Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 9 July 2015

Melatih kemahiran berfikir : Cipta perkataan


Berdepan dengan cabaran pendidikan masa kini.. anak-anak perlu untuk punya kemahiran berfikir aras yang tinggi supaya mudah untuk faham apa yang cikgu ajarkan.
Aktiviti ini pun boleh dikira sebagai melatih kemahiran berfikir lah kan..hihi.. :)
Ini bahannya untuk aktiviti cipta perkataan ni. Satu kertas saiz A4 yang ditulis huruf berterabur.
Dah siap lekatkan pada bekas potato. Inilah jadinya.. setiap baris huruf tu ada perkatan yang boleh dibuat.. 
Menguji si Adam pulak cipta perkataan pulak.. Saya bagi contoh untuk baris pertama je..

Hasil Adam cipta perkataan dari setiap baris huruf yang berterabur tu.
Alhamdulillah.

Seronoknya belajar matematik : Kenali bentuk 2D dan 3D


Semalam saya ajarkan Adam mengenai topik bentuk.


Saya buatkan bentuk-bentuk 3D daripada kad manila supaya lebih mudah anak faham dan dapat tengok bentuk tu. Ini kalau sebut je jenis-jenis bentuk tu... dia macam tak boleh bayangkan bentuk tu ada berapa bucu, ada berapa permukaan rata.. Setakat ni, kalau bentuk 2D yang segiempat sama dan seangkatannya tu, dia fahamlah.. Ini kalau sebut bentuk piramid, kon, silinder tu... pening dia nak jawaab soalan dalam buku latihan ada berapa permukaan, sisi dan bucu. Bila buat bentuk macam ini... dia boleh pegang dan kira sendiri.... nampak lebih mudah lah dia nak ingat dan faham. Silinder tu tak sempurna kejadiannya..haha.... ibu dah penat dah masa tu.. nanti la ibu tutup dengan kertas ikut bentuk bulat atas tu. :)

Monday, 6 July 2015

Mari belajar bina ayat : Aktiviti B.Malaysia


B.malaysia kena banyak menulis dan itulah yang buatkan si adam ni tak berapa nak buat latihan buku bm yang saya beli hari tu. Dia malas nak menulis panjang. Lagi satu kan.. saya pun stress bila dia tulis tu jenis macam nak bagi perfect je tulisan. Kalau satu huruf salah tulis tak cantik pun nak padam. Haishh jenuh juga camtu tu. Saya pula kena sabar dan beritahu dia supaya perlahan-lahan latih tulisan tu jadi cantik..jangan cepat nak bagi sempurna tang tu jugak. Yelah kan.pada saya dah cantik dah dia tulis dan boleh faham dah..tapi bagi dia..tak.. emm.. yang peliknya tu masa tulis bm je macam tu. Banyak cipta alasan...hihi.. 

Saya tak tahu nak latih dia bina ayat macamana. Bukan adam tak boleh fikir pun cuma dia tak pandai lagi nak susun ayat kan. Itu yang saya buat sedikit alternatif pilihan perkataan yang boleh dipilih untuk bantu dia belajar bina ayat tu.
saya tulis kat kertas dan letak terabur... bagi dia pilih dan bina sendiri.
Tengah pilih dan bina ayat. Dia dah boleh faham dah macamana nak buat ayat tapi....... malas sikit nak menulis tu. Pening pulak ibu ni haa nak cari tips supaya dia suka bm dan rajin nak menulis ayat yang panjang tu. "bahasa malaysia ni kena tulis je..penat la adam, matematik lagi seronok." Amboi alasan.. dia tahu nak jawab soalan bm tu tapi dia malas je nak menulis kat buku tu. Emm.. nak kena latih lagi dan buat banyak aktiviti belajar sambil menulis kot ni baru dia suka dan rajin nak tulis menulis perkataan yang banyak. :)

Sunday, 5 July 2015

Doa untuk rawatan demam



Selain daripada berikan ubat, rawatan dengan cara ini pun mujarab juga. Insha Allah.. saya dah cuba kat anak.. baca doa tu pada segelas air dan beri anak minum.. Alhamdulillah banyak perubahannya dan lepas ni kena amalkan selalu. 

Saya juga dah cuba kaedah tradisional :

1) untuk selsema dan batuk iaitu tenyeh kunyit hidup pada batang hidung anak dan guna bawang putih yang dibakar, kemudian campurkan dalam minyak zaitun ataupun minyak masak pun boleh.. sapu pada dada anak dan tapak kaki. Insha Allah, dengan izin-NYA... selsema anak boleh reda.

2) stokin bawang. Saya dah cuba yang ni... letak hirisan bawang besar pada tapak kaki anak dan pakaikan stokin. Fungsinya bawang boleh menarik haba dari badan.

Ajar anak tentang deria rasa : Masam, masin, manis, pahit


Semalam saya buatkan aktiviti ni kat Adam. Oleh sebab dia selalu tertukar garam tu katanya masam... hihi.. saya pun bagilah dia rasa betul-betul supaya lebih masuk dalam kotak minda dia tu apa rasa semua tu sebenarnya... jangan duk main teka je.. :)

 5 bahan je yang ada... Serbuk koko, limau nipis, gula, cuka makan dan garam.

 Uji rasa gitu kan... mudah sikit nak ingat.. ini kalau buat latihan dalam buku, asyik main teka dan agak-agak je jawapan. :)

Hasil jawapannya. 
"oo Adam ingat garam tu rasa masam... masin rupanya, adam tertukarlah", kata Adam.. hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute