Saya beli pop-sticks ni kat mr.diy, lepas tu gugel cari idea apa boleh dibuat bbm guna benda ni. Rupanya banyak juga boleh buat.. ini baru 2 saya diy jadi bahan belajar anak-anak.
1) Puzzle spelling 1-10
boleh dibuat alat bantu mengeja 1-10 dalam english. Block huruf tu saya guna bloCk huruf dari scrabble. :)
2) math games : tambah dan tolak.
Hanya guna dua bahan iaitu sarang telur dan pop-sticks. Mudah dan murah. Adam suka yang ni.. dapat melatih kemahiran berfikir dia.