Diy alat bantu belajar tambah dan tolak. Guna bahan murah je. Tapi memang membantu untuk anak faham macamana konsep tambah dan tolak dengan main games macam ni. Kenalkan dengan tambah dan tolak dengan nombor yang kecil je dulu.
File folder fun games pun banyak juga membantu untuk anak kenal nombor. saya paling suka file folder ni. Boleh download dekat filefolderfun.com, macam-macam free printable file folder yang menarik untuk anak-anak ada kat situ.
Ini pun salah satu template yang bagus untuk anak belajar tambah. Saya lupa download kat mana template ni.
Dulu abang adam tak pandai tengok jam. Kalau tanya pukul berapa, dia tekan remote astro je. Tu pun tak reti sebut betul. Pukul 1, 2 je tahu.. setengah ke suku ke memang tak fahamlah dia. Tahun ni baru saya bersungguh ajarkan dia cara tengok jam dengan betul.
Saya diy guna pinggan polestrin buatkan jam.. bawah tu selitkan untuk minit-minit ke 5, 10, 15 hingga 00. Bila ajar guna ni, baru dia faham macamana nak tengok jam kalau jarum pendek di nombor 4 dan jarum panjang di nombor 8, dia dah boleh faham jadi sebutnya pukul 4 : 40.
Lidi sate sebagai alat kira. warnakan dengan cuka + pewarna makanan. Buat ni makan masa sehari nak kering.. :)
Bila banyakkan aktiviti santai, belajar sambil bermain ni, anak-anak lebih mudah nak faham dan kenal nombor. Nanti minat diorang tu akan datang dengan sendirinya. InshaAllah... berusaha selagi boleh kan.