Saya suka beli buku sunshine series ni sebab ikut peringkat umur. Harganya Rm2.90.
Lovely Followers
Saturday, 15 June 2013
Buku Library dan Tambah Koleksi Buku Aktiviti
Label:
Adam Homeschool,
buku
Friday, 14 June 2013
Akhirnya bertukar wajah jua...
Label:
cite aku,
sharing is caring
Thursday, 13 June 2013
Abang Adam selalu ingat kat adik Dhia
Label:
cite anak ku
Dhia yang suka menggeliat...
Dhia with her big brother, Abang Adam.
Baju Dhia dah start banyak pink dah..Haha..
Pompuan kan dah memang sesuai pakaikan baju pink.
Label:
cite anak ku,
Dhia puteriku
Wednesday, 12 June 2013
Puting kosong, perlu ke?
Perlu ke saya kenalkan puting kosong kepada Dhia? Sedangkan abangnya dulu tidak pun saya ajar puting kosong. Samada Adam ataupun Dhia bukanlah meragam sangat pun sebenarnya dan bukanlah dalam kategori bayi kuat menangis cuma Dhia suka nak nyonyot je bila dia nak tidur. Bila disuakan susu ibu secara terus, memang dia menolak dan macam marah sebab susu masih keluar sedangkan dia dah kenyang kan. Itu tandanya dia nak puting kosong ke? Dhia meragam macam tu jelah dan kadang-kadang jer pun.. Serba salah nak ajar puting kosong ni tapi kadang penat juga nak layan sebelum dia lena tidur tu kena berdodoi sayang di pangkuan lengan dan ribaan. Bila dia dah kenyang memang dia tak mahu dah disusukan tapi dia macam nak nyonyot jer dan bila nyonyot kuar susu pulak, marah lah dia. Hihik.. Harus ke saya beri dia puting kosong? Haaishh susah nak buat keputusan sebenarnya sebab puting kosong tak berapa elok kot diajar pada anak bimbang nanti mengganggu penyusuan susu ibu pulak kan + nanti duk kat mulut je puting kosong tu. Oh nampak tak elok jer di situ.. (itu pada saya lah yer..)
Puting kosong : Alat penenang adalah alat yang memberi bayi sesuatu yang selamat untuk dihisap, seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung. Hari ini, puting kosong diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya. Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Puting moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi dari tercekik atau menelan puting itu.
Faedah menggunakan puting kosong : membantu untuk menenangkan bayi hingga tidur, boleh membantu sesetengah bayi pramatang.
Keburukan : infeksi telinga meningkat, kaitan dengan ifeksi perut dan lain-lain, penggunaan puting kosong secara jangka panjang boleh menyebabkan masalah gigi dan masalah pertuturan dan juga boleh mengganggu penyusuan susu ibu.
sumber : baby center
Melihatkan keburukan tu buatkan saya makin 50-50 pulak nak ajar Dhia puting kosong. Patutkah? Perlukah? Huhu.. Kena cari jalan solution lain dulu kot.. Penat memang penat melayan si kecil tapi kalau untuk kebaikannya penat macamana pun terpaksalah kan. Saya ni kalau boleh memang nak elak dari beri anak puting kosong ni...
Label:
Dhia puteriku,
pregnancy,
sharing is caring
Tuesday, 11 June 2013
Bila si Dia Gila Kereta... ???
Pasang liner tepi. kat Brothers Kb, ok jugak harga situ..
Lepas tu, pasang pulak skirting.. Pun kt Brothers Kb. Memang minat betul dia.. sanggup berhabis membelai Mr. white dia ni..
Ada lagi make overnya.. tambah pulak buat design plat lain bagi comel + tambah-tambah sticker bagai.. Tapi yang paling saya suka, dia design sendiri sticker tepi belah kiri tu kemudian baru gi tempah.. My Family.. (^_^)
Nanti ada lagi tu tambahannya, sticker body pulak dia nak buat. Alahai dia kan..
Bila dah join club.. aktif lah pulak si dia.. Huhu..
Ini join konvoi hantar pengantin yang ahli club juga kat Pasir Puteh hari tu. Saya tak dapat follow lah.
Ini pic zaman bertahun nan lalu.. zaman cintan cintun keletun.. Dia slim lagi masa ni dan saya berisi sikit. Sekarang terbalik.. saya yang slim, dia yang bambam sikit.. Haha..
Label:
citer abah
Monday, 10 June 2013
~Ragam Dhia~
Label:
cite anak ku,
Dhia puteriku
Eksperimen : Timbul vs Tenggelam
Mula kenal apa itu tenggelam apa itu timbul. Antara barang yang dibuat ujikaji ialah gunting,bola getah, pensel, ketip kuku, batu, paku, duit syiling, berus gigi, belon dan juga plastik.
Muka seronok bila ibu dapat spent masa dengan dia.. (^_^)
Bila dah buat ujikaji, buatlah catatan kan.. Ekceli tu buku aktiviti sains Adam.. Ada lak topik cmgini,itu yang bereksperimen semalam untuk bagi dia lebih cepat faham.
Label:
Adam Homeschool,
cite anak ku