Set buku read easy sangatlah berkesan diguna untuk ajar anak english. Saya sangat syorkan buku tu kerana sangat mudah untuk anak faham. Adam dah habis dah buku tu dan saya banyakkan aktiviti lain pulak untuk bantu dia lebih tahu banyak perkataan english. Contohnya seperti aktiviti match word ni. Hanya diy bahan terpakai dan tulis beberapa perkataan. kotak tu daripada kotak bijirin.. perkataan pulak saya tulis pada kertas A4 sahaja.
Dengan cara ini...sekurang-kurangnya anak dapat melatih sebutan dengan betul dan lebih banyak perkataan english yang dia dapat tahu.
ini pula salah satu cara yang berkesan juga. saya tulis semua perkataan dari buku dan lekatkan pada lidi.. kemudian buatkan satu helaian yang lain dan minta anak cari perkataan sambil baca perkatan tersebut. Tidaklah boring sangat sesi belajar tu bila diselangselikan dengan aktiviti sebegini. kadang kan mood yang tukang ngajo pun tak berapa okay jugak bila hadap buku je ajor.. sebab tu saya cari alternatif lain yang boleh membantu... ibu happy anak pun happy!! :)