skip to main |
skip to sidebar
Selepas bersalin seharusnya kena ada ubat tertentu kan dan saya tak dapatlah nak guna set bersalin normal dan sudahnya minta encik suami belikan ubat gamat ni. Kalau masa Adam dulu saya makan gamat healin dan alhamdulillah Ok kesannya. Kali ni saya cuba gamat king anugerah setelah terpengaruh bila baca iklan dan testimonial dalam majalah mingguan wanita. Hihik.. So, mintakanlah encik suami pi cari dan beli.. Nasib baik ada kedai jual produk keluaran anugerah ni.. Air gamat tu pulak sebenarnya encik suami beli masa dia ada outstation kat langkawi masa LIMA hari tu..
Air Gamat ~ digunakan secara tradisional untuk melegakan kepenatan dan melancarkan peredaran darah. Diminum 1 sudu besar 3 kali sehari dan boleh juga dicampurkan dengan madu lebah.
*** Saya minum dan rasanya payau masin umpama macam air laut gitu.. Mujurlah satu sudu je.. Lepas minum tu terus minum pulak air masak untuk elakkan dari rasa payau tu..
Gamat King ~ gandingan terapi al-Quran, khasiat tradisional dan merupakan hasil kajian perubatan moden. Ia telah dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa penawar. Diminum 2 sudu besar setiap pagi dan malam.
*** Rasa yang sangat best dan baunya macam anggur.Memang senang je saya nak telan minumnya. Yang ni memang saya minum dulu dan akan habiskan dulu sebelum air gamat tu kot..
Caesarean adalah satu kaedah kelahiran dimana bayi akan dikeluarkan melalui abdomen atau perut. Kaedah ini biasanya dibuat apabila terdapat komplikasi tertentu yang menyukarkan untuk kelahiran secara normal dilakukan. Itulah yang saya lalui untuk melahirkan kedua-dua orang cahaya mata saya.
Adam dulu pun dilahirkan secara caesarean disebabkan komplikasi dimana air ketuban pecah awal sedangkan jalan tidak terbuka langsung dan kerana baby hampir lemas, maka saya disegera tolak ke dewan bedah. Itu pengalaman pertama 4 tahun yang lalu.
Kelahiran kedua............ pun dilahirkan cara yang sama kerana komplikasi kedudukannya yang songsang memaksa saya untuk dibedah sekali lagi. Maknanya sudah dua kali saya lalui pengalaman ini dan bermakna juga saya hanya ada satu peluang saja lagi untuk lahirkan baby kerana risiko kali ketiga untuk czer lagi tu sangatlah tinggi. Lepas ni memang kena merancang betul-betul dan sudah diwarning awal-awal oleh pakar semasa di hospital hari tu. Masa adam dulu memang saya tak makan apa-apa atau ambil apa-apa kaedah perancangan keluarga kerana saya merancang sendiri dan berjaya jarakkan 4 tahun tapi kali ni memang kena fikir untuk pilih kaedah terbaiklah nampaknya. Risiko untuk saya jika tak dapat jarakkan kelahiran.
4 Mei - Saya pulang ke kampung dan sempat tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan pergi mengundi 5 mei hari tu. haha.. sempat lagi kan dengan dah sarat tu.
6 mei - Saya refer kes saya ke Hospital Pekan dan doktor terus refer Htaa, Kuantan untuk tetapkan date operation. Memang saya menyerah diri betul kali ni.
8 Mei - saya admit ward di Htaa, Kuantan dan masa ni dah mula berdebar tapi harus kuatkan mental dan fizikal kerana hanya itu jelah jalan yang terbaik untuk saya.
9 Mei - Lebih kurang jam 10 pagi, saya dipanggil nurse untuk disiap-siapkan apa yang patut untuk proses operation. Saya ditolak ke dewan bedah.. Tawakal dan redha ajelah masa tu. Nurse kat situ pun semuanya mesra dan baik-baik belaka membuatkan saya rasa selesa dan dapat tenangkan diri. Saya memang kena kuatkan semangat dan berjuang sendiri kerana encik suami tidak dapat menemani kerana saya bukan bersalin normal yang membolehkan suami menemani isteri. Saya diberi suntikan epidural bius separuh badan dari pinggang hingga kaki. Terasa jugak macam perut saya ditarik-tarik gitu. Dan tepat jam 11.18pagi, saya dapat dengar tangisan kuat bayi kecil itu. Sesudah dibersihkan, bayi kecil itu ditunjukkan pada saya... seorang bayi perempuan seberat 2.4kg.. Syukur dan terasa lega seketika segala kesakitan. Saya memang tidak tahu jantina dan memang rasa suprise sangat ketika itu bila bayi kecil itu perempuan. Maka, lahirlah dia puteri kami yang diberi nama Dhia Amani Husna binti Mohd Azrul. Terima kasih YA ALLAH di atas kurniaan dan amanah-MU ini kepada kami sekeluarga.
Lega kenapa? Lega sebab berjaya jugak remove malware dari bloglist.... Saya terpaksa unfollow bloglist yang terkena malware tu sebabnya saya tak dapat nak review blog saya. Google punya google, jumpalah solutionnya dan rata-rata suggest stop following site yang kena malware tu.
Bila bukak pakai mozila ok tapi bila buka pakai chrome tak dapat tengok... Mulalah rasa risau semacam aje. Try lah cuba buang bloglist tu, dan alhamdulillah menjadi. Lega mak rasa.. Hihik..
Sayang weh kat blog ni.. Macam-macam story ditulis kat sini untuk tatapan saya dan anak-anak kelak.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnia-NYA. Syukur kami di atas kelahiran ahli keluarga baru kami dan amanah dari-NYA buat kami sekeluarga.
Jam 10 pagi, 9hb Mei 2013, saya disiapsediakan oleh nurse dan ditolak masuk ke dewan bedah dan tepat jam 11.18 pagi 9hb Mei 2013, lahirlah seorang puteri buat kami....
Dhia Amani Husna binti Mohd Azrul
.
.
Doakan kesihatan kami dan doakan yang baik-baik buat kami yer.