Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 1 August 2013

Persiapan Raya??


Salam 1 ogos semua.. Selamat datang Ogos.. Kejap je masa berlalu, dah bulan ogos sudah dan tak lama lagi kita nak sambut raya kan.. Korang semua mesti dah siap semua persiapan raya kan.. Kalau tanya saya.. hahaa.. memang tak berapa lengkap pun lagi. Entahlah kenapa, tahun ni tak terasa macam beria sangat saya nak beli itu ini, cuma mencari keperluan untuk si kecik-kecik saya jer. Barang buat kuih raya dah beli cuma tak terbuat lagi. Mana sempatnya, sungguh sibuk bulan ni. Wah surirumah pun sibuk ke? hihi.. Memang pun tau. Lagi sibuk..baru jer sentuh bahagian dapur.. dah si kecik nakkan perhatian, dah si kecik, si abangnya pun sibuk nak perhatian ibu dia jugak. haa tu belum bab kain baju lagi tu.

Tahun ni memang shopping last minute... semalam ke KB.. Pergi KB mall, takde jumpe pun apa yang dicari.. Haa memang sales sana sini tapi kena pandai tengok harga jugak. Jangan dibutakan mata dengan percent bagai tu. Bak kata encik suami, membelilah ikut kemampuan dan bukan ikut orang. Apa yang penting anak-anak dapat baju baru pun dah buat kami bahagia.. soal ibu abahnya jatuh nombor tiga pun takpe.. Dapat balik raya jumpa sanak saudara bagi saya lagi penting dari beli baju baru yang mahal-mahal dan berpasang-pasang. Lagipun kami plan nak balik tiga kampung tahun ni.. haa itu dah kena bajet jugak tu. huhu..

Untuk raya kali ni, first raya giliran kampung saya sampailah raya ketiga sebab kazen saya yang tersayang kawen raya ketiga tu.. Lepas tu baru balik kampung encik suami pulak.. Lepas tu baru plan nak ke Ulu Jempol, umah tok abah Adam dan Dhia yang memang dah lama kami tak balik sana. Last pergi masa umur Adam 5 bulan..Kiki.. Lama giler tak gi sana. Hahaha..
Semalam ke KB, hanya beli baju Dhia dan Adam jer.. Nanti nak kena tambah beli lagi untuk mereka dan abahnya. Saya ni dapat blouse pun jadilah... lagipun baju-baju raya nan lalu saya jarang pakai dan masih elok lagi. Tak kisah pun pakai yang tu.. Yang sebenarnya excited nak beli gaun kat Dhia tapi tak jumpa yang berkenan di hati lagi ni.. Nanti shopping lagi, cari sampai jumpa.. hahahak. (^_^)
 Baju Adam sehelai jer.. yang lain-lain tu semua barang Dhia.. Haa nampak tak betapa excitednya kami beli barang untuk Dhia hinggakan Adam baru dapat satu.. Kesian Adam (^_^)
Saya suk sangat sebab dapat jugak belikan Dhia baju kurung sepasang. Tengok macam muat je ngan dia, try pakaikan dan nampak macam boleh jer ngan Dhia. Teruslah beli satu.. ni pun sepasang kecik camtu pun dah RM39.90. Entah nanti Dhia selesa ke tidak berbaju kurung di hari raya, harapnya dia oklah..hihi.. Yang paling saya suka sebab akhirnya dapat jugak belikan headband tu.. sebelum ni duk nengok anak orang je pakai kan..Hihi.. Melihatkan baju-baju gegirl.. waaa juling bijik mata.. Mahu je rembat semua tapi mujurlah masih boleh fikir lagi dan ingatkan diri jangan ikut nafsu..haha.. (^_^)
 Catterpillar.... abahnya yang bersungguh belikan ini..katanya buat teman Dhia tidur.. hahaha.. nampak.. Dhia lagi dapat.. (^_^)
 Dhia dengan headband barunya.. ala tomel-tomel anak ibu..
Kat mana yer sama kita ni erk Dhia? Awak putih gebu.. ibu ni hitam manis saja.. haha.. 
Ramai yang tanya saya, apa saya makan ketika pregnantkan Dhia sebab Dhia putih. Susu ke? Hihi.. ekceli kan, saya minum susu sempat tiga kotak jer.. soya langsung tak minum. Yang saya banyak minum hanyalah air mineral yang memang berkotak-kotak encik suami belikan... dan bulan terakhir pregnancy saya, saya minum air pati jus delima Gulsan pemberian seorang teman.

Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmat dan kurniaan-MU kepada kami. Sesungguhnya anak-anak adalah hartaku yang tidak terhitung nilainya.
 Ya Allah Ya Tuhanku... lindungilah anak-anakku, peliharalah kesihatan mereka dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah.  Amin.

Sunday, 28 July 2013

Bila anak-anak tak sihat........


Bila anak-anak tak sihat... hati seorang ibu pastinya risau dan tak keruan jadinya. Seorang ibu akan sanggup bangun berjaga malam semata-mata untuk anak-anak mereka. Itulah tanda betapa kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya.

Mula-mula Adam yang terkena selsema dan batuk dua hari yang lepas.. dah diberi ubat dan disapu serta urut ubat herba kat dada dia setiap malam dan sapu kunyit sikit atas batang hidung dia, beransur baiklah sikit nampaknya.

Malam semalam... Dhia pulak menunjukkan ketidakselesaan. Kesian pulak nengoknya. Rupanya Dhia punya hidung macam ersumbat kot yang buatkan dia tak selesa nak bernafas.. Takde pulak hingus banyak keluar dari hidung dia tu cuma bunyi macam ada hingus dan kahak. Terjangkit dari abangnya lah tu agaknya sebab Adam duk cium sayang Dhia je kan, tambah pulak Dhia dah botak kepala tu..lagi mudahlah nak jangkit kot. Dhia kan masih bayi dan baru je dua bulan lebih, mana boleh bagi ubat kan.. Saya hanya dapat bantu bagi sedikit keselesaan untuknya dengan susukan Dhia dalam posisi riba dan pangku tidak seperti selalu posisi baring.. sanggup tau bangun duduk demi Dhia... lepas tu, saya cuba tinggikan sedikit bantalnya dan menjadi rupanya, Dhia tidur elok jugak walau ade jugaklah terkejut-kejut tak selesa, bila dah camgitu, saya ngiringkan dia pulak. Saya pun dah sambung semula makan pil vitamin C. Ini first time Dhia tak selesa tidur waktu malam... kalau tak, dia lena elok je sampai ke pagi dan kejut pun sebab nak susu.

Info bagaimana mengatasi bayi selsema:
1) Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. 

2) Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 

3) Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

4) Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

5) Oleh sebab bayi terlalu muda untuk menghembus hidungnya sendiri, laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.

6) Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.

7) Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

5 CARA MENGATASI SELESEMA - oleh Jackie Walsh, Pelawat Kesihatan
1. Breastfeed/BF bayi dengan Air Susu Ibu (ASI) sekerap dan selama yang boleh kerana ASI mempunyai antibodi dari ibu yang kebal dari penyakit.
2. Jauhkan bayi yang berumur bawah 3 bulan dari sesiapa sahaja yang menghidapi selsema atau berhingus.
3. Jangan merokok! Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan cenderung mendapat selsema dari bayi lain yang tidak terdedah dengan nikotin.
4. Basuh tangan anda sebelum memegang bayi anda terutamanya selepas batuk, bersin atau mengelap hidung.
5. Balut badannya agar berasa hangat – Menurut kajian baru-baru ini, tindakan ini benar-benar membantu bayi selsema yang berada di teluk. Jangan biarkan kakinya basah kerana jika dibiar basah akan mengundang 3 kali selsema yang lebih teruk.

Nota : Semoga Dhia dan Adam kembali sihat... Ya ALLAH, berikanlah kesembuhan untuk anak-anakku. lindungilah mereka dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah. amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute