Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 16 October 2015

Alat melipat baju daripada kotak yang sangat memudahkan dan jimat


Alat lipat baju biasanya saya pernah tengok yang orang jual tu je. Tak tahu pula yang sebenarnya boleh diy sendiri daripada kotak.. ketinggalan kot saya ni ye. Search kat youtube berlambak rupanya tutorial cara buatnya..

Kaji dan teliti cara buat kat youtube.. terus selongkar stor dan ambil kotak. Saya ukur untuk saiz baju budak dan saiz baju dewasa juga. Tiga la saya buat semuanya.. 
 Ini untuk adam dan dhia..

Adam lipat semua baju dia.. kalau sebelum ni dia lipat baju sekerat jalan je dan setakat dua tiga helai je.. kali ini memang semua dia lipat. Katanya senang ada kotak tu dan jadi kemas dia lipat.. sebelum ni dia jadi cepat malas sebab lipatan jadi berterabur.. kali ni jadi seronok pula dia.  

Ini pun salahsatu aktiviti homeschooling tau.. belajar kemahiran hidup. Ibu bukan buli anak ye tapi ajar anak lipat baju dan uruskan pakaian sendiri. :)

Ibu pun jadi seronok tengok dia semangat main lipat baju.. ibu pun lipat baju guna alat ni juga..memang mudah dan cepat. Lepas ni kuranglah aktiviti ibu longgokkan kainbaju sebab dah ada alat lipat baju ni. :)

Velcro board for my adam and dhia

MasyaAllah.. sejak join group hs di fb.. semakin banyak perkongsian yang menarik saya dapat.. idea velcro board ni pun hasil daripada perkongsian Puan Ana.. terimakasih Puan Ana. Saya sangat sukakan idea ni dan anak anak saya pun seronok ada board tu. 
Saya buat ni guna apa yang ada je kat rumah, in shaa Allah..  lainkali akan buat dengan lebih kemas dan cantik.. 
 Bahan : plastik pembalut buku, velcro bertape, wall paper, double side tape.

Sepatutnya guna wallpaper untuk keliling plastik tu tapi saya guna kertas minyak je dulu.. maklumlah tak sabar nak buat kan. Wallpaper tu yang separuh tu dan kat kedai mr.diy ada, segulung tu bawah RM5 camtu la. Saya akan buat lagi board ni kat sudut lain pula dan nak buat lebih cantik la..



 Seronok dhia dapat board ni. Letak flashkad dan belakang flashkad tu kena letak velcro sikit ye barulah boleh lekat kat board tu.

Saya sebut.. dhia cari dan tarik kad. Seronok sangat lah kan.

 Disebabkan velcro board tu juga buatkan ibu rajin diy flashkad sendiri.. :)
terimakasih kepada empunya asal idea ni.. anda semua pun kena buat juga tau. mesti anak seronok nanti.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute