Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 29 June 2013

Practise Writing : Lowercase Letter a


Adam kalau menulis huruf nama mesti akan tulis huruf A besar dan bukannya a kecik. Sama jugak kalau dia tulis perkataan bola ke mesti akan jadi bolA... kan tak comel tu dan pelik jadinya. Kalau nama dia akan tulis AdAm . wah gitu kan..macam main jenis-jenis font lak. tapi selalunya huruf besar semualah kalau dia tulis nama dia tu, ADAM.. Tak tahulah kenapa dia tak suka tulis huruf a kecik kalau mengeja apa-apa atau buat latihan tulis perkataan dalam buku aktiviti dia tu. Bila saya tanya, katanya, "Adam tak cantiklah buat a kecik, adam suka A besar..." huhu...

So, saya kena cuba beri dia banyak practise tulis a kecik.. tapi sekarang ni nak suruh dia menulis a kecik ni kena pujuk memujuk..
 memang dia agak tak berapa reti nak cantikkan tulis a ni..
'Practice make perfect'
Nanti kena rajin lagi yer dak Adam...

~Mee Rebus Simple~


Menu hari ni... Mee rebus simple. kadang-kadang nak masak nasik + lauk pauk boleh jadi malas jugak, maka kena pikirlah menu apa yang simple nak dimasak untuk anak bujang dan encik suami tersayam tu.. Hehe.. hari ni mood masak kelaut sikit.. (^_^)
Taraa... terhasillah mee rebus yang simple. Takdo ayam tapi ado telur ayam.

Bahan-bahan : 
Mee kuning, bawang merah + bwg putih + sedikit lada hitam (ditumbuk), sayuran (carrot + sawi + cendawan + cili merah sikit), dua biji telur ayam, kiub pati ayam, garam dan air secukupnya.
 p/s : Nak lagi tambah sedap bolehlah letak ayam atau daging.. saya tak letak sebab kehabisan stok.. hehe..

Cara-caranya :
Tumis bawang tumbuk, masukkan air dan kuib pati ayam dan garam, kemudian masukkan carrot dan batang sawi, suairasakan dan masukkan sawi... Pecahkan telur. Masak hingga didih, kemudian baru campur mee kuning.

Nota : Saya masak terpaksalah asingkan sikit kuah sebelum masuk cendawan sebabnya saya belum boleh makan cendawan lagi.. Hihikk..

Friday, 28 June 2013

Respon dari Mereka............


Pelbagai nasihat dan tips yang saya dapat dari sahabat-sahabat di fb saya mengenai tompok putih di lidah dhia di entri ini. thanks kepada mereka yang banyak memberi tips berguna tu. ekceli saya takut nak cuci dan lap terlalu kerap lidah dhia lagipun dhia menolak jer bila disua kain napkin ke mulut dia. Tengok pada dhia, ok je.. dan kata seorang kawan saya, kalau tak mengganggu dan anak still menyusu elok, means takde apa-apalah tu. Memang kebanyakkan baby ada tompok putih di lidah.


Thursday, 27 June 2013

~Tompok Putih Pada Lidah~


Saya terlupa..... dan satu kealpaan bagi saya. Sepanjang tempoh berpantang saya terlupa nak bersih dan lapkan lidah Dhia. Dah habis pantang baru terperasan ada tompok putih atas lidah dia. Nak kata tebal tak jugak dan tak kata banyak pun tak jugak tapi buat saya risaulah juga kan bila dah tengok ada tu. Tanya mak, mak kata itu saki baki susu dan normallah baby ada putih-putih kat lidah dia. Mak suruh saya bagi air masak tapi saya tak bagi pun lagi. Saya dah cuba lapkan dengan kain napkin yang dibasahkan dengan air suam tapi tak berapa hilang pulak, mungkin sebab dah lama sangat kot ada kat lidah dia tu.. Lagipun baru dua hari saya buat camtu. Saya bukan apa, bila google tu rata-rata bagi info boleh sebabkan bakteria atau radang dan demam pada bayi.

Tengokkan Dhia.. takde lak dia meragam atau tak mau nyusu.. Elok aje dia nyusu dan nyenyak je tidurnya. Cuma ibunya je yang risau terlebih.. yelah kalau dibiarkan risau juga kan takut jadi apa-apa lak tapi kalau itu normal dan takde kesan apa-apa, ok lah. Nextweek checkup dhia, so bolehlah terus mintakkan nurse tengokkan lidah dia tu. 

Ada beberapa cara yang saya dapat dari pokcik google untuk bersihkan lidah bayi ;
1) lap lidah bayi dengan kain napkin basah ~ dah buat dah dan kesannya tu kena makan masa sikit kot.
2) berikan bayi air masak selepas menyusu ~ ini belum cuba buat lagi. Elokkah yer? Lagipun dhia baru nak masuk dua bulan.. emm kalau bagi just dalam dua sudu ok la kot kan. Ada yang kata air masak tu tujuannya nak bersihkan mulut bayi. Tapi dhia ni kalau dah nyusu memang sampai tertidur dia. 
3) Lapkan lidah dengan air kencing bayi tu sendiri.. petua orang dulu. ~ opps.. tak cuba pun dan rasa macam risau lak nak cuba.. Hihik..
4) Bersihkan puting botol dengan teliti jika guna fm dan pastikan payudara bersih jika breastfeeding dan tangan dibasuh terlebih dulu sebelum menyusukan bayi.
4) Pakai ubat titis khas yang diberi doktor ~ macam nak kena minta jugak ngan doktor nih..

Penting rupanya cuci lidah baby ni. Kalau tak cuci nanti susu yang melekat tu jadi makin tebal dan boleh menyebabkan punca sakit mulut dan baby sukar nak menyusu. Itu yang saya risau tu sebenarnya. Harap-harap hilanglah putih di lidah dhia kalau saya lap hari-hari. InshaaAllah.. Masa adam dulu rasanya saya tak rajin cuci gak tapi elok je dia.. cuma saya bagi dia air masak gak la sikit-sikit. Emm apasal anak kedua ni careless sangat erk sampai leh terlupa benda penting camgini. Maklumlah dah bertahun tak beranak kecik... Hihik..

Tuesday, 25 June 2013

Akibat kurang dengar kata, ibu jadi kuat marah!!


"Adam, diamlah sikit.. adik nak tidur".
"Adam, tak bolehlah lompat-lompat, jatuh nanti".
Adam......... tak bolehlah gitu.. tak bolehlah camni.. Setiap hari benda yang sama saya akan ulang cakap marah nasihat dia. Oh.. memang menguji kesabaran betul. Terlupakah saya yang Adam tu baru 4 tahun dan ragamnya memang sukar dijangka.. lasak memang normallah ketika umur budak camtu tapi saya asyik nak marah je kat dia dan bukan saya je, abahnya pun sama dah selalu marah dia lately ni. Adam bukanlah nakal sangat pun kalau diikutkan ada lagi budak yang lebih nakal dari dia. Adam ni aktif lasak dan suka nak cuba macam-macam je. Sekarang ni Adam mengada-ngada seolah-olah nakkan perhatian dari kami seperti sebelum dia bergelar abang. Mungkin kerana itu adam semakin macam-macam kebelakangan ni yang menyebabkan saya asyik nak marahkan dia. Silapkah saya?? Saya jadi geram bila adiknya tidur dia saje-saje jer pergi ngacau adiknya tu, lepas tu suka sangat lambat-lambat ikut arahan kalau saya mintak buat sesuatu misalnya minta dia pergi mandi.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. sumber

Betullah... saya silap dan saya terlupa kerana tidak memahami kehendak dia.. Sebenarnya adam inginkan perhatian kami. Sebelum ni hanya dia je dilayan tapi bila dia perlu berkongsi kasih dengan adiknya, itu yang dia keluarkan macam-macam ragam kot sejak akhir-akhir ni.

Tips atasi masalah kuat marah pada anak :
1) Fahami bahasa anak dan bertanya lemah lembut kepadanya. Pandang muka dan tatap matanya.
2) Luangkan masa dengan anak.
3) Ajarkan anak dengan perkataan 'tunggu sebentar boleh' sekiranya anak perlukan sesuatu tapi anda sedang sibuk. Jangan buat tak tahu atau acuh tak acuh.
4) Cuba fahami personaliti anak.
5) Sentiasa ingatkan diri anda dengan sikap positif anak, keletah anak dan karenah anak yang memghiburkan. Tumpu pada kelebihan itu dan jangan ingati kekurangan anak.
6) Doakanlah yang baik-baik untuk anak.

Semoga saya mampu atasi sikap kuat marah saya yang dah mula ada ni.. adam anak yang baik cuma dia perlukan perhatian je.Bab belajar adam nampaknya cerdik tapi sikapdan perangai  pun kenalah cerdik juga kan.

Sunday, 23 June 2013

Dhia Punya Ragam... terpaksalah jua.


Sebelum ni saya ada cerita pasal ragam Dhia yang suka berdodoi sayang sebelum tido kan dan layan lagilah ragam dia masa tu. Tapi start semalam saya memang dah tak larat nak melayan dia camtu terutama di waktu siang hari. Adoii memang tak dapat buat keje saya ni. Time dia dah tido kejap tu, tang tu jugak saya buat keje umah.. tang tu juga masak, basuh jemur kain. Tapi belum pun sempat siapkan semua tu, dah terkejut dia. Tak sampai setengah jam pun tidurnya. Mana mahunya dia tido lama-lama siang hari dengan  gangguan bising dari big brother dia lagi kan. Bila angkat, dodoikan di riba kejap sampai dia lena, letak semula atas tilam.... 10 ke 15 minit lepas tu... huwaaa.. dhia dah terkejut semula. Haisshhh memang penat nak layan. Kalau sebelum ni abahnya cuti takpelah, semua keje umah abahnya buatkan tapi ni dah abahnya masuk keje dah, siapa lagi nak nolong...takkan nak tunggu abahnya balik pulak buatkan semua tu. Hamboih melampau tu namanya. 

Langkah pertama, guna baby rockers yang abang Adam punya tapi ini baby rockers versi dolu2 punya.. bukan paten yang skang yang canggih siap mainan tu. Hehe.. Belum beli lagi dan tak tahulah nak beli ke idak sebab dah ada yang ni kan. Buat ape nak membazir.. (^_^)
v
v
v
Letak atas ni pun... lagi parah.. Saya dodoikan dulu di riba.. tengok dia dah lena baru letak atas ni. Kononnya ingat lamalah dia tidor kan.. Sekali dia bunyik daaa... Tak sampai 10 minit kot duk atas ni. Banyak kali cubalah semalam letak angkat letak angkat tapi memang dia tak tido lena pun. Tak selesa ler tu kononnya kan. Manja betul dak Dhia ni erk.. Lam gambor ni nampak je cam lena tapi hakikatnya tak lena mana pun. Gambor ni saya ambik masa minit terawal letak dia atas ni.
Gaya Dhia tidor camgitulah.. tangan yeay..merdeka.. dua2 terangkat ke atas dekat telinga. Tahan bunyi bising agaknya. Abang adam pun sibuk nak posing jugak.. Abang yang kuat mengacau adiknya.. Ekceli dia sangatlah tidak sabar tunggu adik dia besar.

Memandangkan langkah pertama tak berapa nak jalan... so, hari ini mencubalah pulak langkah kedua iaitu buaian... Huhu.. Akhirnya kan.. Terpaksa jua saya ajar Dhia berbuai bagai. Nasib baik buai ni memang dah ada, beli masa abang Adam dulu kononnya nak bagi adam tido buai tapi adam tak tido pun buai. Adam punya ragam, letak dalam buai dia nangis dan tido tak lena berbanding dengan tido atas tilam lagi dia lena. Sudahnya buai  tu tersimpan rapi dalam stor dan ni baru nak guna semula setelah 4 tahun berlalu.. 
v
v
v
Wah!! Itu dia kan.. Lena je Dhia tido dan memang lena pun. Lama dia tido bila letak dalam buai ni dan saya boleh buat keje umah tanpa perlu lagi terkejar-kejar. Pandai pulak tu Dhia ni, mula-mula letak dalam buai.. dia boleh senyum... hahaa..pastu dia tido elok jer. Tapi bila malamnya pulak lepas magrib, saya letaklah dia dalam buai kononnya nak bagi dia lena dulu baru angkat letak atas tilam tapi tak mahu pulak dia. Last-last dodoi di riba kejap baru letak atas tilam. Wah sudah tahu bezakan waktu siang dan malam ke budak ni? Hihik.. Memang plan cmtu pun sebenarnya, siang hari tido buai.. malam tido bawah dengan ibu. Akhirnya.. terpaksa jua saya ajarkan Dhia buai dan dah memang Dhia demand nak berbuai kan cuma ibu dia je yang buat-buat tak paham kan sebelum ni... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute