Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 18 February 2012

Kecik lagi tapi dah panjang tangan??


Apa khabar semua warga blogger.

Pernah dengar tak atau terjumpa tak kisah spt entri kat atas. Risau kan. Saya ni sebagai ibu sangat risau dan bimbang. Itulah cabaran dalam nak membesar kan anak-anak, macam2 perlu dihadapi dan akan cuba diatasi dengan baik. Risau sebab kita tak tahu apa lah cabaran kite di masa depan kan dalam mendidik anak-anak ni. Saya sentiasa berdoa semoga perkara begini tidak berlaku terhadap saya. 

Saya sekadar ingin berkongsi dan bertanya pendapat. Ada makcik kedai kat area umah saya nie bercerita yang ade sorang budak baru sek rendah minum air kotak diam-diam di sebalik peti dalam kedainya dan dengan selamba tak bayar. 2x makcik tu dapat tangkap tapi tetap jugak buat. Mungkin kah dah jadi hobi dia agaknya. Sungguh risau. kenapa agaknya budak-budak panjang tangan? Adakah kerana terbiasa bila dah kali pertama cuba tak tertangkap lepas tu jadi seronok? Atau adakah kerana pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh cerita Tv ke atau kawan-kawan pun mungkinlah kan sebab nak tunjuk berduit dnegan kawan-kawan kot. Emm..sangat mencabar kalau berdepan dengan masalah anak begini. Dan ada jugak kisah anak dia baru darjah satu dah pandai amik duit dia senyap-senyap. Check dalam beg jumpa duit banyak baru budak tu bagitahu mane datang duit tu. 

Saya pun google lah nak tahu tips-tips camane nak elak anak panjang tangan atau nak ajar anak-anak yg panjang tangan nie. So, daripada sumber-sumber tertentu. Antaranya ialah :

* Perkara pertama perlu dibuat sebagai ibu bapa mesti hukum anak tu. Hukuman yang kaw kaw punye cam rotan ke supaya anak-anak tu beringat.

* Dan sebelum denda, perlu  nasihat supaya anak-anak faham bahawa itu adalah kesalahan yang sangat besar.

* Dan lagi satu, jangan terlalu membiarkan anak-anak bermain dengan beg duit kita atau menyuruh mereka ambil sendiri duit dari beg kita. 

* Soal pengaruh kawan juga perlu diambil tahu, mesti selidik siapa kawan anak-anak.  

* Brain wash anak setiap hari dan suruh anak baca Al-Quran supaya bersih hatinya.

* Tunjuk gambar atau cerita kisah padah dan azab siksa orang yang panjang tangan.

* Kita sebagai ibu bapa juga perlu banyak berdoa pada Allah S.W.T supaya anak-anak menjadi anak yang baik, taat, soleh dan solehah. Amin.

Sini ade banyak doa untuk anak2. Jom tengok


p/s : Saya pun sedang belajar dan sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang baik tingkah dan akhlaknya. Amin.




Pic Ihsan dari pokcik google

Wah.. Dah ade blog ke??



Salam petang sabtu semua. Apa aktiviti korang cuti weekend? Saya melepak aje di rumah. Hehe.. Emm.. Ade seorang kawan tanya saya : Wah, dah ada blog ye. Saya kata baru je jatuh cinta dengana dunia blogging. Hehe.. Segan saya nak jawab. Sebab saya baru je berblog. Sebab ape erk saya berblogging?? Huhu. 

Ekceli, mulanye saje je suka-suka sebab senang sikit nak follow blog orang. Dan jugak nak tambah skill cmne nk create blog and design blog kan walau blog saya tak lah secantik blog org lain. Hehe.. Encik hubby saya ada gak tegur, katanye blog cerita peribadi nie jarang org nak baca. Hehe.. Takpelah kan, sebab saya suke menulis. Suke share resepi yang berjaya saya cuba kat sini. Nak tambah kenalan pun ya jugak. So, tak salah rasanye nak jugak ade blog sendiri kan disamping boleh lah tambah income menabung tu. Wah berangan tau. Hehe. Yang tu saya tak brp pasti lah cmne org boleh dapat ribu riban dr blog. Hehe.. Pada saya, menulis ni pun bagus untuk kurangkan stress. Bila menulis walau ade merepek, ade semacam satu perasaan lega gitu.. Hehe.. Jadi berblogging ni pun satu cara jugak nak hilangkan stress. Itu pada saya lah. Tak tahu lah pulak pada pandangan korang pulak kan. Hehe.. Ape-ape pun itu semua atas kite.... Janji kita happy. So, happy kan jelah dengan apa yang korang rasa boleh wat korang happy kan. Hehehe. :)








Kenapa ku masih disini

.
.

Untuk apa aku masih disini
kenapa aku masih disini
mengapa aku masih disini
kerana aku rasa aku perlu berada disini

ku korbankan seketika impianku
ku relakan hasratku diam membisu
ku biarkan ia kelu disitu
kerana aku rasa aku perlu begitu

Andai satu hari nanti kau mengerti impianku
Andai satu hari nanti kau memahami hasratku
Andai satu hari nanti kau mampu memahaminya
pasti aku kan gembira dan berterima kasih padamu

Namun tidak mengapa
aku masih disini kerana aku menyayangi
aku masih disini kerana aku mengasihi
demi sebuah tanggungjawab
semoga suatu hari nanti kau kan mengerti
moga segala yang ku korbankan, mampu kau menghargai

kerana itulah kenapa aku masih disini... disisimu.

Dari  Kotak Mindaku

Thursday, 16 February 2012

BLOGLIST PUTERI KASIH


Salam semua. Hehe.. Baca entri dlm Blog cantik tadi, tertarik pulak nak join jugak lah jadi bloglist puteri kasih ni. Tak salah kan untuk tambah kenalan. Hehe.




" SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH "

Faedah join bloglist puteri kasih :

* Dapat menjadi sahabat kepada seorang puteri yang sweet
* Hari-hari puteri akan singgah blog korang
* Puteri akan selitkan blog korang di entri-entri yang puteri publish ( bergilir yer)
* Puteri akan ping entri korang yang best-best ke dalam fanpage puterikasih.com.

Close Date : 21/2/2012

Jom ramai-ramai join.



Untuk yang bergelar isteri




Bertuahnya menjadi isteri...
.
.

1) "Sekali suami minum air yg disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun".

2) "Makanan yg disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah."

3) "Mandi junub isteri yg disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".

4) "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad".

5) "Pemeliharaan yg baik terhadap anak2 adalah menjadi benteng neraka, pandangan yg baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih ( zikir ) ".

6) "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yg siang dan malamnya mengembirakan suami".

7) "Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. ( hadis riwayat tarmizi)".

8) "Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yg fardhu ke atasnya, berpuasa pd bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kpd suaminya, maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yg ia suka". Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu 'TAAT'.


Pic dr pokcik google.

Sekadar berkongsi dari artikel yg di share di fesbuk.  Terbaca tadi. Jadi nak share kat sini pulak. Hehehe.. Sharing is caring. 

p/s untuk diri sendiri : Semoga ku dpt jadi isteri yg baik, penyejuk hati suamiku. Amin.




Sedap jugak...



Salam semua. Apa khabar? Hari ni lunch saya masak terung berlada. Resepi dari dapur sis diana dan kak ummi. Sedap jugak. Pedas dan masin manis nye secukup rasa. Kena ngan selera. Dimakan tika nasi panas2 lagi lah kaw..kaw.. Hehe.. Jom cuci mata ngan menu hari nie okey. 
.
.

close up sikit..hehehe
.
.

Resepi : Terung sambal tumbuk
Sumber : Dari dapur sis diana comel dan kak ummi

Terung - digoreng dalam minyak yang cetek
3 tangkai cili merah - buang biji*
4 biji bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 inci belacan dibakar * ditumbuk kasar
sedikit udang kering * (optional )
1 - 2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar air asam jawa 
6 tangkai cili padi << ku pakai 3 jer..hehehe
2 sudu besar gula
garam secukup rasa 4 sudu besar minyak utk tumis

>> Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masuk cili kisar
>> Masuk gula dan air asam jawa
>> masuk terung, garam dan cili padi. Masak hingga sedang2 empuk je baru sedap.



Wednesday, 15 February 2012

Marble Cake Lagi

.
.
Salam semua... Sihat ke? Dah makan belum? Semoga sihat semua yer.. Petang tadi sy teringin sungguh nak makan kek. Heehe.. So, buat jelah kek yg senang2 sikit kan. Kek marble...memang feberet sy. Suke main colour2 bila buat. Hehe.. kali ni sy buat versi tompok2 pulak. Cantik jugak.. cheewaah puji sendiri lak yer. Hehe.. Biasanya buat pelangi letak kat tengah2, tapi kali nie buat tompok2 pulak merata2kan adunan colour2 tu then last sekali amik lidi buat lorek2 sikit. Cam batik pulak jadi nye.. So, meh layan kek saya..Hehe.. 
.
.
.

.
.
chumell tak?? hehehe. ;)
.
.
.
.


.
.
Resepi boleh tengok entri lepas... sini yer. Selamat mencuba yer.



Just sharing...........tentang sesuatu..hehehe.

.
.
Salam semua. Idea menulis tengah datang nie..Hehe.. Just nak berkongsi sikit pengalaman sy bab penyusuan susu ibu. Sy sangat menyokong seratus peratus penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sebabnye, sy sendiri dah alami banyak kebaikan drpdnya. Anak sy memang tak nak susu formula. Dia lebih suka susu ibu. Dan alhamdulillah, sy berjaya menyusukannya sehingga umur dia 2 tahun 7 bulan. 

Saya ni bertubuh kecil tapi itu bukan menjadi penghalang utk sy berjaya dlm penyusuan susu ibu kepada anak sy. Mungkin sebab sy amalkan meminum Anmum Materna sepanjang kehamilan sy dahulu. Kadang ada ramai teman yg bertanya dan tidak percaya yg org bertubuh kecil seperti sy mampu menjayakan misi itu. Hehe.. Dan memang terbukti pun yg kecil atau besar badan seseorang ibu itu bukanlah ukuran kpd tahap penghasilan susu. Setiap ibu yg hamil terutama yg hamil anak sulung harus tanamkan semangat dan niat utk susukan bayi mereka dengan susu ibu setelah bersalin nanti. Dan sy rasa dengan banyak minum susu semasa kehamilan juga mampu menggalakkan penghasilan susu ibu. 
.
.
Antara kebaikan bfeeding secara eksklusif yg sy sendiri dapat melalui pengalaman sy :

1) anak jadi lebih rapat dengan kita
2) anak jarang diserang demam atau sakit terutama semasa injection bulanan
3) dia cepat belajar dan aktif
4) Si ibu juga dapat kekal langsing.. tapi sy nie mmg cmni dah, bukan langsing dh. sama je..hehe
.
.
Dan antara kebaikannya yang lain.. Copycat dari sini sharing is caring

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1.  Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi


  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)


  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan


  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif


  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan


Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu


  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi


  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa


  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi


  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.


Sekadar berkongsi..... Kepada mereka yang bakal menjadi ibu, teruskan usaha dan niat yang murni ini yer.

Bila dah gila ber blogger....



Salam semua. Ctayue hari ni malas sangat nak buat ape2 keje.. Hehe.. Sebab nye ctayue tengah gile mengedit di sini..Hehe. Blog kesayangan ctayue. Entah lah..... Suke ber blogger pulak skrg. Rasa happy dapat menulis dan jugak dpt kenal2 dgn blogger2 lain di dunia maya ni. Hehe.. Encik hubby tu duk jeling2 jer tengok ctayue bz ber blog. Hehe.. Sorry ye encik hubby.  :)

Memang kalau duk mengadap internet, jadi asyik jer.. Tup tup dah 2 jam rupenye.. Hihik.. Melampau tak? Kalau datang mood, memang camtu lah. Kalau dtg mood bz, tak online pun..Hehe.. Tapi yg menjadi rajin nye sebab Encik Hubby dah psg streamyx. Maka nye, syok semacam je lah ber internet bagai.. Hehe... 
.
.


Sanggup nya mereka....






Perhatikan gambar kt atas tu. Sanggupnya mereka jual daging yang entah camne disembelih nye. Memang tak halal la kan sebab lembu curi. Geram pulak. Macam2 manusia sekarang nie kan. Cmne pulak yg terbeli daging2 ni.. emmm...

Kes ni terjadi di phg. Anak beranak pulak tu wat keje nih. Dah takde cara lain agaknye nak cari duit halal.  Entah lah nak komen byk2 pun tak reti jugak. Nak baca seterusnya  sila refer di sini. Sekadar share. 

Coretan Rajin

Tuesday, 14 February 2012

Hadiah Tanpa Nama???



Salam semua.. Hari ni nak entri sikit pasal kisah nya penerimaan hadiah tanpa nama si pemberi. Huhu.. Misteri semacam aje kan. . 
.
.

Ini kisah seorang teman saya. Beberapa hari lepas, dia menerima hadiah yang hanya di letak kan di atas motor. Tanpa nama si pemberi. Yang peliknya, hadiah tu tertulis ucapan selamat pengantin baru walhal mereka dah lama pun kawen.. Misteri betul. Semacam pulak tu teks ucapan lam kertas A4 dlm hadiah tu.. Teman saya buang je hadiah tu sebabnya entah apa motif dan jugak siapa yang memberinya. Kalau saya pun, memang seram jugak nak terima pemberian yang entah dari siapa dan kenapa tanpa by hand jer bagi kan. Main letak2 camtu jer.. Kan ke misteri semacam je tu kan.. Kalau kalian pulak camne, tak rasa pelik ke?? hehehe...


Coretan Rajin

Monday, 13 February 2012

Rindu pulak....



Salam semua.. Ctayue hari nie tiba2 je dtg rasa rindu ms adam kecik2 lah..hehe.. Teringat kenangan2, kesukaran waktu nak lahirkan dia..Hehe.. 3 tahun lepas, Adam dilahirkan awal 3 weeks.. means 37 weeks dia dah nak kuar. hehe. 3 hari ditahan ward baru lah dpt lahirkan dia by operation at HTAA, Kuantan @ 05/03/09. Berat pun 2.2kg. Masa tu abah dia study kt ITAS, Kedah. Kelam kabut abah dia balik.. hehe.. dan sy pulak sempat lagi mintak tart telur.. hajat mengidam yg dah lama tapi last2 minit baru dpt makan..hehe. makan sebijik je, lebih2 bagi kt akak katil sebelah. dah sakit sgt masa tu. Actually, terawal sebab terminum selusuh awal.. dan akibatnya... jalan tak terbuka. sakit je yg teramat sangat. Itulah pengalaman sy.. dan lepas nie tak mau dah minum selusuh2 ni awal sebelum sakitnye dtg. Rindu sebab rasa macam kejap je... tup tup dia dah nak 3 tahun beberapa minggu lagi. hehe. Seronok tgk perkembangan dia. Cuma dia tu payah sikit nak naik berat. Hehe.. agaknya ikut cam ibu dia yang kecik molek je nih. hehe. So, this pic2 my beloved son.
.
.
.
Waktu dia 3 weeks rasanye ni
.
.


.
.
Time dia dah pandai niarap, 4 month
.
.

 .
.
time dia boleh merangkak 6 month, pandai jalan 10 month
.
.
 .
.
Now, 3 years old, kejap jer dah besar, next year dah leh sekolah dah..hehe..
.
.

  Saje je ingin abadikan kenangan2 masa kecilnya dalam blog kesayanganku ini.. Menjadi seorang ibu dan isteri sesungguhnya sangat menuntut banyak kesabaran.. Melayan karenah anak2 yang hari2 berubah macam2 ragam, memang teruji jugak kesabaran.. Itulah cabaran seorang ibu. Sebagaimana ibu kita juga yang bersusah payah mendidik kita sewaktu kita kecil dulu.. Sekarang, baru kita tahu... Hehe.. Thanks to my mum.. 


.
ni mak saya..hehe
.
.





Coretan Rajin



Sunday, 12 February 2012

Muffin Coklat- 1st Try







Salam semua.. Semalam buat muffin. Saje rasa nak try buat muffin pulak. Hehe. Best jugak cuma tak tambah choco chips sebab stok dah habis, malas g kedai. So, inilah hasilnye..
.
.
.







Resepi : Muffin Coklat

Bahan A ( diayak bersama) :

2 cwn tepung gandum
2sudu besar serbuk koko
1 1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat

Bahan B (gaulrata satu bekas) :

2 biji telur (pukul dgn garfu)
1 cwn gula halus/perang
1 cwn minyak/butter cair
1 cwn susu cair/segar - ku pakai susu segar coklat
secubit garam

hiasan : choco chips (ku letak choc bar kat tengah2..hehe)

>> Ayak bahan A
>> Satukan B dlm satu bekas dan kacau rata.
>> Satukan A dan B. Kacau rata
>> Sudukan masuk dalam papercup. Tabur choc chips
>> Bakar selama 20min hingga 30min suhu 170c



Coretan Rajin

Suka Dengar Muzik Yuna.. Santai

.
.
.
Saya nie salah seorang peminat Yuna. Sangat suka dan teruja dengan setiap lagu2 nya yang bersahaja tapi sedap di dengar.. Yang paling sy suka lagu Yuna, Penakut..hehe.. Tapi sayang kan, masa AJL tak menang.. but its Ok, Yuna tetap the best di mata kami. Hehehe. Ini single terbaru Yuna. Best dan lirik nye pun best. I dedicated this song to my beloved son.. Adam Akmal..
.
.
.


Coretan Rajin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute