Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 27 June 2015

Koleksi Lego Abang Adam


Sejak tahun lepas... Adam ada satu hobi baru iaitu mengumpul lego. alaa bukan lego yang mahal tu, lego yang cap ayam jer.. Tapi okay jelah.. Boleh dikatakan setiap bulan hari gaji abahnya, pasti ada je yang baru.. Mujurlah lego tu harga tu yang belas ringgit dan ada yang bawah sepuluh ringgit jer. Bila tengok semakin bertambah koleksi dia tu kan, rasa comel jer... itu yang ibu dan abah melayan jer, maklumlah tumpang sekaki jugak. Masa kecil tak dapat sangat beli benda camgitu kan. hahaha.. :)

Antara sebab lain yang menjadikan koleksi dia semakin bertambah tu sebab kami suka jadikan lego tu sebagai habuan kalau dia berjaya buat sesuatu yang baik. Kadang suka cakap, "Adam kalau nak lego, adam kenalah perangai baik-baik, sekolah kena rajin". "Kalau abang Adam berjaya tidur bilik sendiri, abah belikan lego". Haaa... kan kena beli lagi tu sebab dia dah berjaya tidur bilik sendiri dah kan. :)

 Diy akuarium lama jadikan tempat letak lego abang Adam. Dah jadi tiga tingkat dah.. tak muat, ibu beli pulak rak hitam sebelah tu buat letak kotak dan lego lain.

 Lego ni ada yang dibeli kat kedai dua ringgit. Yang bawah tu semua beli kat kedai dua ringgit.. comel je kan walaupun bukan yang mahal tu. bezanya kualiti jelah, macam yang ni mudah cabut sikitlah kalau ganas sangat. Tapi abang Adam beli bukan buat main pun, dia lebih kepada minat mengumpul... dia suka tengok tersusun. Itu semua dia yang susun sendiri.. Ibu hanya sediakan idea tingkat-tingkat tu je. :)

 Papan letak lego ni beli kat kedai Happy Home. Rm7++ tak silap saya. Pernah tanya kat mall RM25 satu papan tu.. biasalah saya, survey dulu.. sekali jumpa kat happy Home papan tu.. Memang cun lah kan..

 Adam cakap ada lagi 2 koleksi yang belum dia ada untuk star wars ni.. Nampak... haa bulan depan kena standby lagi la tu gayanya. hahaha


Alamak!! kenapa mata abang adam makin sepet.. abaikan yer.. mata dia memang camgitu. :)


Sebenarnya kan, masa awal-awal belikan lego ni dulu.. berterabur jugak tau sebab dia letak dalam tupperware camtu je. Saya mula nampak yang dia suka kumpul ni bila beli je dia duk simpan dalam tupperware. Memang berterabur lah dalam satu bekas tu. Itu yang saya pun buatkanlah satu sudut khas untuk dia letak koleksi dia tu kat ruangtamu rumah ni. Kebetulan teringat pulak akuarium lama abah dia, terus DIY buat tempat lego... asalnya letak polestrin putih je jadikan alas... bila dah jumpa yang sesuai, tu yang upgrade jadi comel sikit tu. 

Nota : Terima kasih buat Abah kerana suka melayan Adam.. setiap kali gaji, mesti belikan lego. Kalau pergi outstation pun, ada je lego dibelikan.. banyak jugak kot abah berhabis untuk koleksi abang adam ni... hihi. Terima kasih Abah.. walaupun abah garang tapi abah baik tau Adam.. Adam kena ingat tu.. Abah tegas dan marah abah kat Adam tu bersebab!! Semoga Adam membesar dengan sihat dan berjaya sentiasa.

Sorting numbers and built it up


Saya baru kenal kedai Mr. Diy masa balik kampung cuti sekolah yang lepas tu. wah macam-macam barang ada kat Mr. Diy yang buat mata saya juling nak pilih.. banyak juga saya berhabis masa singgah di Mr. Diy Kuantan tu.. Bila Mr. Diy dah buka kat Jerteh ni... lagilah seronok saya. Hihi.

Saya beli tu je.. tapi pelbagai guna.. itu yang best. boleh buat macam-macam aktiviti.
Aktiviti : berkreatif dengan lego yang dibeli di Mr.Diy.. RM11.90. 
Adam buat gajah, bot, kincir angin dan robot. aktiviti ni dibuat masa kat kampung waktu cuti sekolah Mei tu.. hihi. dah lama peram baru boleh update kat sini.. :)
Aktiviti : Sorting numbers 0-9.
Number block tu pun berbaloi beli. RM6.50 tetapi nanti boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain. Dhia boleh sorting dengan baik...Alhamdulillah.. lagipun number tu pelbagai warna memang boleh menarik minat anak.

Friday, 26 June 2015

Aktiviti : sorting colour dengan pom pom ball


Ada orang cakap saya rajin.. ada orang tanya saya mana dapat idea.. ada orang juga yang kata saya nak menunjuk-nunjuk.. Susah kan bila fikir orang ni.. biasalah dalam hidup ni ada yang suka dan yang tak suka dengan apa yang kita buat. Niat saya cuma ingin berkongsi dengan orang... betapa seronoknya homeschooling ni. Tidak semestinya ibu yang fulltime duk rumah je boleh buat homescholing dengan anak, tetapi ibu yang berkerjaya pun boleh, Saya banyak dapat ilham dan inspirasi daripada homescholer mom yang lain juga. Sungguh.... sebenarnya memang ramai  ibu-ibu yang lagi rajin dan lagi kreatif. Saya banyak belajar daripada mereka dan kerana itu saya semakin seronok buat pelbagai aktiviti dengan anak-anak hasil daripada perkongsian mereka yang memberikan banyak inspirasi kepada saya dan saya juga suka jika saya pun boleh memberikan inspirasi kepada orang. Seronoknya sebenarnya belajar di rumah dengan anak-anak...

Di sini saya nak kongsi satu aktiviti ringkas dan santai.. Memang berbaloi beli pom pom tu, macam-macam boleh buat.. 
Saya tak pandai lukis... menjadilah tu kot caterpillar saya..
Dhia susun pom pom ikut pada warna.. pening jugak dhia nak letak tu. hihi
Yang ini pulak pom pom ball + muffin tray + sudu + penyepit baju.
Sorting colour activity. Dhia tak berapa mahir lagi guna penyepit kayu... kalau guna sudu, laju je dia letak. Takpe nak, nanti belajar lagi yer. tangan dia tak kuat lagi kot nak tekan penyepit tu dengan betul..nanti ibu bantu lagi ye. Kita banyakkan lagi aktiviti guna sepit baju pulak.. haha.. nanti jangan awak sepit mulut awak sudah bila dah pandai...
Saya tak tahu ini aktiviti apa namanya. tapi memang salah satu aktiviti yang boleh develop fine motor skill anak. Saya guna paku tekan kalerful yang saya beli kat kedai ECO RM2 je dan polestrin.. Seronok si Dhia duk main tekan tekan paku tu ke dalam polestrin.... tapi saya ada di sebelahnya masa aktiviti dibuat. Paku tu kan tajam... kena pantau.


Apa itu homeschooling? Belajar di rumah....pembelajaran yang bermula di rumah. Sebenarnya anak saya bersekolah juga di tadika, cuma di rumah pun saya buat aktiviti belajar supaya dia lebih jadi minat untuk belajar. Tidak semua perkara kita boleh harapkan dan serahkan 100% tugas mengajar kepada cikgu sekolah anak supaya anak jadi pandai.. pada saya, dengan memberikan pendedahan awal kepada anak dan melatih anak-anak dengan kemahiran-kemahiran awal yang tertentu, ini dapat memudahkan tugas seorang guru untuk mengajar anak kita dan anak kita pun akan lebih mudah untuk menerima apa yang dia bakal belajar di sekolah. Mudah-mudahan begitulah hendaknya anak-anak saya nanti dan anak-anak kita semua. Berdebar tunggu Adam naik darjah satu pada tahun depan. Bagaimanalah dia nanti? bagaimana cara belajar darjah satu nanti? itu semua saya dah mula ambil tahu... KBAT dan KSSR... saya pun tak berapa nak jelas lagi tu. Sistem sekolah sekarang tak sama macam sistem sekolah zaman ibu, ibu cuma dapat doakan semoga anak ibu boleh belajar dengan baik nanti.

Aktiviti anak 2 tahun : Transfer acitivity


Transfer activity sangat bagus dalam merangsang kemahiran motor halus anak-anak. Ini saya buatkan aktiviti satu tranfer kering dan satu lagi guna cecair. 

Saya menggunakan pom pom ball yang dibeli di kedai Mr.Diy + botol air mineral + sudu + bekas ais yang tak digunakan. Seingat saya dalam RM2.60 satu paket. Sebenarnya macam-macam boleh buat dengan pom pom ball tu.. boleh diguna untuk sorting colour dan juga sebagai alat bantuan untuk mengira.
Ini pula tranfer dalam bentuk cecair. Senduk pun boleh je guna.. mudah je kan tu, guna saja apa yang dirasakan sesuai dan selamat untuk anak beraktiviti tanpa perlu fikirkan modal yang besar. :)

Selepas saya duk ajar dia tranfer cecair ni kan.. dhia dah pandai tuang air dari jug ke cawan dia sendiri.. haha.. kadang tu berebut dia nak tuang sendiri dan tak bagi saya tolong..

Tips asingkan tempat tidur anak


Alhamdulillah.. misi saya untuk asingkan tempat tidur adam akhirnya berjaya. Target saya memang nak ajarkan dia tidur bilik lain sebelum dia berumur 7 tahun. Pertengahan tahun inilah baru saya ada kekuatan untuk biarkan dia tidur di dalam bilik dia sendiri. Syukur.... dipermudahkan dan tidak banyak ragam. Dalam masa 3 hari... dia dah berjaya atasi cabaran itu.

Hari pertama (23/06/15) ~ Adam terkejut dari tidur jam 2 pagi dan menangis minta izin nak tidur sekali sebelah saya. Okaylah.. saya izinkan memandangkan hari pertama dia belajar tidur berasingan.

hari kedua (24/06/15) ~ Adam terkejut dari tidur jam 4 pagi, kejutkan saya dan minta temankan dia tidur di dalam biliknya semula. Maka, abah Adam lah yang bangun temankan Adam sekejap sehinggalah Adam lena tidur semula sampai ke subuh.

Hari ketiga (25/06/15) ~ Misi akhirnya berjaya... Adam tak terkejut lagi dah tidur.. dia tidur dengan baik di dalam bilik dia sendiri... tahniah anak ibu..ibu bangga dengan kamu.

Sebenarnya taklah susah untuk ajar asingkan tempat tidur anak. Sedikit tips dan cara yang kami boleh kongsikan ialah :
- banyakkan psiko anak.. hihi.. maksudnya kenalah bercerita kenapa dan mengapa dia kena tidur bilik lain tu dengan baik.. 
- tidak terlalu memaksa anak untuk tidur terus dalam biliknya. saya biarkan je dia tidur dulu di depan tv... lepas tu, abahnya akan angkat masuk ke dalam bilik dia. 
- belikan lampu tidur baru, cadar baru atau selimut yang baru untuk anak supaya dia rasa seronok. kalau boleh mintakan anak pilih sendiri... macam Adam, abahnya suruh dia pilih sendiri lampu tidur yang baru..
- akhir sekali...janjikan sesuatu sekiranya dia berjaya tidur di dalam bilik dia sendiri.. macam Adam, abahnya janji nak belikan lego.. dah banyak sebenanrnya koleksi lego adam tu. hihi. nanti kena story bab hobi dia sekarang iaitu suka kumpul lego. bukan lego yg mahal tu, lego biasa-biasa je..hihi. :)


Terima kasih buat abah Adam atas usaha keras beliau yang menjadikan misi ini berjaya. Rasanya kalau tanpa Abah Adam, takkan berjaya misi ni sebab Abahnya lagi pandai memujuk anak dengan kata-kata manis dan ayat yang power..haha.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute