Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 29 August 2015

6 Cara diy sendiri mainan anak : Aktiviti anak 2-3 tahun

"Habislah bilik anak macam tadika". Saya tak kisah sebenarnya bila ada berkata begitu kerana saya suka dan anak-anak pun suka. Saya bersyukur diberi peluang dan kesempatan untuk saya buat pelbagai aktiviti homeschooling dengan anak-anak. 

Bila dapat diy sendiri mainan belajar anak, Masya Allah... kepuasan yang dapat tu sukar digambarkan.. saya seronok bila tengok anak anak seronok dapat bermain macam macam jenis mainan yang tidak hanya bergantung kepada mainan yang siap dibeli dari kedai sahaja.

1) Fishing games
saya guna kain felt dan gunting bentuk ikan, tebuk lubang dan letakkan klip besi berwarna. Kayu pancing tu pula saya guna batang belon (kat kedai mr.diy ada jual), kemudian ikat magnet (saya guna magnet hiasan) dengan tali pada batang belon tu.
Permainan ni boleh merangsang kemahiran motor halus anak, daya tumpuan anak dan juga memupuk sikap sabar dalam diri anak.

2) lacing activity
Guna lebihan kain felt dan buat lubang di tengah. Guna reben dan jahit butang pada hujung reben tu. Caranya, anak akan masukkan kepingan kain felt tu melalui butang pada reben tu..  ini sesuai untuk fine motor skill anak.

3) Diy fur balls dan roll untuk transfer activity.
saya cuma tambah tissue roll tu pada tupperware lama. Buat camni supaya senang anak nak main. Fur ball tu beli kat mr. Diy rm2.90.

4) colourful pop-sticks dan pinggan polestrin.
yang ni sangat jimat. Pinggan polestrin guna yang dah ada kat rumah, lebihan buat jamuan. Pop- sticks tu murah je. 

5) Balang kaca dan sticks berwarna.
bermodalkan dua barang, diy jadi bahan mainan anak. Sticks comel rm2.39 dan balang kaca tu rm3.90 dibeli kat kedai mr.diy.

Belajar sambil bermain. Inilah salah satu cara untuk melatih fine motor skill anak.

6) lego screw. Match it
beli kat mr.diy juga.. murah je ni. Rm9.90.

Thursday, 27 August 2015

Roti cheese salut telur sedap


Menu sarapan kegemaran adam. Anak-anak kalau dah bangun pagi mesti tanya pasal makan dulu. Ibu masak apa? Kadang buntu saya ni fikir menu sarapan. Saya ni kalau masak sarapan lebih suka yang ringkas je. Kadang tu pergi beli je bila malas. Tahun depan adam naik darjah 1 memang lagi kena rajin masak sarapan dan buat bekal.. sekarang ni pun dul kumpul resepi je. Hihi.

Bila dapat resepi roti yang mudah ni.. apahai cukup mudah kerja. Semalam saya baru buat roti ni. Oh.. sungguh sedap dan yang penting anak suka. Siap suruh buatkan pulak malamnya. :)
bahan bahannya : roti keping , slice cheese, telur dan sedikit marjerin.
Roti tu buang tepinya. Letak cheese di tengah. Buat macam sandwich. Saya potong 4. Lepas tu celup dalam telur. Saya guna sebiji telur je untuk 2 set sandwich ni, bila potong dapat 8. goreng dengan marjerin yang sedikit je.. 

Haa...cukup mudah dan sedap sangat. Orang lain dah lama buat, saya baru buat. Tapi serius nak beritahu menu ni ringkas, mudah disediakan dan sedap.  :)

Wednesday, 26 August 2015

Dekorasi bilik belajar anak : bilik anak dah macam tadika...


Bilik adam belajar itu jugalah bilik tidur dia. Pening juga saya nak susun atur dengan bilik yang kecil ni. Duk rumah kuartes ni tak bolehlah bersungguh sangat nak deko. Saya memang berangan nak adakan satu bilik khas untuk belajar dan membaca sahaja. 

 Hari ini saya labelkan semua barang atas rak dalam bilik adam. Bila sudah label tu, rasa mudah sikit nak mencari dan anak-anak pun boleh cari sendiri je. Alhamdulillah, diorang ni lepas bermain tu rajin juga la simpan semula. Kalau tidak... ibu boleh menjelma jadi singa. :)


Nampak macam banyak sangat barangnya kan. Tak reti dah nak susun..hihi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute