Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 25 May 2012

-Abah adam belanja Ikan Bakar-


Hari Rabu yang lepas, Abah Adam belanja kami makan ikan bakar. Adam punyalah seronok hingga dia dah pandai makan ikan sendiri tanpa perlu kami asingkan isi dan tulang kat dia.Pada mulanya,aku agak ragu-ragu jugak nak bagi dia makan ikan seekor macam tu je. Tapi memandangkan dia bersungguh nak makan sendiri dan marah aku cubit-cubitkan isi kat dia seperti kebiasaan aku buat, maka aku akur jelah bagi dia cuba belajar makan ikan tu sendiri. Pandai pulak dia makan, tulang-tulang dia asingkan kat tepi.. Banyak jugak Adam makan dan seronoknya dia sebab dah berjaya makan sendiri ikan tanpa perlu aku cubitkan isi dah kat dia. Pergi makan ikan bakar dan dalam masa yang sama Adam jadi pandai pulak makan ikan dengan sendirinya tanpa bantuan dah. :)

-Adam yang suka makan-
 Sotong goreng celup tepung - RM7
 Ikan bakar- Kami order ikan pari (adam yang nak), ikan merah, kembung. Cukuplah bertiga je kan. :)
 -Udang bakar-
 -Ikan Merah-

Kami makan kat Zul Ikan Bakar kat Kuala Besut, sebelah kanan lepas Jambatan. Best jugak ikan bakar kat sini tau.

-Ke Jeti Borong Ikan-


Hari ini, seawal jam 7am aku dah keluar rumah dan kejutkan Adam tanpa mandikan dia. Haha.. Terus bawak dia join rombongan Cik Kiah ke Jeti LKIM Kuala Besut. Sesampai je sana, ku tengok ada banyak bot yang baru nak mendaratkan ikan dan para nelayan serta peraih masih sibuk duk mengasingkan ikan. Tak kurang jugak ramai yang nak membeli macam kami ni. Semua ikan tersusun elok je dalam tong-tong besar.

Untuk aku, memang first time lah ke situ. Aku join jiran depan rumah aku dan akak-akak satu kuartes ni, maka berempat lah kami dengan anak-anak sekali berombongan nak borong ikan. Murah sungguh ikan, udang dan sotong kat jeti tu sampai naik pening aku nak pilih. Semua duk pakat beli ikan selayang, ikan kembung, udang dan sotong. Minimum harus dibeli 1kg lah setiap jenis. Memang stok seminggu lebih lah kot tu sebab aku pun bertiga je kat rumah kan. Haha.. Tak tahan tengok ikan segar-bugar, rasa macam nak borong je semua jenis ikan kat situ. Seronok pulak bila dapat beli ikan segar kat Jeti tu.. Murah pun murah... Dan mungkin nanti akan berombongan lagi seminggu sekali kot ke situ. :)

Tak sempat nak snap gambor kat jeti. Segan kat orang pun satu hal jugak tadi. Hahaha. :)

Inilah hasil tangkapan aku bawak balik.

Thursday, 24 May 2012

Senyum.........


Dia amik bola dan masuk kan dalam baju.. Kemudian cakap, "Ibu, meh lah amik gambar adam ni". Aku senyum....... apa kenalah anak aku ni duk buat gitu. Haha.. Dia boleh kata ada baby dalam baju tu..

Dari manalah dia tahu agaknya.. Mungkin tengok Tv kot dan aku pun pernah tunjukkan gambar2 aku masa pregnantkan dia, gambar saat-saat aku sakit nak lahirkan dia dan gambar dia masa baby. Tujuannya moga dia faham dan ada ketikanya kalau datang time dia rajin bukak album dan bila dia tertengok gambar-gambar tu, dengan sendirinya dia akan cakap, "hok ni masa ibu sakit sebabnya nak lahirkan adam kan". Begitu lah lebih kurang ayat dia.. Aku hanya senyum..... 

Bila tengok adam buat aksi cmni, terasa rindu nak ada baby lagi pulak.. Hahak. :)



Lawak betul budak Adam ni.. Apakah maknanya ni? Mahu teman gamaknya tu.. adoiii...  :)

Wednesday, 23 May 2012

-Pengat Ubi-



Mood nak makan pengat tiba-tiba muncul lepas je telefon mak kat kampung dan mak bagitahu tengah buat pengat pisang. Sedap pulak rasa.. Tapi takde stok pisang, buat pengat ubi keledek jelah. Kalau pengat pisang, aku lebih suka pisang nangka.. baru ada rasa masam-masam manis sikit. :)

Resepi  Pengat Ubi : Ubi keledek kuning (buang kulit dan potong), Gula melaka, Santan, Sehelai daun pandan, sedikit garam.

Aku nak tapi.........


Ada yang bertanya pada aku, Eh, bila ko nak kerja? Ko belum kerja lagi ke? Tak sayang ke dah study penat-penat tapi tak kerja lagi?

Huh... Kadang penat nak menjawab pertanyaan orang terutama dari makcik-makcik kalau aku balik kampung. Siapa tak rasa rugi kalau dah study tapi masih belum berkerjaya? Siapa yang tak nak tolong mak ayah dia? Tapi aku.... siapa aku nak menolak segala takdir dalam perjalanan hidup aku ni. Mujurlah aku punya ibu yang sangat memahami dan tidak pula pernah sesekali dia memaksa aku dan bertanyakan aku sepertimana orang-orang lain yang suka bertanya itu. 

Kenapa aku memilih untuk jadi surirumah buat sementara waktu ni.. Aku punya alasan tersendiri...Bukan aku tak berusaha. Dah banyak interview dan exam government aku attend tapi dah belum rezeki aku, apa boleh aku buat kan. Mereka tanya aku kenapa tak cari kerja swasta? Kalaulah kat tempat yang aku bermaustautin sementara sekarang gajinya boleh dikatakan berbaloi, mungkin aku dah lama berkerja. Kalau aku nak hidup berasingan berjauhan lagi dengan suami, aku rasa perlukan nekad dan kekuatan yang tinggi andai mahu PJJ (perkahwinan jarak jauh). Pernah aku dengar rintihan teman yang PJJ dengan suami mengeluh bilalah dapat tukar tinggal sebumbung dan bila aku tengok jiran-jiranku yang isteri-isteri mereka jauh, rasa kesian pulak kalau suamiku pun begitu. Sesekali aku terfikir.......... tanpa restu dan kerelaan dia yang bergelar suami, biarlah dahulu aku begini.. Tunggu abah adam posting ke tempat lain, baru lah aku akan mengatur langkah seterusnya. Walau aku tidak berkerjaya sepertimana orang lain dan kawan-kawan seperjuangan aku dulu tapi aku tetap cuba positif. Walau tidak makan gaji tapi aku sedang berusaha untuk mengusahakan sesuatu yang menjadi minat aku. Setakat ini mendapat sambutan juga walau tak lah sehebat mana tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada untuk hari ini. Bila mereka tanya aku lagi, bila mahu kerja? Aku hanya mampu jawab, aku memang sudah berkerja.. sebagai manager di istana singgahsanaku. :)

Aku juga bersyukur kerana masih ada beberapa orang temanku yang selalu memberi aku galakkan dan dorongan. Terkadang terasa jugak cemburu bila tengok mereka semua dah berjaya punya kerjaya yang mantap dan berpangkat. Tapi aku tahu, mungkin DIA punya perancangan yang lebih baik untuk aku di masa depan. Untuk itu, aku akan cuba berusaha dan sentiasa berusaha.. Andai suatu hari nanti ditakdirkan aku punya kerjaya, aku harap aku tidak akan berubah lupa diri atau tinggi diri sepertimana aku menjadi diri aku sekarang.

Nota : Maaf andai ada kata-kata yang tertulis dalam entri ini ada yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang tercatat adalah dari peribadiku sendiri. Tiada kaitan dengan yang lain. :)

Tuesday, 22 May 2012

-Makan Mee sup sedap di petang hari-


Siapa suka Mee Sup? Petang tadi kami meronda dan pekena mee sup sedap. Ini kali ketiga ke kedai ni yang asalnya kami dapat tahu dari kawan abah Adam. Memang tak pernah tahu pun yang kat dalam taman perumahan tu ada kedai Mee sup yang sedap. Kena lah dengan selera kami anak beranak. Tapi uniknya kedai ni, dia bukak petang aje.. Kalau pergi kul 5pm dah habis dah, agaknya bukak dalam 4 jam je kot dari tengahari tu.. Pernah kami pergi awal sangat pun tak bukak lagi dan lambat sangat pun dah habis.. So, kena pergi ikut time dia lah, macam tadi kami pergi dalam kul 3.30pm. Sebab ramai sangat kot orang yang makan kat sini dan sebab tu cepat habis awal.. :)

Kami order Mee sup 2, Nasi air untuk Adam, sirap bandung cincau dan bandung biasa. Makcik yang amik order tu tanya nak bandung beleder ke? dan yang Abah Adam ni pulak tak berapa nak faham apa, mujurlah ada isteri dia yang comel ni (perasan jap yer) tolong translate kat dia beleder tu ape.. Haha.. Beleder tu cincau lah.  :)

 Nampak tu Bandung dia.. berlayer ler pulak..
 Inilah Mee Sup yang secukup rasa tekak kami. Bahan-bahannya complete, siap ada daging & perut lembu lagi tau sup nya tu.
Adam yang sesedap rasa hirup sup nasi air dia tu. :)

Sebenarnya hari ni malas sangat nak masak. So, mesej Abah Adam cakap nak makan kat luar.  Abah Adam balik je kerja terus pergi cari kedai makan dan dapatlah pekena Mee sup petang tadi. Tiga beranak makan habislah dalam RM12. Mee sup tu satu mangkuk RM3 ajer. :)

Gaya Adam Makan


Pagi semalam, Adam pesan kat abahnya, "Abah, nanti beli kaki ayam yer.."

Kami hanya mampu tersenyum sebab tak sangka itu yang dimintanya. Hahaha.. Tak tahu lah mana datang teringin dia tu nak meratah kaki ayam. Dah lama kot tak makan. Mungkin Adam terikut abahnya yang suka meratah kaki ayam. Kaki ayam?? Aku pun tak pandai nak makan.. Kalau tengok aku dan adam makan kan, sangatlah pandai adam lagi dari aku tau. Kadang dia gelak je tengok ibu dia yang tak pandai makan dan hanya gigit tepi macam tu je. Mesti pelik kan, apasal lah bagi anak makan kaki ayam.. Oppsss... bukan selalu okay.. sebulan sekali pun tak.. Ini memang dah berbulan tak buat sup kaki ayam. Itu yang dia tiba-tiba request tu. Maklumlah makin dia dah besar ni makin pandai pulak dia mintak itu ini. Memilih pulak tu.. 

Aksi si kecikku meratah kaki ayam yang dimasak sup....
 Yang tulang kat tepi tu semua dia punya. Pandai betul dia ratah sampai lerai (betul ke eja ni dan maksudnya ni) satu per satu tulang-tulang kaki ayam tu. Aku pun tak pandai makan sebegitu rupa tau. :)
 Baik-baik yer Adam.. Nanti terpatah pulak gigi. :)
Masa ni tengah mintak tambah dari pinggan Abah dia punya pulak. Tak cukup tu.. :)

Kaki ayam ni sedap jugak kalau dipelbagaikan cara masaknya kan. Adam suka dibuat sup, tapi abahnya suka masak pedas. Aku?? Suka masak je... makan tak berapa gemor sangat lah sebabnya mungkin tak pandai. :)

Monday, 21 May 2012

Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya



Mama Mia buat segmen, macam best pulak segmen ni. Jadi aku pun nak join  jugaklah. Best jugak bila mengimbau kenangan ni. Siapa nak join boleh klik banner atau SINI
Closed date : 22 Mei 2012.

Pertemuan aku dengan suamiku, Encik Azrul, boleh dikatakan secara tidak sengaja. Masa tu pertengahan tahun 2004 dan aku tengah study kat Bangi. Pada suatu hari tu, aku diajak oleh kawan baikku untuk teman dia ke KL Central nak jumpa pakwe dia. Aku pun teman lah dia. Sampai kat KL central, aku jumpe kawan aku yang lagi sorang dari UM. Aku sembang dengan kawan aku tu dan biar kawan aku yang lagi sorang tu date ngan pakwe dia lah. Yang buat aku marah sangat masa tu ada sorang mamat ni duk pandang pelik je kat aku dari tadi sampai naik sakit hati pulak aku. Lepas tu, kawan aku ajak pulak follow dia ke puduraya pulak sebab nak hantar pakwe dia naik bas balik kedah. Aku follow jelah dan tiba-tiba mamat yang duk tengok aku pelik tu follow sekali. Hahaha.. Memang tak perasan langsung dan tak tahu langsung yang mamat tu kawan kepada pakwe kawan aku tu. Hahaha.. Aku pun buat bodoh jelah, jual mahal lah kan. Kami naik train LRT ke puduraya, dan mamat tu tanya aku dah sampai belum puduraya. Masa tu memang aku dah dengar dah announcement tapi saje buat-buat lambat ke pintu keluar.. Aku jalan keluar bila nampak kawan aku mula keluar dan mamat tadi pun follow belakang aku kemudian TiT..Tit..Tit..... alarm pintu LRT berbunyi tanda dah nak tutup dan yang bestnya beg mamat tu tersepit kat pintu tu sebab tak sempat. Aku punyalah gelak sakan masa tu, hahaha.. Mujurlah ada orang dari dalam tolong tekan button open balik pintu. Marah dia kat aku sampai nak cekik aku.. Hahaha... 

Kat puduraya tu, mamat tadi tu mula lah ajak bersembang. Aku buat-buat tak layan je. Yang aku bengangnya, kawan aku boleh tinggal aku p date ngan pakwe dia. Itulah kali pertama aku teman orang date. Huh, tension gak jadi macam tu. Diorang beli tiket bas lepas tu naik bas. Mamat tadi pun sekali lah naik bas samadengan pakwe kawan aku tu. Kemudian dia mintak number fon, aku tak bagi pun. Jual mahal aku masa tu. Hahaha.. Kemudian aku dan kawan aku pun balik lah ke kampus semula lepas bas pakwe dia naik tu dah jalan. 

Seminggu lepas kejadian tu, aku dapat call dari mamat tu. Mungkin dia dapat number aku dari pakwe kawan aku tu kot. Hehehe.. Dah memang nak jadi jodoh kan, kami pun berhubung melalui telefon pulak lepas dari pertemuan tu. Mulanya tidaklah terlalu bersungguh tapi lama-kelamaan mula rasa jatuh cinta. Lama jugak bercinta jarak jauh, lebih kurang 4 tahun macam tu dan macam-macam lah harus dilalui kalau cinta jarak jauh ni. Masa aku last sem, dia ajak bertunang, Febuari 2007 kami bertunang dan sebulan lepas aku konvo, dia melamar aku untuk jadi permaisuri yang sah dalam hidupnya. Tanya pendapat keluarga dan semua bagi green light. Kami pun bernikah dan melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember 2007. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi miliknya setelah 4 tahun menyemai kasih dari jarak jauh. :)
Kenangan di Hari Bahagia Kami : 22 Disember 2007
Alhamdulillah kami bahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran seorang putera pelengkap hidup kami iaitu Adam Akmal yang dilahirkan tanggal 5 Mac 2009. Tak ku sangka, pertemuan yang tidak disengajakan itu membawa kami ke jinjang pelamin. Dan mamat yang pandang pelik pada aku itu dah sah jadi suami aku pun. Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat dan aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk dia dan menyayangi dia suamiku selamanya. :)


Sunday, 20 May 2012

Masih Tak Faham!!


Benarkah yang google akan delete blog kalau kita login menggunakan email lain selain gmail?? Serius masih aku tak faham. Aku buat blog ni akhir bulan Jun 2011 dan daftar blog menggunakan akaun email yahoo. Sehinggalah baru-baru ni aku terbaca beberapa entri dari bloger lain pasal isu ni. Aku pun gelabah lah jugak kalau betul ada sesi delete tu, sayang pulak rasa walau aku masih baru dalam dunia blog ni tapi aku sayang pada blog coretan kisah aku dan family aku kat sini. Tak mahu lah benda camtu terjadi kan.

Aku pun create lah gmail punya account tapi masih ragu-ragu untuk men 'delete' account yahoo di setting admin/author bahagian permission tu. Sebab bila aku login pakai email yahoo automatik jadi google acc mail yahoo tu. Itu yang aku tak faham tu. Tapi ramai yang galakkan login pakai gmail aje untuk elak benda-benda tak best kemudian hari. Emmm... Aku masih tak faham. Siapa boleh fahamkan aku erk atau ada yang masih tak tahu pasal ni macam aku jugak?? :)

-Moist Orange Mocha Brownies-


Kek coklat permintaan dari Adam sayang. Kek coklat yang ada gabungan rasa coklat, oren dan nescafe. Memang moist lah sebab dah namanya pun begitu kan. Ikut resepi asal kena guna loyang 10"X10" tapi aku ni saje menggatal pakai loyang 9", jadi agak tebal sikitlah brownies ni. Bukan tak boleh pakai loyang apepun, resepi ini kan brownies, jadi biasanya dia nipis sikitlah rupa kek tu kan. Belasah jelah pakai yang mana pun asal nanti boleh dimakan sudah kan. :)

Ternyata aku telah menderhaka sedikit dari resepi asalnya. Aku telah tambah dengan melapiskan cream cheese frosting dahulu kemudian baru aku siram dengan choc ganache cara aku di bahagian atasnya. Maka, terhasil lah Moist Orange Mocha Brownies versi aku. :) 






Resepi : Moist Orange Mocha Cake/ Brownies
Sumber asal : Kak Yati
Di try test : ctayue

A : 
1 cawan Butter cair/minyak masak - ku guna minyak jagung
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1/2 sudu kecil nescafe -bancuh dengan1/2 sudu kecil air suam
2-3 sudu besar oren sunquick - ku letak 2 sudu jer

B (kacau rata) : 
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B - ku pakai saiz A

C ( ayak) :
 2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
 1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

1) Panaskan oven 175c selama 10 minit.
2) Kacau bahan A supaya sebati.
3) Masuk bahan B dan kacau rata.
4) masuk bahan C dan gaul rata.
5) Lapis loyang dengan kertas minyak/ gris loyang 10"x10".
6) Bakar selama 45min-50min.

Cream cheese frosting : 
125gm creamcheese
60gm mentega/butter
1/2 cawan gula icing -ayak
1 sudu kecil sunquick
1 sudu teh esen vanilla -ku tak letak
*** Pukul creamcheese dan mentega hingga berkrim. Tambah gula, esen, jus dan pukul hingga sebati.

Choc Ganache : 
250gm coklat masakan
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar air panas
*** Panaskan secara double boil hingga cair dan sebati.

Nota : SELAMAT MENCUBA. Resepi ni mudah je dibuat sebab tak perlu pakai mixer, hanya sebatikan pakai hand whisk tu aje. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute