Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 12 November 2013

Dhia tidur nak pegang mainan


Kesukaan terbaru dia. Tidur mesti nak kena bagi pegang mainan dia baru boleh pejam mata. 

Adam Belajar Melukis


Adam memang suka melukis. Hari-hari dia suka melukis.. Dia akan ambil kertas A4 dan mulalah merapu melukis...yang banyak dia lukis otomen dan raksasa.. Walau tak berapa cun lukisannya tu tapi tetap kena cakap cantek lukisan adam..hihi..

 Terjumpa buku ini masa berkunjung ke library bulan lepas.. terus saya pinjam untuk adam.
 Menjadilah jugak walau tak berapa nak cun sangat lukisnya tu.. Adam ikut step by step cara lukis kat dalam buku tu.. Lukis peguin, ikan..lembu..
melukis sambil meniarap kau... ok lah tu untuk budak 4 tahun melukis camgitu hasilnya. boleh diasah dan dilatih lagi..

~Red Velvet Cupcake~


Semalam telah berjaya ngetest resepi baru yang diambil dari satu blog yang sudi share resepi dan step buat red velvet nih.. Sudah lama teringin nak buat red velvet dan semalam baru berkeyakinan nak test buat sendiri red velvet ni. Sangatlah happy bila buat terus menjadi.. Siap dapat pujian dari encik hubby dan adam.. So, red velvet ni pun dah jadi list open order saya lah.. hihi.. Jom jom siapa mahu order dengan saya.. (^_^)

Red velvet cupcake with cream cheese frosting
Tekstur dalamnya sangatlah gebu gebas dan lembut..saya suka versi ni.. Resepi yang pada awalnya saya takut nak cuba tapi bila cuba...tak sangka pula menjadi.. Alhamdulillah.. Resepinya saya ambil di sini.. blogger baik hati.

Orang tanya saya.. Mana belajar buat kek-kek tu semua? Saya sebenarnya banyak belajar dari internet..google resepi dan cuba buat sendiri. Kadang tu, pertama kali buat ada yang menjadi dan kadang tu dua tiga kali buat baru menjadi. Saya minat mencuba dan cuba je yakinkan diri yang saya boleh buat. Tak menjadi...saya akan ulang buat lagi. Pentingnya bila sudah tahu teknik yang betul cara buat dan bakar kek..pantang-pantang dalam buat kek.. Saya dapat info tu pun dari internet. Sangatlah berterimakasih kepada blogger-blogger yang sudi kongsi resepi kat blog mereka dan ada pula yang share step by step. Kalau dulu saya tak tahu pun yang saya ada sedikit bakat dalam buat kek ni..ingatkan tangan keras..tapi bila dah banyak kali cuba..belajar itu ini...timbul pulak minat yang mendalam, itu yang jadi semakin rajin nak cuba resepi itu ini. Tapi bab kek jelah saya suka..lauk pauk hampeh saya tak pandai sangat.. Haha... InshaAllah satu hari nanti saya nak join kelas mendeco kek pulak..untuk menambah ilmu demi mencapai impian saya. Doakan yang baik-baik untuk saya yer... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute