Lovely Followers
Saturday, 11 February 2012
Tahniah Sayang..........
Label:
cite anak ku
Tuesday, 7 February 2012
Mari Menabung
Di bawah ini ada beberapa panduan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menabung duit dengan mudah. di sini
1. Matlamat
Jelaskan bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup. Contoh paling mudah dengan membawanya ke kawasan
perumahan. Tunjukkan rumah mewah dan yang bukan. Katakan bahawa jika mereka pandai menyimpan dan menguruskan kewangan dengan baik, insya-ALLAH hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami rumah yang lebih selesa.
2. Arah Tuju
Tanamkan dalam diri anak agar menjadi orang yang berjaya dan berharta. Mungkin ia nampak seakan materialistik. Tetapi itulah hakikat kehidupan dalam era moden ini. Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya. Nyatakan bahawa menyimpan wang dapat membantunya melanjutkan pelajaran atau terjun dalam bidang perniagaan yang menjanjikan hasil yang lebih lumayan.
3. Buka Bank
Bawa anak ke bank untuk memberi kefahaman erti menyimpan wang di institusi yang bertauliah. Dengan ini dia akan faham bahawa wang bukan sahaja boleh disimpan dalam tabung tetapi ada institusi khas untuk tujuan itu. Dengan ini dia akan faham bahawa betapa menyimpan duit adalah penting bagi semua orang.
4. Belajar Perbezaan
Bantu anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak. Dengan kefahaman ini membuatkan dia tahu untuk membuat keputusan barang apa yang perlu atau tidak. Cara ini secara tidak langsung mengajarnya erti berjimat cermat dan tidak boros.
5. Kenalkan Kos
Kanak-kanak tidak mengetahui apa yang dikaitkan dengan kos. Mereka tidak mengetahui nilai kos anak patung atau buku. Bagi mereka harga tidak memberi pengertian kepada mereka. Bawa anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga di kedai biasa. Nyatakan padanya jenis barang yang boleh diberi secara borong agar dapat menjimatkan kos.
6. Perancangan
Ajar anak untuk belajar tentang bagaimana untuk merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli barangan kesukaan mereka. Dedahkan kepada anak pada awal usianya tentang kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos tambahan. Katakan padanya kalau berhutang, harga barang selalunya lebih mahal.
.
.
dah siap nak masuk kan lam tabungnye
.
.
.
.
Nah, ini syiling adam yer... Jom join adam jugak kay
.
.
Tips saya pulak.. yang sy pratikkan sendiri lah yer.. Hehe..
* Sy suka bagitahu anak kenapa abah dia pergi kerja penat2 cari duit, tujuannya utk apa. Sy selalu ckp yg abahnya pergi keje utk cr rezeki. Nak beli baju adam, bagi makan minum adam..jadi adam kena hargai duit abah kasi.. tah tahu lah dia phm tidak sbb dia br je 3tahun.hehehe. hope dia phm lah.
* Lepas sy beli brg2, kalau ada duit syiling lebih, sy akan bg anak pegang dan pesan balik rumah nanti masuk dlm tabung.
* Kalau anak nak beli brg dia, sy follow dia ke kaunter byrn, then bagi dia duit secukupnya... suruh dia byr sendiri.. dan duit balance tu sy suh dia simpan dlm poket, then pesan benda yg sama. Alhamdulillah, walau dia kecik lagi, dia buat jgk lah bile balik tu.
* Saya suka letak syiling atas meja..saja nak tengok dia.. silap2 dia yg bebel knp ibu dia knp letak merata nie..adoii..kan dah kena..hehehe
* kalau pergi kedai, dia boleh amik dua brg je.. contoh aiskim 1 dan cekedis 1 (jajang food tu ler, betul ke mengeja nie..hehe..belasah jelah yer) hehe.. kejam tak sy.. bukan pe, sy risau nk ajar dia amik byk2, takot nanti dia jadi tamak dan suh ikut kemahuan dia je..tu yg tak best tu.. buatnye tak cukup duit.. malu jer. hehehe. lainlah kalau time shopping bulanan kan.. ini kalau pergi kedai nak beli sikit2 yer. Biasalah budak2 suka kedai kan..hehe..
* Beli tabung yg comel2 kat dia..hehehe...
( cuma satu je, sy masih belum bukak akaun bank utk dia.. emm..kena bukak jgk nie sepertimana saranan tips kat atas tadi tu..hehe. )
Label:
cite anak ku
Monday, 6 February 2012
New Pets In Our House
.
.
Big Owner nie okey
Label:
citer
Adoii.. ape aku buat nie
Label:
cite aku
Semoga Dia Jadi Terbaik....
Label:
citer
Sunday, 5 February 2012
Mood Rajin datang lagi..hehehe
Label:
kek