Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 22 August 2013

~Dhia dah 3 bulan~


Hari ni pergi checkup Dhia kat rsat.. Patutnya lastweek lagi tapi sebab syok cuti beraya, tangguh lewatkan seminggu.Hihi..
Berat dhia dah bertambah dan dah kuar dari zon kuning.. 4.8kg sudah. Alhamdulillah..

Perkembangan Dhia 3 bulan... dia dah boleh tegakkan kepala dan leher serta badannya memang dah keras dah. Dah pandai balas agahan orang. Suka main jari jemarinya dan hisap jari dia. Dhia sekarang dah boleh mengiring dan dalam proses nak belajar meniarap... Tengah gigih dia berusaha tu.. Nak ngangkat bahu tu yang kurang boleh lagi.. 
 Hobi baru dhia... Hihi.. semua dia nak masuk mulut..
 Dhia tengah berusaha nak belajar meniarap... Good Luck cayang!!!
Ibu pun nak jugak kan... Hihi.. Lagi satu hobi dhia.. suka buat moncong mulut. (^_^)

Ya Allah... lindungilah anak-anakku.. Peliharalah mereka. Kurniakanlah mereka kesihatan yang sentiasa baik dan jadikanlah mereka anak yang cerdik pandai, soleh dan solehah. Amin...

~Tart Rose~belajar dari MIL


 Lagi cerita raya.
My MIL memang orang yang rajin buat biskut raya. Tiap kali raya memang berjenis-jenis sekut raya dia buat. Yang saya ni memang menantu hantu, tapau aje pandai.. hahak.. 
Ada satu jenis sekut raya yang encik suami suruh saya belajar buat, katanya sedap. nanti boleh saya buat sendiri. Makanya, mintaklah my MIL ajarkan camne buatnya masa kat umahnya hari tu. haha.. Simple resepi tapi yang buat lambatnya tang nak bentuk rose nya tu. Kena sabar yer nak buat biskut ni, tapi rasanya sedap dan gebu.. (^_^)
 1 > canai doh dan terapkan dengan acuan bulat yang besar sikit dari syiling 50sen. Saya guna tudung botol jer..haha.. kemudian sapu jem atasnya.
2 > Lipatkan bentuk bulat tadi dan lekatkan macam gambar 2 tu. kemudian lipat hujungnya satu kiri dan satu ke kanan.
3 > maka terhasillah bentuk rose macam gambar 3. 
 -Sebelum dibakar-
-hasil selepas dibakar-

Resepi : Biskut tart Rose
Sumber : My MIL Puan Selamah.. (^_^)

3/4 cawan gula aising
1 cawan mentega
1 1/2 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
tepung gandum ~ tambah sikit-sikit hingga doh jadi lembut dan tak lekat di tangan
jem strawberi
papercup

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, 21 August 2013

~Dhia dan sepupu-sepupunya~


Dhia ada sepupu yang sama baya... bezanya sebulan ajer.. mereka lahir bulan april dan Dhia di bulan Mei. 
 -Dhia dengan sepupunya Mia Sara iaitu anak sedara belah encik suami-
Abang Adam pun nak jugak interframe.
 "Pinjam jari boleh?"
Dhia dengan sepupunya Yusrah...
Boleh tidur pulak dia time ni.. hihi.

Nota : Next month pun saya bakal dapat anak sedara lagi iaitu anak abang yang tengah tunggu due jer dah.. So, Dhia akan tambah sepupu lagilah. Doa saya semoga kak ipar saya dan baby selamat serta dipermudahkan semuanya.

~Raya Kami~


Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.. hihi.. masih belum terlewat kot nak ucap kat korang semua.. Raya kan sebulan..
Baru ade mood nak hapdate.. (^_^)

Raya kali ni, beraya di rumah ibunda tersayang saya dulu.. hihi.. Tapi sayangnya tak cukup gak ahli family bergambar. Al-kisahnya raya kali ni, adik saya yang keenam, adik lelaki saya tak balik raya.. kesian sangat dia. Bulan 11 baru boleh balik malaysia kerana kerja di arab saudi sejak bulan febuari hari tu lagi. Whattsap dan wechat jelah penghubung terdekat kami.Terpaksalah jugak dia ke sana sebab arahan dari company kan, lagipun kerja keras tu kumpul duit nak kawen agaknya tu. hahaha.. Kesian adikku yang sorang tu kerja keras dan berat.. sampai kurus dah dia. kata saya padanya, nanti dia balik, kita repeat raya. nanti mintak mak buat ketupat cicah sambal pedas ayam dan tapai pulut.. Hihi.. feberet dia tu. (^_^)

Raya kami... hanya ala kadar dan sederhana saja. Yang buat tambah cerianya kali ni beraya berempat.. Abah, Ibu, adam + Dhia. Tapi pic di bawah tiada gambar kami berempat, hanya gambar saya dan family jer. Kami berempat next entri.. (^_^)
v
v
v
 Adam dan Dhia dengan mak sedaranya Cu Mia dan sepupu mereka Syafina
 Dhia pakai baju kurung tapi orang ingat baju melayu dan ingatkan baby boy.. Haha.. sian Dhia, raya tanpa rambut.
 -Adam dan Fina-
Kat tangan Adam tu handset Pak Lang dia.. Budak Adam ni dah memang jadi terbiasa, balik umah Grandma.. rembat handset pak Lang nak main games dan buat handset Pak Lang macam handset dia yang punya.. Asal jumpa handset samsung jer... haa ade games. Pantang tau jumpe handset samsung.. sukahatilah dia menekannya. Kan dah pandai baca.. Asal jumpa samsung jer.. haa ade games, katanya kan.. Hihi.. Handset cap ayam ni, mana mahunya dia pandang. Alahai anak-anak sekarang, makin pandai.
 Berbaju melayu merah itu lah Pak Lang Adam.. adik lelaki saya yang nombor tujuh.
 Ini jer yang sempat bergambar... haha.. Kami 9 beradik tapi yang ada hanya beberapa beradik jer.. Yang lain-lain dah keluar dan ada yang malu. Tak biasa amik gambar ramai-ramai time raya, camginilah jadinya. Payah dapat amik gambar cukup ahlinya. (^_^)
Kami dengan my bonda sayang, abang long dan Cu Mia. Abang long saya tu bujang lagi..hihi.. tapi dah nak kawen kot tu. InshaaAllah.. Sian dia kawen lambat.. tanggungjawab pada mak ayah dan adik-adik kan. Tu pasal lambat jumpa jodoh. Harapnya bertukarlah tu statusnya tak lama lagi tu. (^_^)
-Mother of two- 
Alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute