-Tampal-menampal cebisan kertas-
Lovely Followers
Saturday, 16 March 2013
Cara saya ajar adam kenal huruf dan sukukata
Label:
Adam Homeschool,
cite anak ku
Play&Learn : Colour Matching
Saya print tool ni kat web Mrprintables. Bahan-bahan lain ialah folder, gam dan gunting. Folder tu pulak, saya just guna manila kad dan buatlah jadi folder fail. Lagi senang dan jimat.. Hihik.
Excited nak buat lepas balik sekolah hari tu. Dia nampak je saya print benda ni, terus nak buat. Itu pasal baju pun tak pakai..
Label:
Adam Homeschool
~Muffin~
Mujurlah ada chef cilik ni menolong. Cepat sikit siap.. Hihik.. TQ adam.. :)
Label:
kek,
test test resepi
Friday, 15 March 2013
Art&Craft : Belajar Guna 'Water Colour'
Alatan : Beberapa helai kertas putih (saya guna kertas A4 jer), water colour, berus dan tempat bancuh warna. Buku tu pulak pinjam dari library sebagai rujukan saya. Saya ni memang bab seni kurang sikit.. Itu yang blur je, mujurlah ada buku ni membantu camne nak ajar adam buat corak. Maka, belajarlah buat corak catan hari ni. :)
Guna tangan untuk buat corak tapak kaki... Tengoklah tu betapa syoknya adam mengecop. Haha..
Yang ni pula saya potong kentang.. Opss tak menjadi corak star pun sebab saya tak pandai nak ukir bentuk star atas kentang tu. Haha.. Sudahnya belasah jelah adam apepun ibu bentuk.. Tetap menjadi jugak coraknya kan.. :)
Label:
Adam Homeschool,
art craft
Kan dah kena tegur.........
Label:
cite aku,
cite anak ku
Thursday, 14 March 2013
Aktiviti 4 : Match ABC & 123
Jom kira..... Kalau dulu adam memang kiranya tak betul dan bertukar-tukar aje bila baca 123, tapi sekarang alhamdulillah dah semakin baik cara dia mengira.
Saya download dan print tool ni kat SINI. Kemudian saya gunting dan gam kan nombor-nombor tu di penutup botol air mineral.. Hihik.. Menggunakan apa saja barangan yang boleh di 'recycle' kat rumah. :)
Label:
Adam Homeschool
Wednesday, 13 March 2013
Craft Time : Colour, cut and paste
Adam masih belajar macamana cara nak cut gambar tu dengan betul.. Dia masih belum biasa pegang gunting dengan baik. Ada yang dia gunting terlebih.. Haha..
Dah siap kaler, dia gam pulak..
Yeay!! dah siap dua hasil craft saya.
Label:
Adam Homeschool,
art craft
Monday, 11 March 2013
Aktiviti 3 ~ Number and Stickers
Worksheet number tu saya print dari SINI aje dan saya gunakan sticker yang di print sendiri oleh abah adam. Rajin pulak abah adam ni kan print sticker dot dot tu.. Haha.. Sebenarnya nak lebih mudah, beli aje sticker tu kat kedai buku. :)
Kira dan tampal.. satu lagi aktiviti yang disukai adam.
Label:
Adam Homeschool
Usaha yang mula berhasil.........
Untuk bagi dia lebih cam bentuk rupa dan cara bunyikan huruf, saya buatkan kertas-kertas huruf dan bagi dia ikut huruf-huruf tu dengan playdough.
Adam sangat suka belajar sambil bermain macam ni rupanya... Kalau setakat membaca je bagi dia tengok buku tu memang sekejap jelah dia OK lepas tu dia dah mula tak duk diam sebab bosan tapi lepas cuba buat camni, dia OK je sampailah habis satu buku tu.
Label:
Adam Homeschool,
cite anak ku