Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 22 June 2012

Jangan buat macam ini tau!!!


Dulu kan..... dulu lah masa zaman muda mudi.. Hehehe.. Aku cukup tak suka tandas jenis macam ni. Selalu sangat aku naik duk mencangkung kat atasnya sebab geli terutama bila kat tandas awam. Mujurlah takde apa-apa berlaku kat aku kan masa dulu-dulu tu.. Baru aku tahu yang sebenarnya sangatlah bahaya dan berisiko kalau buat macam tu.. Tapi sekarang bila rumah dah memang tandas jenis macam ini, aku jadi selesa ler pulok gunanya. Sekarang kalau aku terpaksa ke tandas awam..... nak elak geli tu, aku akan lap dulu dengan tisu tempat duduk tu.. Yelah, takut jugak bila tengok kejadian macam ini kan. Tak kena takpelah... kalau kena...tak ke kesian tu. Jadi jangan buat macam ini tau!!! Gunakanlah dengan cara yang sepatutnya!! :)

Sumber gambar : Mukabuku

-Saje saje jer-


Adam jadi Askar.. :)

Sudah siap sedia!!
 Menjeling ape tu? Lupa nak publish entri ni masa dia main jadi askar hari tu. :)
"Ibu, pistol ni takde air lah", kata Adam. Pistol tu dah rosak dan itulah pistol air pertama dia dan terakhir dia. Memang dah tak nak belikan pistol air kat dia sebab merata dia main tembak sampai habis basah sana sini dalam rumah. :)
  Steamboat kat Pasar Malam Pekan.. :)
My Mother In Law tengah memilih cucuk-cucuk tu. Nanti balik sana nak beli lagi lah dan makan ramai-ramai.. Best sangat.. Yeay.. Balik kampung!!! 

Buat pertama kali dalam hidup aku beli selipar yang ada bunga-bunga ropol macam ni gara-gara selipar kesayangan putus masa jalan-jalan kat rantau panjang. Jadi tersukalah pulok jenis macam ni.... :)


Nota : Saje buat entri merapu, jangan marah atau bosan yer... Saje jer untuk tatapan klik sana sini kami. :)

Mengada-mengada kah dia?


Pernah tak rasa geram dan marah bila tiba-tiba si kecik buat perangai yang seolah-olah mengada-ngada pulaknya. Adam pun kadang tu nampak dia macam mengada-mengada jugak. Ada je benda dia buat untuk tarik perhatian aku dan abahnya. Pening jugak kadang tu tau. Di sini ingin berkongsi serba sedikit apa yang aku baca tentang anak yang mengada-mengada. Tak salah kan berkongsi di sini sebagai panduan untuk aku juga. 

1) Merengek tanpa sebab
Sebab : Cemburu dengan kehadiran adik baru dan kurang memahami kemahiran mengawal emosi.
Tindakan : Luangkan masa untuk bermain bersama-sama dan fokus padanya supaya dia berasa masih disayangi.
** Adam selalu merengek tak tentu hala, sebabnya dia nak perhatian bila dia bosan main sendirian. Kesian Adam.... :)

2) Menangis bila permintaan tak dipenuhi
Sebab : menangis dengan kuat apabila tidak dapat mainan dan mengamuk kerana kecewa bila tidak dapat buat sesuatu atau tidak dapat memanipulasikan mainan seperti kehendaknya.
Tindakan : Alih perhatian anak apabila nampak tanda dia nak mengamuk, bertenang hadapi karenahnya, elak marah atau menengking padanya, berikan pelukan dan ciuman sambil memujuk anak.
** Pernah satu ketika dulu Adam tak mau berganjak dari tempat mainan yang dia suka dan buat aksi guling-guling. Aku biarkan je dia macam tu sendiri dan tengok-tengok dia yang mengalah, kemudian bangun dan datang pada aku. Masa tu lah baru pujuk dia.. Sekarang dia dah jarang mengamuk dan hanya akan tengok je mainan tu. Aku pulak umpan dengan cakap kat dia, "kan Adam dah ada semua tu". 

3) Memilih makanan
Tindakan : Pastikan waktu makan berjalan dalam suasana mesra dan menggembirakan, ajak anak makan bersam-sama, jangan berikan snek atau makanan lain di luar waktu makan.
** Adam jarang jugak memilih makanan cuma dia lebih suka aku suapkan dia lah. 

4) Suka merajuk
Sebab : Kurang rasa selesa, marah tidak diberi perhatian
Tindakan : Biarkan dia bersendirian seketika, kemudian baru pujuk dia, bertanya sambil memeluknya kenapa dia bersikap begitu.
** Adam pun kuat merajuk jugak sebab nak perhatian lebih. Dah memang jiwa anak-anak kecil kan. 

5) Membantah cakap
Contoh : Bila diminta mengemas mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama dan dia memberi alasan.
Tindakan : Dengarkan alasan anak, bertanyakan kenapa dia tidak mahu mengikut kata. Jelaskan mengapa dia harus mendengar nasihat dan menghormati anda.
** Adam pun kalau disuruh 2, 3 kali baru lah dia buat.. 

Nota : Mendidik anak sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga aku mampu menjadi Ibu yang terbaik buat anak ku. :)

-Sumber bacaan : Majalah Pa&Ma-

Donut datang lagi!!!


Jom breakfast dengan donut dan air milo. :)

 Resepi yang sama cuma ku gantikan mayonis tu dengan shortening. Wah lagi lembut tau..


Anda dah breakfast belum? Jom lah breakfast!!! :)

Nota : Maaf agak lambat balas jejak korang. Sibuk nak mengemas dan packing barang sebab nanti nak balik kampung 2 minggu dan mungkin jugak akan jarang update nanti. Bila balik kampung, faham-fahamlah kan macamana..Hehhee.. Lagipun internet takdo. Kalau berkesempatan rembat broadband adik, barulah boleh update dan jenguk korang yer. Abah Adam outstation, disebabkan lama dan takut bosan, aku pun balik kampung ler.. :)

Tahniah Buat Kamu Abah Adam


Balik je dari kerja malam tadi, ku tengok dia bawa balik bungkusan beg hamper. Apa tu? Hehe... Dia pun tunjuklah yang dia dapat anugerah pekerja bulanan terbaik. Tahun lepas dah dapat Apc tahunan dah, haih... bulan-bulan pun ada gak erk? Pelik pulak aku... Apepun itu kan sebagai salah satu cara kot nak bagi semangat untuk setiap pekerja tu lebih bekerja dengan baik. Kan..kan... Itu tandanya hasil kerja kita dihargai lah kan.. :)
 Tahniah buat Kamu Abah Adam.
Adam lagilah seronok.. Yang dia tahu, "Ooo abah bawak balik biskut kat Adam".. Hehee.. :)

Thursday, 21 June 2012

Aktiviti Hari Ini : Kemas Bilik Adam


Dari semalam lagi Adam duk angkut mainan dia ke ruang tamu rumah. Mulanya sikit-sikit je, tapi pagi tadi habis dibawa keluarnya mainan dia tu main kat depan Tv dan memang bersepahlah rumah hari ni........ Normal lah kan budak-budak memang suka sepahkan mainan. 

Dah dibiarkan lama dia main dan buat sepah tu, aku pun suruh lah dia kemaskan mainan dia tu semula.. Mula-mula tu dia jawab, "Adam penatlah Ibu". Amboi... bukan main lagi ye. Aku pujuk jugak dia supaya kemaskan semula mainan tu sama-sama, barulah dia mula berkemas. Yang banyaknya aku lah kan. Alang-alang dah kemas mainan dia jadi merajinkan jugaklah kemaskan biliknya sekali. Aku ajar dia susun separuh mainan yang dia suka dan letak atas rak dia. Seronok sangat dia dapat main susun-susun ultraman dia kat atas rak tu. Lega bila nampak kemas sikit bilik dia dan dalam masa sama, aku cuba ajar dia supaya tahu mengemas bilik. Sesi bergotong-royonglah aku dan dia hari ni. Suka tengok dia senyum bila dah siap kemas-kemas bilik dia tu. Harapnya selepas ni, pandailah kamu mengemas semula mainan bila lepas main tu.
 Hasil gotong-royong kami. :)
 Kata adam, "Ibu, Adam nak amik gambar gak".
Senyum je dia..... :)

Nota : Sekali-sekala buat aktiviti mengemas bilik dengan anak pun seronok jugak sebenarnya. Dari situ boleh ajarkan dia supaya tahu menghargai barang mainan dia dan tahu mengemas. 

Kertas tak cukup besar....


Adam suka sangat melukis sejak akhir-akhir ni. Habis semua rak buku digeledahnya sebab nak cari kertas A4. Yang stok sebungkus dah habis dah di contengnya. Nampak gayanya kena belikan kertas lukisan satu buku terus kat dia. 

Tapi ini kisahnya dia suruh aku lukiskan ikut bentuk badan dia atas kertas.... Hahaha.... Manalah muat sayang oi.... dah lah kertas tu saiz A4, dapat muat kepala jelah. Dia nak jugak suruh aku buatkan....
Dia baring kan kepala atas kertas A4 tu kemudian bagi aku pen dan mintakkan aku ikut bentuk kepala dia.. Mana dia tengok pun aku tak tahu lah orang buat macam tu.... Buatlah jugak aku ni apa yang dia suruh kan.. Karang merajuk pulak dak Adam ni walau kertas tu tak cukup besar. Lepas dah siap ikut bentuk kepala dia tu, dia pun ambil pen dari tangan aku kemudian dia lukis mata, hidung, mulut dan touch-up lukisan dia tu.. Comel giler pulak aku tengok..hahahha..
Tetap nak letak gambar jugak.. Kenangan untuk aku dan dia jugak kan. Bulu mata tu panjangnya benor lah nye.. :)

Lainkali aku kena belikan kertas manjung yang besor tu dan boleh lah main lukis-lukis dia atas tu kan.. Hehhee.. :)

Wednesday, 20 June 2012

Memang kena dengan aku..........


Mak hantar mesej dan suruh tengok WHi kat TV3. Aku bukak lah channel tu dan tengok topik memang kena dengan aku.. 'Surirumah berijazah'.

Terkedu seketika... Tapi sayangnya tak tengok dari awal discussion topik tersebut. Mungkinkah ramai jugak yang situasinya seperti aku yang juga surirumah berijazah. Ramai ke? Tapi itulah aku sekarang ini dan bila tengok topik tu memang rasa terkena pulak dengan aku....... Pernah dulu mula-mula aku nak ambil keputusan menjadi surirumah buat seketika ini sering diperli dan macam-macam orang duk mengata aku. Ada yang mengatakan apalah ko ni, rugi jer study tinggi-tinggi lastly stay at home jugak. Sampai adik aku yang lelaki tu cakap benda yang sama kat adik pompuan aku yang nak further study tapi aku cuba tepis pandangan salah dia tu dan akhirnya masing-masing dah boleh terima dan adik aku tu pun dah jauh lebih berjaya dari aku dalam studynya. 

Aku punya sebab tersendiri mengapa dan kenapa aku memilih jadi 'surirumah' buat ketika ini. Aku tahu ada yang mengatakan, "eh rugi nya ko tak kerja".  Takpe... rezeki ada kat mana-mana kan. 
Pada aku, kalau aku bekerja tetapi terpaksa berjauhan dengan suami dan anak, aku rasa tak best pulak. Memang aku belum pernah cuba tapi melihat dari pengalaman orang-orang lain pun sudah banyak memberi aku gambaran tersendiri. 
Dulu bila lepas bersalin, memang plan nak cari kerja tapi disebabkan rasa tak percaya nak tinggalkan anak di bawah asuhan orang lain, aku tangguhkan. Bila encik suami pulak dipostingkan ke kawasan yang peluang kerja bagi aku agak tidak banyak, maka terpaksa juga sekali lagi aku tangguhkan hasrat hati aku tu. Tidak mengapa asalkan aku boleh melihat anak aku membesar dengan baik, itu sudah cukup buat aku bahagia. Aku tangguhkan dahulu hasrat aku dan mungkin satu hari nanti aku akan kembali bekerja jua. Walau aku di rumah tapi aku cuba mencari peluang lain apa yang ada dalam diri aku ni. InsyaAllah sedang berusaha lagi ke arah lebih baik dan moga-moga perancangan untuk aku mula mengorak langkah berbisnes itu dapat direalisasikan. 

Bila ditanya soal kecewa? Awal-awal dulu mungkin sering sangat aku rasa begitu. Tapi aku cuba untuk positif. Memang dulu apa yang aku angankan dan plan lain tapi apa yang terjadi lain pulak keadaannya. Namun, aku selalu cuba ingatkan diri aku bila aku dilanda resah dan kecewa kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA. 

Nota : Entri ni sekadar berkongsi apa yg aku sendiri alami dan bukan untuk apa-apa ye.  Andai ada tersilap kata yang boleh menyinggung hati mana-mana pihak, aku minta maaf ye sebab aku tak maksudkan sesiapa ye. Ini hanya coretan aku. Sebenarnya menjadi surirumah pun ada stressnya jugak tau.. :)

-Adam suka Tomato-


ihsan pokcik google


Tomato sememangnya mempunyai banyak khasiatnya. Mujurlah adam juga merupakan antara penggemar buah tomato. Setiap kali makan yang menu ada jugak dengan hirisan buah tomato, maka buah tomato itulah yang akan dia jamah dulu. Contohnya bila makan nasi ayam atau burger memang dia suka hirisan tomato lebih-lebih sikit. 

Dulu aku selalu bagi dia makan tomato tu macam makan buah epal je tau. Tapi bila ada seorang kawan aku tegur dan katanya tak elok bagi dia makan sekali dengan biji tomato tu.  Maka, tiap kali dia nak makan buah tomato, aku akan potong dan buang dahulu biji tomato tu baru bagi kat dia. Sekali makan 2 biji pun dia boleh habiskan.. syukur jugak bila dia suka makan sayur dan tak memilih sangat soal makan ni. Apa yang aku nampak  dan perhatikan antara jenis sayur yang dia suka dan suka nak makan adalah seperti carrot, tomato, bayam dan kobis.  

 2 biji tomato yang dah dibuang biji untuk Adam. 

Memang bersungguh dia makan tomato ni.. Macam makan buah epal pulak. 

Nota : Khasiat tomato antaranya ialah sebagai agen antioksida, menghaluskan kulit dan boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan penyakit jantung.

Tuesday, 19 June 2012

-Dia dah selera-


Wah gitu kan tajuk.. Siapakah yang dimaksudkan tu? Aku ke? Oh aku ni memang hari-hari kuat makan tapi badan je tak mau gak naiknya.. Dah memang jenis aku kot camtu lagipun aku punya tabiat buruk iaitu makan tidak ikut masanya sebab tu tak mendorong aku nak naik berat, salah aku jugak kan. Hish hish...
Bulan lepas pergi klinik dan nurse ada berikan Adam 'sirap multivitamin' sebab berat dia tak berapa banyak naik tapi belum tahap line kuning lagi. Jadi taklah perlu dirisaukan sangat nurse kata tapi kalau boleh bagilah dia naik berat tu banyak lagi kan. Adam yang 3 tahun hanya punya berat 13 kg jer.. Mungkin ikut Ibu dia kot yang susah nak naik berat badan.. :)

Tapi aku ni memang lah risau sebab dia kan budak lagi... Berkesan jugak multivitamin tu bila mana dia sudah pun selera makan sekarang ni. Tapi satu jelah, 'adam ni makan banyak dan main pun sama banyak jugak'. Lagipun dia lelaki lagilah aktif lompat situ sini. Macamana tu kan? Disebabkan dia dah mula selera makan ni, maka aku ni pun kenalah rajin sikit. Nak bagi dia makan banyak, aku kena suapkan dia. Stok biskut munchy's atau tiger kena selalu ada dalam tupperware biskut dia tu sebabnya sebelum dia nak tido tu pun dia akan mintak biskut. Harapnya bila time date checkup akhir tahun nanti berat dia naik banyaklah... Banyak masa lagi kan dan aku pun kena berusaha samalah... :)
 Ini kisah malam semalam. Adam pergi beli burger dengan abah dia.(Ini Oblong abah adam punye sebenarnya. Aku punya burger daging dan burger sosej untuk Adam
 Adam order burger sosej. 
Tengok tu cara makan sambil duduk yang kurang sopan tapi suka sangat tengok dia makan. Biasanya roti tu jarang dia makan dan akan tinggalkan, tapi malam tadi semua dia makan.

Nota : Kena cari menu-menu menarik dan sihat untuk Adam..

Buah Kuini.. Apa boleh bikin?


Pagi tadi, Abah Adam kuar beli sarapan dan dibawak pulangnya buah kuini jugak. Si Adam pula ingatkan itu mempelam (mangga) lah kan. Dah habis dia makan roti canai terus mintak aku kupaskan buah kuini tu. Sebiji terus dia makan... 
Apa boleh bikin dengan buah kuini selain makan macam tu je? Haaa... Abah Adam suruh buat sambal belacan letak buah kuini.. Pandai bagi idea kan dia..... :)
Hanya berbaki 3 biji. Buah ni abah adam beli 2kg = RM5. Dapatlah dalam 8 biji kot dan 2 biji dah bagi kat jiran. Manis jugak..
Terhasillah sambal belacan buah kuini. Nampak merah sebab ku pakai cili kering sebabnya cili merah dah habis.. Terlebih rajin nak ke kedai, pakai jelah apa yang ada kat dapur tu.. :)

Nota : Tengah-tengah menumbuk cili tu.. terpercik pulak ke mata.. Adoiii pedih sangat, terus lah bilas ngan air.. Korang pernah tak?

Monday, 18 June 2012

Layan Jer........




Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa 
adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu

Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan

Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu

Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi


Nota : Aku suka Ella... :)

Bila dia terlebih sudah..........


Aku tinggalkan dak Adam dan biarkan dia tengok Tv sebab aku nak pergi mandi dan biasanya memang dia akan tengok Tv jelah. Selesai je aku bersiap-siap dan nak masuk mengemas dapur..... Tiba-tiba tengok ada sesuatu dalam kuali minyak atas dapur aku tu. Hish..hish.. apa ke hal lah pulak adam ni? Boleh pulak dia letak 2 ekor ikan dan 1 ekor udang mainan dia dalam kuali tu. Emm.... Ini sangat bahaya bila dia mula dah nak main dekat-dekat dapur gas ni. Naik risau aku bila dia terlebih sudah kreatifnya tu.... Kena bagi warning lah nampaknya ni. Belum pernah lagi dia main dekat-dekat kuali macam tu. Mujur tak dibukaknya dapur tu.. Haih....risau aku... 

Mainan ikan tu pun sebenarnya mainan pancing dia dan boleh pulak dia buat main masak-masak yang siap letak dalam kuali betul pulak tu. Terlebih sudah kamu yer dak Adam..... Memang kena warninglah dia. 
Aku tanya dia kenapa buat macam ni? Dia kata, "nak suruh ibu masak ikan yang adam tangkap tu". Emmm... macamana aku nak marah kalau dia pandai beri jawapan yang boleh buat aku senyum. Tapi memang kena jaga-jaga jugaklah.. Bahaya bila budak-budak sudah pandai nak main dekat-dekat dengan dapur ni.

Nota : Adam ni sebenarnya memang kuat meragam sikit sejak kebelakangan ni. Macam-macam nak direka dan dicubanya. Emmm.. Ok lah.. nak pergi masak kejap sebab dia dah mintak nasik dan sebab tu kot dia letak ikan tu suruh aku masak. Mungkin adam perli Ibu dia kot. Hehee.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute