Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 6 February 2013

Buku+Toys~apa saje untukmu


Apa saja untukmu........... macam lagu pulak. 
Sejak adam dah bersekolah, memang saya rasa macam nak kurangkan beli dia mainan yang mengarut. Saya akan lebih suka lebihkan beli buku ataupun mainan yang boleh menguji minda dia. Alhamdulillah kalau ke kedai buku, dialah paling seronok tengok dan pilih buku. Kalau kedai mainan semestinyalah dia cari ultraman, tapi saya pujuklah dia tengok aje nanti beli mainan lain. Hahaha.. Dah banyak sangat koleksi mainan ultraman dia dan sampaikan baju pun banyak ultraman. 

Ragam dia ke sekolah dah kurang sikit dan semakin bertambah baik walaupun kena jugak pujuk pagi-pagi tu tapi mudah sikitlah dari sebelumnya. Oklah tu, lepas ni InsyaAllah akan bertambah baik. Adam ni cuma penat je pagi-pagi tu dan dia kata dia sedih bila ibu tinggalkan dia kat tadika tu. Haha.. Anak manja ibu kan, jauh sikit dari ibu dah terasa kan. Itu belum ibu kerja lagi tu. Alahai anak............ :)
 Saya belikan ini untuk dia, Bacalah Sayang Buku 1. Mula-mula nak belikan dia satu set terus sebab ada satu set buku tu saya berkenan sangat dan harganya pun baru je RM39.90 tapi bila fikir balik bagus jugak kalau belikan untuk jadikan hadiah masa birthday dia nanti je, so postponed dululah yang tu bulan depan. Hihik... Saya dalam proses nak ajar dia mengeja. Pelan-pelan ajar dia nanti. Saya pun dah jadi cikgu dah sekarang ok... haha.. :)
Terima kasih Ya ALLAH di atas kurniaan-MU ini kepadaku. Semoga anak ibu menjadi anak yang cerdik pandai, cemerlang dunia akhirat dan sihat selalu. Amin.
Ini jugak mainan baru untuk dia. Beli masa ke Kota Bharu. Electric block yang menguji camne nak reka dan sambung segala bagai tu supaya bergerak. Ini pun saya jugak yang kena ngajornya... :)
 Puteraku.........
Indahnya hidup ini bila dirimu hadir menyinari.
Setiap ragammu itulah yang terkadang banyak mengajar ibu sesuatu dan mengajar ibu untuk mengerti bagaimana besarnya pengorbanan seorang ibu sepertimana ibu dibesarkan grandmamu.
Setiap perkembanganmu dan ragammu jugaklah yang banyak mengajar ibu untuk menjadi lebih matang dalam buat sesuatu.
Sesungguhnya, kamulah penyeri hati ibu. Semoga kamu membesar menjadi seorang anak yang baik dan berjaya. Ibu sayang kamu sokmo!!!

Sunday, 3 February 2013

~Kek Zebra In The House~

Bila kerajinanku tiba-tiba datang............... maka berasaplah lagi ovenku itu. Muahaha. Petang ni buat kek zebra pulak yang sebenarnya dah lama teringin nak cuba membuatnya. Resepi ni dari buku masakan yang saya pinjam dari library. Ringkas dan mudah disediakan.
Resepi : Kek Zebra
Sumber : Buku Citarasa Malaysia(1001 resepi) 

100gm mentega ~ saya pakai marjerin pelangi tu je
125gm gula castor 
3 biji telur
5 sudu besar susu pekat manis
175gm tepung naik sendiri
25gm serbuk koko ~ saya letak 2 sudu besar
1 sdt esen vanilla
1 sdt perisa oren ~ saya letak perisa strawberi

1) Pukul mentega + gula hingga kembang.
2) Tambah telur + susu pekat dan pukul lagi hingga kembang sebati.
3) Masukkan tepung dan kacau sebati.
4) bahagikan kepada dua bekas, 1 letak serbuk koko + esen oren dan 1 lagi letak esen vanilla.
5) selangselikan melapis dengan sudukan di tengah2 loyang.
6) Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

Adam komen : Cantik kek ibu dan sedap.. Muahaha.. Sukanya hati.......... :)

Nota : Saya kalau rajin memang kek je suka mencubanya.. Hahaha.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute