1 2 3............ fuhh fuhh fuhh..
Lovely Followers
Friday, 5 April 2013
Art&Craft : Corak dia sendiri
Label:
Adam Homeschool,
art craft
Hok aloh.. keciknya perut dia....
Thursday, 4 April 2013
Apakah?
Label:
cite aku
Aktiviti : Hot or Cold
Tool ni saya download dan print kat SINI. Dalam 5 helai je printnya.. Hihik..
Bahan-bahan lain, satu file folder. Saya beli yang jenis kaler coklat tu yang 20 sen jer satu..(^_^)
Dah siap print, bergotong-royong dengan adam menggunting dan tampal di folder tu.
Siap dan dah boleh bagi Adam main games ni. Untuk gambar-gambar tu, saya tampalkan dulu di kad manila, kemudian baru gunting. Kalau buat camtu lebih elok sikit sebab jadi tebal kan.
Label:
Adam Homeschool,
dia dah sekolah
Wednesday, 3 April 2013
Activity : Cutting Practice
Saya sediakan kertas-kertas A4 terpakai dan buatkan garisan-garisan yang sesuai untuk dia belajar menggunting kertas tu.
Mula nak gunting.. wah dia punya mulut pun muncung tanda syoknya belajar menggunting.
Label:
Adam Homeschool,
dia dah sekolah
Tuesday, 2 April 2013
~Buku Baru~
Ini haaa.... buku baru kat dia. Satu jer beli sebab apa yang dicari takde. (^_^)
Sesuailah kot untuk dia tengok-tengok sambil baca. Takdelah dia bosan sangat nak belajar baca ayat dan perkataan bila ada buku lain dan boleh jugalah dia ulangkaji. Barulah boleh tengok samada dia menghafal atau tidak perkataan. Yelah kadang tu kan, abah adam selalu ingat Adam hafal ayat-ayat yang dia baca dalam buku Bacalah Anakku tu.
Label:
Adam Homeschool,
buku,
cite anak ku,
dia dah sekolah
Fonik vs Sukukata?
Label:
Adam Homeschool,
cite anak ku
Monday, 1 April 2013
Permainan Bahasa ~ Puzzle
Saya hanya menggunakan kertas, buat perkataan yang ada dalam buku tu dan gunting.
Jimat.. (^_^)
Jimat.. (^_^)
Label:
Adam Homeschool
Fridge Magnet Untuk Top 3 Komentar
Mereka yang rajin bertandang dan komen...........
1) Chicna
2) Pheonix a.ka. Naz
3) Masya
p/s : nanti tinggalkan nama dan alamat yer kat entri ni.
(jangan risau, komen tersebut takkan dipublish..) (^_^)
Inilah hadiah kecil daripada saya dan diharap kalian bertiga suka hatilah nak menerimanya yer. Dibeli khas dari Abah adam masa dia gi outstation di LIMA lastweek. Nanti saya update pasal LIMA tu. Haha.. Saya tak pergi pun, menumpang seronok tengok gambar-gambar Abah adam jer yang kena bertugas kat sana. (^_^)
Sunday, 31 March 2013
What's in The Box?
Balik school, adam tengok ada box atas meja ABC dia. Terus dia bukak, ingatkan hadiah ler tu kan.. Haha..
Rupanya hadiah dari ibu.. Bahan-bahan untuk adam belajar mengira. Suprise jugak kan.. Yang seronoknya adam ucap "Terima kasih" kat saya. (^_^)
Saya download bahan yang match kan dengan clothes pin tu kat sini dan yang number card dot dot tu pulak kat sini.
Tengoklah tu, seronoknya Adam belajar mengira dengan games camni. Senyuman yang over lagi tu.
Tak muat meja, sudahnya main games bottle cap number matching ni kat atas lantai je.
Adam juga saya hantar ke tadika tapi di rumah pun saya akan tetap peruntukan sedikit masa untuk sesi belajar dia. Seronok pulak bila dah banyak buat aktiviti camni bila lihat perkembangan yang positif Adam. Saya masih jugak beri masa untuk adam bermain dan bukanlah setiap masa tu belajar je kerjanya kan. Inshaa Allah... saya akan cuba yang terbaik untuk dia dengan seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Bukan senang kan nak mendidik anak ni, sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga saya sentiasa diberi kekuatan, kesabaran dan kesihatan yang baik untuk memberikan yang terbaik dalam hidupnya. Amin...
Nota : Lately ni kan, asyik mimpi buruk-buruk je. Semalam mimpi adam dan saya lemas. Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan jauhilah kami sekeluarga dari mereka yang berniat buruk terhadap kami. Amin.
Label:
Adam Homeschool