Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 7 October 2015

bbm untuk ajar anak kenal huruf hijaiyah


Saya akan mulakan ajar dhia dengan set buku al furqan dahulu. Ajar dia kenal pandai mengaji lepas tu baru ajar bacalah anakku dan read easy. In shaa allah..moga dipermudahkan hendaknya.

Setakat ni dhia baru boleh cam 5 huruf bila suruh padankan.

 diy bbm begini banyak membantu anak untuk mudah cam huruf. Saya mulakan ajar 3 huruf..kemudian tambah sikit sikit., selain tu saya bagi dia tengok video nyanyi alif ba ta juga.
 Guna manila kad dan tulis...boleh gantung kat dinding juga.
 diy guna cawan polestrin, batang aiskrim dan kertas alas doorgift.
 Dhia seronok buat aktiviti begini. Sambil padankan saya ajar dia sebut huruf tu juga.
 Yang ni pula bbm untuk tic tac toe games. Games ni boleh juga untuk ajar lain juga tau..bm, bi, abc dan 123 pun boleh buat camni.  saya tulis atas A4 tu sebab nanti nak buatkan buku huruf juga.
ini pula Aktiviti mudah. Tampal sticker.. 

Sebenarnya rasa berdebar pula nak mulakan ajar al furqan kat dhia ni. 
Nak ajar anak ni kita tak boleh banding bandingkan anak kita dengan anak orang. Tak boleh juga ikut sangat orang , eh anak orang tu pandai tu la, eh anak orang ni pandai ni laa.. makanya ikutlah kemampuan kita dan kemampuan anak kita.. jangan kejar umur sekian sekian kena pandai itu kena pandai ini... oh itu bukan ukurannya tetapi bila anak dah boleh tu barulah satu pencapaian yg baik untuk kita dan anak. Target kita pun tercapai. Itu cara saya dan pandangan saya sendiri. Lain orang lain target nya dan lain juga caranya.. tetapi saya sentiasa akan belajar dan masih lagi belajar untuk berikan Apa yang terbaik untuk anak anak. In shaa Allah.

Dhia dan baby...


Dhia dan baby.. baby tu doll yang abahnya belikan bulan lepas. Beli kat kedai mr.diy je RM27.90. 

Nak tidur pun nak bawa baby dia, nak makan pun nak juga dia riba baby, nak pergi jalan pun nak bawa juga baby.. satu je lagi dia belum buat.. mandi bawa baby. Kalau dimandikan baby tu memang hilang la bunyinya. Baby ni ada bunyi tapi bukan macam baby alive.. kalau jenis yang tu saya pun tak nak.. nanti kan botol tercabut pun duk bunyi je.. haha. Yang ni bila tekan badan tu je baru bunyi, kalau tak tekan takde la nk bunyi sukahati dia je. ada 6 jenis bunyi bila kita tekan tekan.. baby tu bunyi la papa mama, bunyi ketawa,dan ada lagila bunyinya tu.

Tahu tak yang anak pun banyak belajar tau dengan bermain doll ni. Ada kebaikan dia juga la.. contohnya belajar urus diri, sikap penyayang dan rasa tanggungjawab dan banyak lagi la faedahnya. 

Saya seronok tengok dhia ni sebab dia jarang nak suka mainan ala2 perempuan ni. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute