skip to main |
skip to sidebar
2/5/2017 : Alhamdullilah. Seawal jam 7.30 pagi kami sudah bergerak ke husm. Pukul 9 nak jumpa doktor bahagian pediatrik. Tapi pukul 11 pagi juga baru boleh jumpa. Sabar kan kami. Alhamdulillah. Result semakin membaik tapi doktor ambil darah untuk repeat cmv test dan LPT (Fungsi hati). Kami kena jumpa balik jam 4 petang untuk tahu semuanya. Berat madihah 4.5kg dah.
Jam 12pm : kami ke checkup di audio lab dulu. Ini pengalaman paling menguji kesabaran, pusing banyak kali nak cari tempat ujian telinga ni. Rupanya kat bangunan belakang nun di sana. Gigihnya kami jalan kaki ke sana. Alhamdulillah, setelah di periksa..ujian audio madihah normal dan baik.
4pm : kami jumpa semula doktor untuk tahu result pagi tadi.
Syukur alhamdulillah. Cmv tu dah turun. Ia sudah NEGATIF. First dulu 1200++ dah jadi 177. Syukur bila doktor kata, tak perlukan treatment yang 6 minggu kena ward tu kalau buat treatment tu. Berita gembira untuk kami. Cuma fungsi hati sahaja bacaannya meningkat sedikit dan perlu monitor lagi dua minggu repeat. Fungsi hati ni kadang boleh jadi bacaannya meningkat boleh jadi ada masa menurun. Serupa kita orang dewasa kalau buat test pun camtu juga kan. So, kami positif sahaja bab ini. Mungkin hatinya tengah berkerja keras sebab tu bacaannya naik sikit masa tu.
Doktor pakar nak juga buat ct scan tu hujung bulan nanti walaupun result dah ok. Ok lah..kami ikutkan jelah walaupun kami tahu yang ct scan ni akan ada radiasi. Allah..kecik kecik dah kena hadap radiasi. :(
Banyak juga berita gembira yang melegakan kami dan sedikit yang merisaukan kami. Tapi kami cuba untuk kuat dan terus mengharapkan agar semuanya akan baik dan terus baik. Semoga Allah permudahkan segala kesulitan ini. Semoga madihah sihat dan ok.
Ini bukan penyakit sebenarnya tapi ia adalah prosuder yang memerlukan madihah dipantau secara terperinci agar tiada infeksi yang boleh menyebabkan sesuatu perkara yang serius. Kerana itu juga sepanjang tiga bulan ini memang kerap kami kena follow up dan ulang alik ke husm. Kami anggap ini ujian untuk kami. Syukur alhamdulillah.
Ya Allah.. Permudahkan lah segala kesulitan.
Ya Allah.. Sembuhkan lah segala yang sakit.
Ya Allah.. Semoga madihah dan anak anak kami membesar dengan sihat selalu.