaji dan cuba perbaiki kelemahan diri sendiri. Walau saya di rumah tapi saya tidak sia-siakan masa saya. Seperti sekarang, apa yg saya lakukan, bekerja dari rumah dan cuba mengasah bakat mem baking saya. Mana tahu satu hari nanti impian saya bergelar usahawanita tercapai. Ramai yang menggalakkan saya menceburi bisnes kerana mereka tahu saya belum bekerja. Tapi , saya masih belum kuat utk bertapak dlm bisnes . Masih banyak benda lagi kena belajar.. Insyaallah satu  hari nanti mungkin.

Saya pernah nasihatkan adik saya yg sekarang tengah final year program matrikulasi sains. Dia ikut jejak saya tapi berlainan bidang.. Saya nasihatkan dia, dapatkan kerja dulu before married. Why?? pengalaman saya sendiri lah, bila kita dah kawen sebelum kita belum puas kecapi kejayaan kita sendiri.. kita akan rasa sedikit terkilan. Kenapa? Bila dah married, status itu jugak menyukarkan kita dpt job.. Maybe lah kan. Dan komitmen kita jadi berganda. Setiap keputusan yg nak dibuat perlu pikirkan insan-insan di samping kita. Seperti saya, perlu berkorban seketika kerana suami tidak berapa merestui jika saya kerja jauh2 memandangkan encik suami kata tunggu dia posting di tempat yang lebih banyak peluang kerja untuk saya. Tempat seorang isteri kan disisi suaminya. So, saya pasrah dan redha. Memang tidak bergaji .. tapi ganjaran dari-NYA yang pasti... InsyaAllah.



p/s : Redha dan positif dengan apa yang kita buat. Insyallah, andai ade rezeki, satu hari nanti pasti tercapai jua segala impian. Berusaha selagi termampu.




Sunday, 11 March 2012

Oh Karamel.....





Hai Rakan-rakan blogger ku.

Malam tadi saya buat kek karamel. Tapi try yang versi puding tebal. Selalu buat memang tak pernah jadi macam ni pun. Mungkin malam tadi saya ter excited sangat sebab macam dah agak lama tak buat kek ni. 

Ini pic Kek Karamel ikut resepi yang biasa saya buat. Dah berkali-kali buat pakai resepi ni, memang menjadi..




Resepi boleh refer kat entri ini.

Dan ini pulak, kek karamel terkena sumpahan. Hehe.. Konon nak lah bagi puding karamel tu tebal sikit kan. Ku tambah lah susu cair 400ml, tambah lagi telur 2 bijik dan gula 140gm. Kek span tu ikut resepi asal. 




Sepatutnya memang dah OK dan akan cantik. Tengok tu, masa dalam oven bukan main tinggi je naik. Tapi memang gebu pun span nye. Cuma kesilapan teknikal sikit je, jadilah rupe seperti sebelah tang karamel ajer.. Hehehe.


Nak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Dan kalau boleh cuba elakkan yer :

1) saya terketuk loyang di tengah2 masa nak terbalikkan kek tu. ( sepatutnye tak payah ketuk2 pun yer )
2) saya terus kuarkan dari oven setelah masak. ( sepatutnye kena biar dulu dalam oven 10minit )
3) Belum sejuk, dah saya terbalikkan kek tu.. ( Sepatutnye kena tunggu sejuk )

Entahlah kenapa malam tadi saya jadi loklak (paham ke? hehehe) macam tu. Saya mungkin penat kot plus dah ngantuk.. Hehe.. Tapi kek ini tetap boleh di makan. Still sedap macam biasa saya buat walau rupa hancuss.. Lepas kejadian ni, rasanye saya akan terus setia pada resepi yang selalu saya pakai tu jelah. Sebab yang itu memang tak pernah jadik camni pun. Hahaha... Patutlah kenapa ramai yang tak berani nak try buat kek ini sebab memang cerewet dan kena betul-betul sabar. Hehehe...



p/s : Nak try lah versi lain sikit utk penambahbaikan lah konon kan. Silap sikit ketuk loyang je pun terus hancuss rupa nyer.. So, sesiapa yang nak try buat ini kek, dun worry.. Try ajer... "Practice Make Perfect.". Kan.. Kan...



Pistachio Dayana - Best.....






Hari khamis lepas, tengok satu citer kat TV9. Tajuk nye Pistachio Dayana. Layan punya layan, rasa macam jatuh cinta pulak kat citer ni. Hehehe. Nextweek kena tonton lagi nih..






Pistachio Dayana : Mengisahkan kisah cinta dua orang remaja iaitu Dayana dan Ikhwan yang terjalin melauli facebook. Namun, di dunia realiti, mereka tidak ubah seperti anjing dan kucing. Dayana tidak mengetahui bahawa Ikhwan Peas yang selalu chatting dengannya adalah Ikhwan tetapi Ikhwan tahu yang Pistachio Dayana adalah Dayana. Bagaimana kesudahan kisah cinta mereka? Jom tonton............





ihsan pokcik goggle

Disiarkan setiap hari khamis di Slot Aurora TV9 pada jam 8.30pm bermula 8 Mac 2012. Drama 13 episod ini menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Nuremy Ramli, Adey Safren dan Shima Daud.


p/s :  Sekali sekala layan citer cintan2 mcm ni best jugak. hehehe... Rasa sweet jer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute