Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 21 September 2012

Sepi itu bersebab.......

Hai blog.. Hai sahabat-sahabatku disini.. Lama betul saya menyepi. Bila online, dah bertukar dashboard baru dah rupanya. Ke manakah saya menghilang?? 

 Sebab pertamanya, saya balik kampung. So, itu yang tak berupdate Cerita Hati kesayangan ni. Saya balik berdua saje dengan adam sebab nak jumpa Cik Long adam iaitu abang sulung saya lah. Raya hari tu dia tak balik, minggu lepas baru dia balik. Maka, terubat jugaklah rindu nak ketemu abang long setelah hampir setahun tak bertemu mata kan.. Hihik.. Seminggu jugaklah saya duk umah Bonda. Seronok tak terkata dapat rehat di kampung.. Hehehe..

Sebab kedua, adam terkena selsema. Dah hampir dua minggu sebenarnya.. Minggu lepas, sebelum balik kampung tu, dia selsema ajer tapi taklah serius. Cuma tidur malamnya asyik terganggu jer gara-gara hidungnya tersumbat. Balik dari kampung, dia demam + selsema dia yang tak baik-baik lagi tu makin menjadi-jadi pulak. Bawa ke klinik lagi sekali dan doktor bagi ubat yang lain sekali dengan antibiotik. Memang saya cukup tak tenang kalau anak sakit. Saya yang tak lena tidur malam. Hidungnya asyik tersumbat jer.. Sudah saya tinggikan bantalnya dan siap belikan breathe right kids tu lagi tampal kat atas batang hidungnya tapi tak nampak berkesan sangat pun. Tambah pulak si Adam ni memang tidur tak suka berbantal + selimut. Itu memang tabiat dia dari kecik lagi. Awal-awal tidur jer elok berbantal tapi sejam lepas tu........kepala dia dah tak berbantal dah.. Ada sesiapa sudi berkongsi tips atau cara berkesan nak atasi masalah hidung tersumbat ni? 

p/s : Doakan adam cepat sihat yer... Kesian sangat kat dia. Yelah, kan dia budaknya aktif, bila tak sihat.. macam-macamlah ragamnya sebab tak dapat main. 
Semoga anak ibu cepat sihat... Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute