Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 29 August 2013

3 Bulan 3 Minggu... Dhia dah meniarap!!


Petang semalam.. 28-08-13. Dengan rasminya Dhia dah boleh meniarap tanpa perlu bantuan ibu abah lagi. Yeay!! Dhia berjaya lakukannya dengan sendiri. Tahniah sayang!!
 Alhamdulillah.. cepat dia meniarap. Di usia 3 bulan 3 minggu. Abang Adam dapat meniarap masa umur 4 bulan lebih. Agaknya Dhia tak sabar nak main ngan abang Adam kot. Yelah.. hari-hari duk tengok abang main lompat-lompat kan, itu yang dia usaha dan terus usaha lagi.. Bila dah boleh meniarap ni.. saya memang tak boleh nak tinggal dia sangatlah untuk buat kerja lain. Kena tengok dia, takut dia penat... sebab Dhia belum boleh terlentang sendiri lagi. Hanya baru boleh meniarap dengan sendiri je. Kan baru semalam.. Hihi.. Nanti dah terlentang sendiri okaylah sikit. (^_^)
Penat... Dhia sandar kepala dia kat turtle comel tu.. Ekceli Dhia kenal dah mainan dia tau.. Kalau abang dia pegang pun, dia akan buat bunyik isyarat cam marah abang dia main mainan dia.. Muahaha.. Semoga anak ibu cepat belajar dan gigih lagi usaha dalam proses nak belajar berjalan nanti kay. Niarap-merangkak-tatih-berjalan.. haaa kejap jer masa itu berlalu, sedar-sedar dah boleh meniarap dah awak dan sudah nak menginjak 4 bulan dah awak kan Dhia.. rasa macam baru jer semalam ibu bersalinkan awak.. Hihi.. Sayang awak ketat-ketat.. Ibu sayang anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan kuat.

Monday, 26 August 2013

Beginning Math Skill : Tambah Tolak


Mula ajarkan Adam kemahiran tambah tolak. Sambil buaikan Dhia sambil tu jugak amik sikit masa tengokkan dia buat tambah tolak dalam buku baru dia beli tu. 
 Camne nak buat ni ibu?
Adam kenal dengan simbol tambah tolak cuma dia tak tahu je cmne nak jumlahkan dengan betul. Dalam buku ni hanya nombor 1-20 aje.. jadi takdelah beban sangat dia nak belajar tambah tolak. Yang buat dia tambah suka nak belajar tu bile ada gambar ben10..
Cara 1 : Saya ajarkan dia teknik potong / buang gambar tu.. Mujurlah ada gambar kan...
Kalau tambah, saya ajar dia kira jumlah semuanya.
Cara 2 : Saya bagi dia guna alat bantuan kira iaitu sudu. 

Baru nak bagi dia faham jer dan minat dengan matematik.. yang mana takde gambar.. dia akan kira dengan bantuan sudu tu. nampaknya dia suka dan banyak jugak dia buat latihan dalam buku tu..

Bila suka Ben 10....


Anak lelaki... sememangnya peminat setia segala kartun superhero. Adam ni segala superhero dia suka.. mula-mula ultralman, lepas tu bertambahlah macam-macam lagi.. saya sendiri pun tak tahu.. Kalau citer otomen tu, berulang kali duk siar kat ceria tu pun dia tengok jer..haish.. yang saya ni naik muak dah nengoknya ulang citer sama.. kiki terpaksa tengok jugak ler saya ni, kalau tak memang berebut remote tu.. Tapi budak-budak mana pernah rasa boring kalau citer yang dia suka kan.

 Ben 10 pun salah satu kartun kegemaran Adam dan salah satu benda yang menarik hati Adam bila nak beli sesuatu barang.. Macam baju ke, kotak pensel ke.. haa semua dah pandai pilih sendiri dah nak yang mana.

 Buku pun nak ben 10??
 Beg ni... asalnya saya yang nampak dulu. comel lak nengoknya. Panggillah Adam suh pilih nak kaler mana sebab ada dua kaler.. hitam dan hijau.. so dia pilih hijau. Murah je kot baru 16 hinggit.. Adam kata ini beg raya sebab dia nak bayar pakai duit raya dia beli beg ini.
Sepertibiasa... kalau beli benda baru.. akan dibawa tido sama ler jawabnya.. (^_^)

Sunday, 25 August 2013

Mood terasa di pagi hari........


Sayunya hati ini.......
di awal pagi melihat semangat anak nak ke tadika. Cuaca yang agak rintik-rintik hujannya... tetap dia semangat nak gi sekolah. Dia mintakkan payung... haa bukalah payung ben10 dia yang lama tu, sekali tengok dah rosak.. Hihi.. Katanya, takpelah.. bagilah payung ibu. Saya bagilah dia payung pink yang tak berapa nak baru tu dan agak besar juge lah untuk dia tu tapi mujur ringan nak membawanya kan. Nak dibagi payung lagi satu... emm terlalu besar pula.

Maaf sayang.. ibu tak dapat hantar kamu dan abah kerja. Sememangnya dia memahami dan memang dah menjadi kebiasaan pun pergi balik sendiri. Maka, dia menurunilah tangga dan berjalan kaki menuju tadikanya. Haaa mujur tadika dalam kuartes je kan.. Saya intai dari tingkap rumah jelah. Penat jugak tu bagi budak sebesar dia nak berjalan kaki ke tadika.
Sayunya hati ini dan tersentuhnya rasa bersalah bila melihat dia berjalan sambil berpayung menuju ke tadikanya. Alahai anak ibu............ sungguh berdikari kamu. Sungguh dah besar kamu dan sungguh kamu memahami. Sedihnya saya kerana dah jarang dapat hantar dan jemput dia balik dari sekolah. Takpe, nanti adik dah besar sikit bolehlah ibu mulakan rutin itu yer.. Maafkan ibu yer sayang untuk sementara ini.

Dia bukanlah anak yang terlalu nakal.. dia masih boleh mendengar kata dan nasihat cuma kadang-kadang perasaan marah yang sukar dikawal ini ada jua dan kadang selalu jer marah dia yang hanya suka main bising dan lompat sana sini. Itu aje sikap dia yang buat saya selalu nak marah. Pernah terbaca tips untuk kurangkan marah pada anak, sepatutnya saya perlu ingat tentang perkara-perkara yang baik yang pernah dia buat.. tapi kenapa saya selalu sangat cepat nak marah dia atas kesalahan yang tidak seberapa besar itu? huhukk. Ok, lepas ni akan lebih belajar untuk tidak terlalu emosi dan akan lebih belajar lagi macamana nak mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat. InshaAllah.. semoga dipermudahkan segala usaha dalam mendidik amanah dari-NYA ini sebaik-baiknya.
Dia sangat menyayangi adiknya. Kalau saya sibuk di dapur.. dia lah yang akan tolong henjutkan buaian adiknya jika adiknya terkejut. pampers adiknya pun dia yang tolong buangkan dalam tong sampah jika saya terlupa nak membuangnya dan siap kena bebel lagi.
Walau dia adakala nakalnya yang membuas itu yang tak menahan nengoknya itu..... tapi dia sebenarnya banyak buat saya tersenyum.

Ya Allah... lindungilah anak-anakku. Peliharalah mereka. Kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat mereka dan jadikanlah mereka anak yang soleh solehah. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute