Ini cerita dua minggu yang lepas.
Saya balik berdua bersama adam dengan menaiki bas. Adam sangatlah seronok dapat naik bas. Ini kali kedua lah dia naik bas balik kampung. Kali pertama, masa umur dia setahun lebih dan masa tu dia tak mengerti ape-ape sangat pun berbanding sekarang yang banyak cakapnya tu kan. Saya beli tiket dua seat lah, satu dewasa dan satu kanak-kanak. Adam lagi bertambah seronoklah dapat seat sendiri kan. Dia duk tepi tingkap. Tidur hanya sekali jer lelapnya dan lepas tu dia tak tidur dah. Mujurlah adam baik jer dan takde muntah-muntah ke ape kan.. Bagus anak ibu ni. Lagipun tak lama mana pun, lebih kurang 5 jam jer dalam bas.. :)
Adam balik kampung sebab Cik Long dia yang nak sangat jumpa anak sedara dia yang sorang ni. Dah raya hari tu pun dia tak balik kan, jadi sebab tulah balik jugak saya ni. Adam memang dimanja-manjakanlah. Nak itu dibeli nak ini dibeli. Pantang cik long dia kuar jer, nak ikut jugak.. Mulanya tu, ingatkan dia tak nak dekat dengan cik long dia tu, maklumlah jarang jumpa. Tapi Adam selalu tengok update terbaru cik long dia kat fesbuk kan, itu dia ingat dan kenal.. Hihik.. Nak buat macamana dah kerja cik long dia begitu bz je manjang. Time kami balik, dia tak balik.. Mujur anak sedara kenal dia lagi kan. Cik long adam ni still bujang lagi ye, belum ketemu jodoh lagi, nak buat macamana kan.
Masa kat kampung tu, Adam gi picnic ngan cik long dia kat pantai.
Cerita seterusnya ialah gambar riang ria adam di pantai.. :)
-Adam dan sepupunya, Iqbal-
Buat peace tapi macam sepit ketam pulak dia kata.. Hahhaa
Yang ni Ok sikit. Sama besar je macam kan. Iqbal dah darjah satu tau tapi orangnya kecik molek jer.
-Adam, Iqbal dan Cik Long dia-
-Adam bersama grandma dan cik long lagi-
Adam buli cik long dukung atas bahu. Tapi yang sebenarnya dia geli nak pijak pasir pantai tu lagi lepas dah siap mandi manda tu. Dah nak balik dah masa ni.
I Like this picture :)
Tatapan kenangan untuk adam bila dewasa nanti. Kenangan dia ber 'picnic' dengan sepupu-sepupunya dan Pokcik sedaranya. :)
Nota : Tak berapa banyak ambil gambar sebab saya terlupa bawak balik Ms.Red Cam saya. Terpaksa pakai handset jelah amik gambor.