Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 4 November 2011

just sharing....


Salam semua.. sy just nk sharing... sangat bagus tips ni.
PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



sumber : dari notes persatuan ibu2 mengandung @fb...

Thursday, 3 November 2011

saya dan rutin harian........

Salam semua..
Nak bercerita sikitlah.. Sebenarnya sy jd baby sitter..hehe.. dh nk setahun gk lah. tapi ingat next year dh malas lak.sbb nk cr job lain kot..haha.. ade kot2 lak belakang erk..wink..wink... Emm sbnranye, yg ini sambil2 je. jaga anak cikgu..dh org nk suh jaga, kite terima jelah kan. jaga pun anak2 jiran jer. part time la dikatakan ni, dh tak serious keje lg kan. hihihik. tapi sy baby sitter yg berijazah lah.( poyo jer ) hehe.seronok tu seronok sbb adalah anak sy kawan nye main. setengah hari je pun, tu sanggup. kalau tak, idak juge nye jaga. jaga anak orang lagi lah kena hati2. kdg tahan telinga jugak dgr nangis.. beza lah ngn anak sy ms kecik tak lah meragam sgt.senang jer jaga dia. hehe...

So, nextyear kena cr job lain lah.. usaha lagik...hehe.. kontrak kan tamat cuti sekolah nih..hehe.. tak boleh lah cmni je kan. kena berusaha lebih sikit. anak sy pun dh besar, nk nak 3tahun dah pun dia tu, jadi rasanya dh sampai masanya sy kena cr job, cr experience spy tak lah sy rs rugi belajor susoh2 dulu. emm even skang pun kdg rs jgk cmtuh sebenarnya..hehe... 

Dulu tak keje sbb sayang nak tinggal anak, tambah2 lak husband tak brp setuju keje jauh2, apa kata orang PJJ walhal ramai jgk yg PJJ tapi kesanggupan msg2 je kan.tu yg sy teragak2 sikit tu.. Sekarang nie lagi lah susah nk cr keje sbb tempat dia posting nie mmg takde byk peluang job. Gaji pun dibayar mmg pd sy sgt tak padan..haha...bkn memilih yer, alasan tu mungkin kot.. itu lah keadaan sy..hehe.. tapi loan study adalah  sy byr juge bln2 walau tak byk. bolehlah.. janji akaun jalan..hehe... (insaf start byr bila status sy saman lepas grad 2tahun..hehe..tak leh g oversea lah sy nampaknyer..hahaha) tapi ingatkan sy jer kena..rupanya ada jugak member kena cm sy. hehe... kdg bkn tak ingat kt loan tu tapi dh tak keje cmner nk bayau.. mujurlah encik suami dh phm dan tlg byrkan.. tak byk pun jadilah sikit pun..haha.. stop dulu lah psl tu.. dah terbabas dah nie dr topik.hehe... :)

klah..inilah anak mylovely hero ngn teman2 nya..


Wednesday, 2 November 2011

sedap rupenyer..tak tahu pun..hehe

Salam... semalam penat nk fikir nk masak ape untuk buat lauk nasi. bila encik suami kerja shift petang, sy mmg malas nk masak. tapi hari2 sy masak lambat.hehe.. terfikir tomyam..lama dh tak masak tomyam. bila tengok kt blog sis diana @ skybluekitchen, terjumpa resepi ikan tumis tomyam..hehe.. tak pernah tahu pun ikan leh dimasak tomyam. mmg tak pernah rasa pun cmne ikan kalau dibuat tomyam. jdi tengok lah lam ice box ape ikan ade..hehe.. kena pulak ade ikan tongkol (sy pgl ikan aye) jd mmg ngam lah ngn resepi tu. jd try lah..hehe.. ternyata mmg sedap. encik suami pun tak pernah rs dia kate sedap..hehe.. TQ sis diana sudi share resepi yg sedap nih.
 izinkan sy tepek resepi akak di sini lak yer..

Ikan Aye tumis tomyam
6kpg ikan tongkol (aye)-garam kan dan goreng
1bj tomato (belah 4)
2 pokok daun bawang -hiris
1 inci halia -hiris panjang
4 ulas bwg putih-mayang
5ulas bwg merah-mayang
1bj bwg besar-mayang
7bj cili padi-ketuk
3helai daun limau purut
1 btg serai-ketuk
3 cwn air
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar air asam jawa
garam, aji dan gula secukup rasa

1- tumis bhn2 hiris
2- tambah air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau purut dan cili padi
3- dah didih baru masuk ikan, tomato
 dan daun bwg.suai rasakan.

Monday, 31 October 2011

Love this song

Penangan drama series cinta elysa.. hehe.. sebenarnya suka sgt ngan cerita tu sbb suke tengok botak..hehe..

Sunday, 30 October 2011

kek..lagi try..

Seronok tengok orang wt kek red velvet (rvc). dah lama dah usha dan baru ada keberanian nak try..hehe.. cuma sedih sikit sebab hubby tak brp gemor kek nih. dia tu kalau kek coklat, kek batik cepatlah ngap.. kalau kek berkrim2 nih..emm.. takda nye dia mahu.. tapi takpelah janji dah try wt. rasa mmg best... cuma sy tak sempat beli cream cheese jadi taruk jelah krim mentega yg made sendiri.hehe.. inilah hasilnye. tak brp cantik deco sbb sy bdk br belajo..
resepinye tgk kt blog yg sy follow...resepi dr blog kak zu.
hati ku.... meronta...
jiwaku.... tersepit..
sangat ku inginkan dia memahami,
ku rasa dia memahami.. namun mungkinkah aku yang belum yakin..

sedih.. sedih..sedih...
salah siapakah ini???
kenapa harus begini??
masih adakah peluang untukku cipta sebuah impian untuk menjadi realiti..

aku.. aku harus kuatkan semangat..aku harus tabah, yakin pada diri..
bukan mudah untuk membuat keputusan..bukan senang nak berjauhan..
ku tahu tempat seorang isteri perlu di sisi suaminya.. ku tahu itu..
kerana itu juga ku tangguhkan untuk berkerjaya dan memilih untuk jadi suri.
tapi kadang terfikir ibu, ayah, adik2.. aku jadi rasa bersalah dan tersepit dalam realiti..
sabarlah..mungkin akan sampai juga rezekiku satu hari nanti.. cuma yakinkah aku jika perlu PJJ???
itulah persoalannya....... ku tinggalkan persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku tanpa noktah dan terus ??
DIA MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute