Manfaatkan ruang yang ada. Mungkin di masa akan datang boleh ditambah baik lagi ruangan ini. Andai ada rezeki lebih ibu akan tambah lagi koleksi buku bacaan anak-anak ibu. InshaAllah. Semoga anak-anak ibu akan suka membaca dan menjadikan membaca sebagai hobi. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Lovely Followers
Monday, 28 November 2016
Diy Sudut bacaan untuk anak-anak
Label:
Adam Homeschool,
buku,
Dhia Homeschool,
Dhia puteriku
Pretend play : adamdhia mini shop
Duit tu abah adamdhia printkan. Ibu tolong gunting. Kata abah, guna duit contoh yang betul barulah seronok. Sebelum tu ibu tulis je kat kertas.
Barang mainan je sebagai barang jualan.
Mesin tunai ini, abah adamdhia yang beli. Beli di bundle.. Rezeki anak-anak, masa abah mereka pergi terjumpa benda ni. Bawah RM20 harganya. Tak silap ibu dalam RM15. Kalau beli baru ada je dijual di kedai mr. Diy dan paling murah harganya Rm34++.
Selepas abah adamdhia bagi kotak besar, maka terjadilah diy mini shop daripada kotak. Lebih menarik dan anak-anak ibu bertambah seronok. Kami buat sama-sama mini shop ni. Sorang tolong ambil salotape, sorang tolong pegang. Sorang tolong susun.. :)
V
V
Mini shop adamdhia
Proses jualbeli sedang berlangsung. Mereka saling bertukar, kali ni abang Adam jadi pembeli dan dhia jadi penjual, kadang dhia pula jadi pembeli dan abang penjual.
Abang Adam nak membayar. Berapa ringgit cik? :)
Alhamdulillah . Sedikit ruang di dalam bilik dimanfaatkan sebaiknya. Bilik inilah tempat anak belajar dan bermain. Bilik ini tidaklah besar mana pun sebenarnya tapi cukuplah ruangnya tu untuk mereka beraktiviti.
Terimakasih juga kepada abah mereka kerana sentiasa bagi sokongan kepada ibu dan anak-anak . Siapa sangka suami ibu itu seorang yang supportive dan semestinya dialah penyumbang sumber kewangan modal dalam aktiviti homeschooling kami. :)
Label:
Adam Homeschool,
Dhia Homeschool,
Dhia puteriku
Sunday, 27 November 2016
Meraikan abang adam
Label:
dia dah sekolah