Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 18 February 2012

Kenapa ku masih disini

.
.

Untuk apa aku masih disini
kenapa aku masih disini
mengapa aku masih disini
kerana aku rasa aku perlu berada disini

ku korbankan seketika impianku
ku relakan hasratku diam membisu
ku biarkan ia kelu disitu
kerana aku rasa aku perlu begitu

Andai satu hari nanti kau mengerti impianku
Andai satu hari nanti kau memahami hasratku
Andai satu hari nanti kau mampu memahaminya
pasti aku kan gembira dan berterima kasih padamu

Namun tidak mengapa
aku masih disini kerana aku menyayangi
aku masih disini kerana aku mengasihi
demi sebuah tanggungjawab
semoga suatu hari nanti kau kan mengerti
moga segala yang ku korbankan, mampu kau menghargai

kerana itulah kenapa aku masih disini... disisimu.

Dari  Kotak Mindaku

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute